Jumaat, Jun 18, 2010

Sop Ikan Merah..



Salam Pagi hari Jumaat~penghulu segala hari...bertemu lagi., pg nie zana masak "Sop Ikan Merah" lawan dgn sambal ikan bilis..dah cukup utk anak2 makan t/hari nanti. Oklah! zana letakkan resepinya jugak buat rujukan anak2ku masa akan dtg.

Sop Ikan Merah
Bahan2nya:

  • 3 potong ikan merah~dicuci bersih
  • 3 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih*
  • 2cm halia*] ditumbuk halus
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1" kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji rempah bunjut adabi
  • 1 btg lobak merah ~ dipotong dadu
  • 1 biji kentang ~ dipotong dadu
  • sedikit hirisan daun sop n bwg
  • 3 cwn air
  • garam secukup rasa

Cara2nya:

  1. Panaskan minyak dlm periuk ~ tumis bhn rempah (bunga lawang, cengkih, buah pelaga & kayu manis ) n masukkan bhn tumbuk ~ kacau sehingga naik bau/wangi.
  2. Masukkan sedikit air ~ biarkan merenih dan masukkan pula ikan, biarkan sekejap kemudian bolehlah masukkan lebihan air tadi dan masukkan sekali rempah bunjut.
  3. Selepas tu...masukkan kentang dan lobak merah ~ masak sehingga mendidih dan rasakan dgn sedikit garam. (tengok sehingga kentang n lobak merah betul2 empuk, barulah tutupkan apinya.
  4. Akhir sekali taburkan hirisan daun bwg n sop ~ bolehlah dihidangkan...

2 ulasan:

  1. salam kak zana,,wah ngesop ye lunch ni...sedap tu...mintak semamngkuk jadik lah yer.....hik hik ..segan lah pulak..

    BalasPadam
  2. salam kak zanarose,
    sedapnya sup... teringin nak beli ikan buat sup.

    BalasPadam