Selasa, Jun 29, 2010

Apam Pisang....


Salam .... apam ini pula, zana buat utk sarapan pagi tadi...juga buat bekalan anak2 ke sekolah...abih cito...

Apam Pisang
(sumber: CMG)

Bahan-Bahannya :

  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
  • 2 biji telur gred A
  • 100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
  • 1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
  • 4 biji pisang emas, sederhana besar*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya :-)

  1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.
  3. Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..

p/s*** zana buat 2 adunan ~ guna loyang 8" (makan mcm tu aje..x taruk kelapa)

Puding Jed


Untuk dessert...zana buat puding nie...rasanya lemak2 manis...sedap bila dimakan ketika sejuk...

Puding Jed
(sumber: Majalah Saji Jan 2002)

Bahan2 A:
  • 300gm gula pasir (zana guna 250gm)
  • 450 ml air
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit pewarna hijau
  • 1/2 sdt pes pandan (nie zana tambah)

Bahan2 B:

  • 100 gm tepung green pea ]
  • 650 ml air ] ~ dibancuh sebati

Bahan2 C:

  • 500 ml santan ]
  • 40 gm tepung green pea ] ~ dibancuh sebati
  • 80 gm gula
  • secubit garam

Cara menyediakan:

  1. Bahan2 A dimasukkaan kedalam periuk dan dijerang di atas api yg sederhana sehingga gula larut.
  2. Kecilkan api dan masukkan bahan2 B dan kacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat ~ ketepikan.
  3. Masukkan bahan2 C ke dalam periuk yg berasingan, kemudian kacau di atas api yg perlahan sehingga adunan menjadi pekat dan nampak berkilat.
  4. Tuangkan adunan hijau ke dalam acuan berselang seli dgn adunan putih. Goreskan dgn tangkai sudu agar adunan kelihatan bercorak sebelum didinginkan di dalam peti sejuk.
  5. Bila sudah beku, barulah dipotong dan bolehlah dihidangkan...

Carrot Cake...



assalamulaikum & salam sejahtera utk pengunjung2 blog nie...bertemu lagi setelah empat hari x berupdate...hari ini zana nak entrykan aktiviti2 yg zana buat sabtu lepas utk dibawa pulang ke kampung sempena kenduri arwah ayah n pertunangan anak abang...pada hari minggu lepas.

Carrot Cake with lemon cream cheese frosting
(sumber: tengok kat sini)
Bahan2nya:
  • 240 gm lobak merah (diparut)
  • 120 gm nenas dipotong dadu/dicincang (dibuang airnya)
  • 60 gm kismis dicincang
  • 60 gm walnuts/kekacang (dipanggang sejukkan ~ dicincang)
  • 240 gm self raising flour
  • 1/4 sdt serbuk cinnamon
  • 1/4 sdt serbuk nutmeg
  • 1/2 sdt baking soda
  • 1/2 sdt baking powder
  • 1/2 sdt esen vanilla ( masukkan dlm telur)
  • 3 butir telur
  • 210 gm castor sugar
  • 180 ml minyak masak

Lemon Cream Cheese Frosting

  • 60 gm butter (pd suhu bilik)
  • 230 gm cream cheese (pd suhu bilik)
  • 230 gm icing sugar ~ diayak
  • 1 biji lemon ~ diparut kulitnya

Cara menyediakan:

  1. Ayak tepung bersama soda & baking powder ~ add castor sugar
  2. Dalam mangkuk berasingan pukul telur sehingga kembang dan tambahkan esen vanilla.
  3. Tuangkan telur kedalam campuran tepung dan dikacau sebati.
  4. Kemudian masukkan parutan lobak merah diikuti minyak masak ~ add nenas cincang dan kacau sebati.
  5. Tambahkan kismis dan kekacang ~ digaul rata
  6. Curahkan kedalam tray yg telah dilenser dgn butter dan dialas dgn kertas kuih dan bakar pd suhu 175°C selama 45 min ~ sehingga masak.


Frosting:

  1. Masukkan cream cheese dan butter kedlm mangkuk dan pukul dgn mixer ~ dgn kelajuan pelahan sehingga putih.
  2. Kemudian masukkan icing sugar dan pukul lagi sehingga smooth. Tambahkan esen vanilla dan parutan kulit lemon dan dikacau sebati.
  3. Hiaskan di atas kek.

Jumaat, Jun 25, 2010

Delce-De-leche Brownies



Assalamualaikum & salam sejahtera...bertemu lagi!! Hari rabu.. tu hari zana buat De-leceh brownies. Kite amik resepi nie dari umah hana. Tp disebabkan zana punya delce-de-leche tu dah mcm serikaya...jd kite punya brownies pun bila dah dipotong nampaklah berlobang2/bersarang hihihi!!! de-lechenyer!! dah tinggal kat bwh...keknye pulak nampak padat sikit...x tau ape silapnye...x mcm hana buat tu...de-lechenya...nampak cantik aje..kat dlm brownies tuu.....tp rasanya tetap sedap. Tkasih hana...akak CnP ajerlah maleh den nak tulih....ni

Dulce De Leche Brownies
(sumber dpt dr rmh Hana)
Bahan-bahan:
  • 115g butter
  • 170g semisweet chocolate @ coklat masakan
  • 25g serbuk koko
  • 3 biji telur L
  • 200g gula - (guna 150 g aje)
  • 1 sk esen vanila
  • 140g tepung gandum
  • 100g kekacang - hana x ltk..kite pun x letak
  • 250g dulce de leche - hana kurangkan. main agak2 je amik gune sudu

Cara-cara :

  1. Panaskan oven suhu 175. Sediakan loyang empatsegi berukuran 20cm. Alaskan dengan oven paper dan ketepikan.
  2. Cairkan semisweets chocolate dan juga butter secara double boiler. Bila sudah cair, angkat dari api dan masukkan serbuk koko. Kacau sebati. Ketepikan sebentar.
  3. Pukul telur menggunakan whisk. Masukkan gula dan juga esen. Kacau.
  4. Masukkan chocolate cair tadi. Kemudian tepung. Gaul sebati. Last skali masukkan kekacang jika suka.
  5. Tuang separuh adunan ke dalam loyang. Ambil dulce sesudu demi sesudu dan taruh ke atas adunan. Tuang baki adunan ke atasnya dan bakar selama 35-40min.
  6. Keluarkan dari oven dan potong square. Hidangkan.

****pss..gambar nie kite x tunjuk yg berlobang2 tuu..!!! malu kite...hihihi...

Rabu, Jun 23, 2010

Dulce De Leche....



Salam & salam sejahtera semua...bertemu lagi!! semalam zana cuba buat benda alah nie.. tergoda tengok hana dan along buat, jd kite pong nak try jugak! resepi asalnya boleh tengok sini. Memang kite x pernah tengok sebelum nie..hehehe!!! namanye pun pelik sikit, alahai..mcm jakun pulak!. Apa2 pun rasanya memang sedap lemak2 manis gitu, betul cpk hana tuu...rasa seakan2 "cloud 9" kalau makan dgn roti pun sedap. Lepas nie...ape zana nak buat ye!! nak buat......... brownies lah jawapnye.......hihihik!!!!

Dulce De Leche
Bahan2nya:
  • 1 tin susu pekat manis...
  • air secukupnya
  • periuk kukus

Cara-caranya:

  1. Buangkan kertas pembalut tin susu pekat manis tersebut.
  2. Masukkan tin susu ke dalam pengukus. Letak ditengah2 rack. (hana baringkan tin). Isi air sehingga paras tin susu tenggelam.
  3. Tutup pengukus dan kukus selama 3 jam atau lebih! lagi lama kukus, kaler akan makin gelap. Pastikan air kukusan tidak kering. Jika tak cukup, masukkan air panas.
  4. Tunggu sejuk baru buka penutup tin.
  5. Keluarkan dan simpan dalam botol jem atau bekas yang bersesuaian sehingga saat hendak digunakan.


***UPDATE>> 'Jika menggunakan preasure cooker kukus sejam sahaja.' >>> delay penyataan ini wat sementara waktu yer! curios sket! UPDATE AGAIN: from wikipedia >> A home-made form of dulce de leche is sometimes made by boiling an unopened can of sweetened condensed milk for 2 to 3 hours (or 30 to 45 minutes in a Pressure cooker), particularly by those living in countries where it cannot be bought ready-made. It is dangerous to do this on a stove: if the pot is allowed to boil dry, the can will overheat and explode.[2]

Selasa, Jun 22, 2010

Kari Ikan Tomato...


Lagi menu makan malam.....

Kari Ikan Tomato
Bahan2nya:
  • 3 potong ikan merah (atau ape2 ikan)
  • 4 biji bwg merah]
  • 2 biji bwg putih]
  • 2cm halia] ~ ditumbuk halus +
  • 4 sdb serbuk rempah kari ikan
  • 1 labu bawang besar dimayang bulat
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 sdt jintan manis
  • 1/2 sdt jintan putih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1/2” kulit kayu manis
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 3 1/2 cwn air
  • 1/2 sdt pes asam jawa
  • Garam dan sedikit perasa.

Cara2nya:

  1. Panaskan minyak ~ tumiskan jintan manis dan putih, kayu manis dan bunga lawang kemudian masukkan hirisan bwg besar dan daun kari, kacau sehingga berbau wangi.
  2. Masukkan buah tomota ~ dikacau rata
  3. Masukkan rempah kari yg telah digaul dgn bhn2 tumbuk bersama sedikit air dan dikacau lagi sehingga naik aromanya.
  4. Masukkan ikan dan biarkan sehingga ia merenih ~ kemudian masukkan air dan pes asam jawa., kacau sebati dan biarkan mendidih.
  5. Rasakan dgn sedikit garam dan bahan perasa…tutupkan api.
  6. Hidangkan bersama nasi panas dan ikan masin pun sedap.

Tauge Goreng dgn Cendawan



Antara menu makan malam zana malam tadi....sayur

Tauge Goreng dgn Cendawan
Bahan2nya:
  • 300gm tauge
  • 3 kuntum cendawan telinga tikus (yg kering punya-direndam hingga lembut dan dipotong2)
  • cendawan tiram secukupnya dikoyak2kan
  • 1 ketul tauhu putih dipotong kecil
  • 1/2 biji lobak merah dihiris nipis mcm btg mancis
  • 2 btg sayur sawi manis-dipotong2
  • 1 biji lada merah dipotong serong
  • sedikit hirisan daun sadri dan daun bawang
  • 3 biji bwg merah]
  • 2 biji bwg putih]~ dimayang halus
  • sedikit ikan bilis
  • 1 sdb sos tiram
  • garam secukup rasa

cara2nya:

  1. Ramas hirisan bwg merah dan putih bersama ikan bilis ~ tumiskan sehingga wangi.
  2. Masukkan tauhu, hirisan lobak merah dan dikacau rata n masukkan sedikit air, juga sos tiram...
  3. Kemudian masukkan cendawan, sayur sawi, tauge dan lada merah ~ digaul rata.
  4. Rasakan dgn sedikit garam ~ akhir sekali taburkan hirisan daun sadri n bwg dan gaul lagi.
  5. Setelah masak bolehlah dihidangkan.

Tuna Sandwich


Assalamulaikum & salam sejahtera pd kwn2 yg sudi berkunjung kesini...dah 3 hari zana x berkesempatan nak update blog kesayangan ku ini. Untuk sarapan, juga bekalan anak2 kesekolah~biasanya zana buat sandwich sardin aje...tp kali nie zana ubah selera sikit ~ kali nie buat "Tuna Sandwich" pulak!! ok! layan resepi zana nie ye.....

Tuna Sandwich
Bahan2nya:
  • Roti Sandwich Gardenia secukupnya
  • 1 tin ikan tuna (flake)
  • 1/2 labu bawang besar dipotong dadu kecik2
  • 1/2 biji tomato dipotong dadu
  • 1/2 biji lada merah dicincang halus
  • 4 sdb mayonies
  • 1/2 sdt mix herb
  • 1/4 sdt serbuk lada sulah
  • 2 biji jus limau kasturi
  • 2 kpg kobis bulat dihiris halus
  • secubit garam

cara menyediakan:

  1. Ikan tuna dihancurkan ~ masukkan semua bahan kecuali jus limau dan digaul sebati.
  2. Setelah digaul sebati barulah masukkan jus limau dan digaul lagi..jika perlu tambahkan sedikit garam.
  3. Ambil sekeping roti sandwich ~ letakkan inti dan lekapkan dgn sekeping roti lagi kemudian dipotong 2, buat sehingga habis dan bolehlah dihidangkan.

Jumaat, Jun 18, 2010

Sop Ikan Merah..



Salam Pagi hari Jumaat~penghulu segala hari...bertemu lagi., pg nie zana masak "Sop Ikan Merah" lawan dgn sambal ikan bilis..dah cukup utk anak2 makan t/hari nanti. Oklah! zana letakkan resepinya jugak buat rujukan anak2ku masa akan dtg.

Sop Ikan Merah
Bahan2nya:

  • 3 potong ikan merah~dicuci bersih
  • 3 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih*
  • 2cm halia*] ditumbuk halus
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1" kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji rempah bunjut adabi
  • 1 btg lobak merah ~ dipotong dadu
  • 1 biji kentang ~ dipotong dadu
  • sedikit hirisan daun sop n bwg
  • 3 cwn air
  • garam secukup rasa

Cara2nya:

  1. Panaskan minyak dlm periuk ~ tumis bhn rempah (bunga lawang, cengkih, buah pelaga & kayu manis ) n masukkan bhn tumbuk ~ kacau sehingga naik bau/wangi.
  2. Masukkan sedikit air ~ biarkan merenih dan masukkan pula ikan, biarkan sekejap kemudian bolehlah masukkan lebihan air tadi dan masukkan sekali rempah bunjut.
  3. Selepas tu...masukkan kentang dan lobak merah ~ masak sehingga mendidih dan rasakan dgn sedikit garam. (tengok sehingga kentang n lobak merah betul2 empuk, barulah tutupkan apinya.
  4. Akhir sekali taburkan hirisan daun bwg n sop ~ bolehlah dihidangkan...

Rabu, Jun 16, 2010

Telur Masak Tomato...


assalamulaikum & salam sejahtera....bertemu lagi di ptg hari rabu....hari ini, pagi2 lagi zana dah terpaksa keluar awal tuk ke hospital...cos...ade appoiment dgn doc. so zana masak yg simple2 aje buat anak2 makan t/hari ini "Telur Masak Tomato" & sop sayur., lg pun anak2 bukan suka sangat yg pedas2 tu...

Telur Masak Tomato

Bahan2nya:

  • 3 biji telur ~ digoreng mata
  • 1/2 labu bwg besar dihiris bulat
  • 2 biji bwg putih dicincang
  • 1 cm halia dihiris halus
  • 1/2 cwn sayur campur
  • 1/4 biji lada banggala dipotong serong
  • sos tomato secukupnya
  • garam n gula secukup rasa

Cara2:

  1. Panaskan minyak ~ tumis bwg putih dan halia sehingga wangi
  2. Masukkan bwg besar diikuti sos tomato dan dikacau sebati...biarkan merenih dan masukkan sayur campur juga lada banggala~dikacau lagi.
  3. Rasakan dgn garam n gula~bila masak curahkan diatas telur yg telah digoreng dan hidangkan....

Selasa, Jun 15, 2010

Banana Apple Cake



Memandangkan buah pisang kat rumah nie dah terlalu masak, kesian tengoknye...tak bermakan! tengok2kan resepi yg ade...jumpalah resepi nie...dah agak lama zana simpan tp x pernah mencubanya, kebetulan buah epal pun ade. Sumber resepi dpt dari kak rinnchan fp, tp resepi asalnya dari LynnHassan. Rasa keknye memang lembut dan sedap.

Banana Apple Cake
(Sumber : Lynnhassan)

Bahan A :
  • 2 biji telur
  • 1 3/4 cawan gula halus (zana guna 1 1/4 cawan... )
  • 1 cawan minyak jagung (ganti soya oil)
  • 3 biji epal hijau kecil didadu kecil (zana buh 2 biji aje)
  • 1 cawan pisang berangan yg telah dilecek

Bahan B :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 camca teh baking soda
  • 1/2 camca teh cinnamon powder (zana x buh pun)
  • secubit garam
  • 100g walnut dipatah-patah (tak payah toast) (50gm dah cukup)

Cara-cara : **Semua guna hand whisk sahaja.

  1. Pukul telur dan gula sampai hancur. Masukkan minyak jagung, kacau lagi.
  2. Masukkan epal hijau dan pisang dalam adunan tadi.
  3. Ayakkan bahan B , Gaul dengan walnut . Masukkan semua bahan dalam bahan A tadi. Walaupun adunan kelihatan pekat, tidak mengapa.
  4. Bakar dlm acuan yg telah diglis, pada suhu 160 selama 1 jam 20 min. (zana guna loyang bulat 8"x 3"). Sejukkan di dalam loyang sebelum dikeluarkan. Hias ikut citarasa.

Cekodok Bilis Air Panas...



Assalamulaikum dan salam sejahtera pd kwn2 yg x jemu berkunjung kesini...dah sarapan pg? Jom sarapan bersarapan dgn zana ~ sarapan "Cekodok Bilis Air Panas" lembut aje...dicicah dgn sambal sardin, mmg sedap kena pulak air Nescafe.....jom!!! resepinye mudah aje.. tp kalau x betul2 adunannya bila digoreng ia keras/liat!!! nasip2 ler kadang2 menjadi...hihihi!!!!!

Cekodok Bilis Air Panas
Bahan2nye:
  • 2 cawan tepung gandum
  • segenggam ikan bilis (lebih pun x per)
  • 1 labu bawang besar ~ dihiris2
  • 1 tangkai daun sadri/bawang ~ dipotong2 kasar
  • Air panas mendidih secukupnya + sedikit garam
  • secubit serbuk kunyit

Cara2nya:

  1. Masukkan tepung kedalam mangkuk adunan ~ kemudian masukkan air panas+sedikit garam sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi agak lembut.
  2. Masukkan ikan bilis, hirisan bwg besar, hirisan daun sadri/bwg dan digaul sebati ~ kemudian masukkan secubit serbuk kunyit dan digaul sebati.
  3. Goreng di dalam minyak panas sehingga kekuningan dan agak garing
  4. Angkat dan hidangkan bersama sos cili atau sambal...

Jumaat, Jun 11, 2010

Oatmeal Yogurt Muffin...


Salam hari Jumaat n selamat sejahtera pd pengunjung blog ini...minggu nie zana buat muffin lagi!! utk kudapan anak2ku empat beradik kat rumah tu...taulah! kalau cuti2 sek. nie dok di rumah mesti lapar punya! kali nie zana buat "Oatmeal Yogurt Muffin" ~ resepinya zana cedok dari rumah Ein.. tp zana buat 2 adunan dptlah banyak sikit..hihihik!!! tkasih pd ein dgn resepi nie...
Oatmeal yogurt muffin
(sumber: ein)
Bahan2nya: (dpt dlm 24 nos.)
  • 2 cwn tepung kek
  • 3/4 cwn gula perang
  • 1/2 cwn oatmeal
  • 1 cwn plain yogurt
  • 1/2 cwn minyak soya
  • 1/4 sdk garam
  • 2 biji telur gred A
  • 4 sdb susu tepung
  • 3/4 cwn coklat chips/secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Panaskan oven ke suhu 250c
  2. Satukan bahan2 kering ~ tepung, gula, oatmeal, garam, susu tepung n chocolate chips dlm bowl.
  3. Masukkan minyak, yogurt dan telur ~ kacau rata.
  4. Sudukan ke dlm muffin cup hingga hampir penuh.
  5. Sebaik saje masukkan kedlm oven turunkan suhu ke 170-180c
  6. Bakar selama 15-20min(bergantung kpd jenis oven masing2)

Khamis, Jun 10, 2010

Peringatan Untuk Para Wanita...


BAHAYANYA BOTOL PLASTIK

Salam pd kwn2 yg berkunjung...kali ini zana entry article yg zana baca ini di salah satu lamanweb dari seberang utk dikongsi bersama...(gambar tu kita pinjam aje dr pakcik google)
Peringatan Utk Wanita…
Hai para wanita, air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah berbahaya!!! !
Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutama di Australia ...

Artis yang mengidap kanser payudara itu mengatakan, panas mobil dapat memicu botol air mengeluarkan bahan kimia yang disebut dioxin. Bahan kimia itu akan tercampur dengan air, sehingga menjadi racun saat diminum. Efeknya dapat menimbulkan kanser, terutama kanser payudara.

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini.
Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta ~menurut Doktor, hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara.

Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita Anda.

~ Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudaranya.
~ Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

****Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.

Selasa, Jun 08, 2010

TAG & AWARD dari MJ....



Hari nie zana dapat 1st. AWARD dari MJ...tkasihlah ye kerana sudi beri akak award nie...apelah yg istimewanye blog niekan boleh dpt award.... hihihi!!!! tapi yg x seronoknyekan nak jawab TAG .. aduhai!!! malehnyer....kite oklah! akak jawap sikit2 cukup dah...

TAG:

1. Apa yang bermain dalam fikiran kamu sekarang?
Bilalah nak balik dari kerja nie...terasa lambatlah pulak! Bilalah nak rajin2 update blog....nak masak/makan apa ptg nanti…???? Aduh!!!!! ponning....palo nie bilo pikir2kan!


2. Nama samaran kamu ?
Nama samaran akak..kalau kat rmh tu mama , family panggil ana, kalau kwn2 panggil zana, nama samaran kat blog plak zana rose ~ mana2 pun bolehlah!

3. Berikan tiga orang yang kamu sayang
- Dah tentulah diri sendiri

- Keluarga saya (dah tentulah my hubby and kids)

- Keluarga besar saya (Mak, My siblings, in-law & family)


4. Panggilan untuk si dia
- Abang sayangggg!!!!!


5. Hadiah yang korang impikan dari orang tersayang
- Akak tak minta ape2 ~ cuma kalau dia bagi akak terima aje dgn hati yg ikhlas...no comment2


6. Blog mana korang suka follow?
- Mana2 blog ………….


7. Bagi award ni kat 15 blogger lain dengan penuh penghormatan:
Sampai 15 org??? ~ alamak ramainyerr!!! Emmm siapa ye….kite tengok siapa yg kena???? Jengjeng!!!!

  1. Kak Ummi ~ Kuantan
  2. Yatie Memori
  3. Hana ~ Jepon
  4. LOVE2Cook
  5. Chik Mimi
  6. K.Nur ~ Singapore
  7. Mama Hawa ~ Singapore
  8. Abbot
  9. Ika ~ ARAH
  10. Sheila ~ Nshafea
  11. Maz ~ Ilhamdapur
  12. Nurindah ~ Mysweetlife

Dah tak larat nak cari, rasanye cukuplah niekan!!!!
Harap MJ berpuasa hati yee!!!!!!!!! Love uuuuuuuuuuu…….

Ikan Masak Kicap...


Salam n selamat sejahtera semua...ketemu lagi kite ye!! Hari nie...zana nak entrykan pulak menu makan t/hari utk anak2 kat gumah tuuu...masak yg simple2 aje "Ikan Masak Kicap" + sop sayur aje....hihihik!!!
Ikan Masak Kicap
Bahan2nya:
  • 4 ekor ikan kembung
  • 1 labu bwg besar dipotong bulat*
  • 2 biji bwg putih dicincang*
  • 1" halia dihiris halus*
  • 1 biji cili merah dipotong serong
  • 2 sdb sos manis ABC (heinz)
  • kicap manis secukupnya
  • sedikit air
  • hirisan daun bwg n sadri ~ utk hiasan

Cara2nya:

  1. Ikan kembung digaul garam n serbuk kunyit ~ digoreng garing dan ketepikan
  2. Panaskan minyak ~ tumiskan bahan * sehingga naik aroma/wangi...pastu masukkan hirisan cili merah dan kacau lagi.
  3. Masukkan sos manis, kicap dan sedikit air ~ kacau sehingga merenih
  4. Angkat dan curahkan diatas ikan yg telah digoreng td dan taburkan dgn hirisan daun bawang dan sadri ~ bolehlah dihidangkan...

Isnin, Jun 07, 2010

Bunga Dari Love....


Salam...hai!! Bunga Rose ini pemberian dari LOVE, hari ini zana nak gantungkan kad ini....sempena Anniversary Blog LOVE yg pertama, rasanya belum terlambat lagi utk akak ucapkan "Happy Blog Anniversary" & Congratulation ~ Tkasih ya LOVE.. cantik bunga rose nye!

Apam Tepung Beras...



Assalamualaikum & salam sejahtera pd kwn2 yg berkunjung kesini ~ tkasih...pagi semalam zana cuba buat "Apam Tepung Beras" buat minum ptg ~ memang menjadi..naiknye cantik merekah dan gebu aje..cewah!! puji2 lak nie!! masuk bakul angkat sendirilah nampaknye...hihihi!!!!! oklah! resepi asalnya dtg dari rmh kak watie, tp zana cedok kat umah Chik Mimi ~ ape2 pun tkasih pada mereka berdua.

Apam tepung beras
(sumber : Kak Watie)
Bahan-bahan:

  • 1 cawan nasi
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula putih
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil yis
  • sepeket kecil eno

Cara-caranya:

  1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati.
  2. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi).
  3. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
  4. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
  5. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.

Sabtu, Jun 05, 2010

Menu Makan Malam....

Assalamualaikum & selamat malam...pd kwn2 yg berkunjung di mlm hari....waktu siang agak bizi, so di malam harilah kite berkesempatan utk jalan2 ke rmh kengkawan dan entrykan menu makan malam tadi...so jom kite layan mata yg x mau tidur lagi nie...hihihik!!!


Daging Masak Lada Hitam
Bahan2nnya>>>>:

  • 200gm daging batang pinang ~ dipotong kecil
  • 1 labu bwg besar ~ dipotong bulat
  • 3 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih*
  • 1 sdt lada hitam* ] ~ ditumbuk halus
  • sedikit hirisan lada banggala hijau dan merah
  • 2 btg kacang buncis dihiris serong
  • 2 sdb sos manis asli (ABC~heinz)
  • 2 -3 sdb kicap manis

Cara-caranya:

  1. Gaulkan hirisan daging batang pinang dgn garam dan serbuk kunyit ~ ketepikan sementara.
  2. Panaskan minyak ~ tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya, kemudian masukan daging dan dikacau rata/sebati.
  3. Tambahkan sos manis dan kicap dan digaul lagi...
  4. Apabila agak kering masukan pula lada banggala hijau dan merah, hirisan bwg besar diikuti kacang buncis dan digaul sebati.
  5. Setelah masak bolehlah dihidangkan.

dan satu lagi!!!

Ikan Goreng Paprik
Bahan2nya>>>>:
  • 3 ekor ikan kerisi ~ digaul kunyit dan garam
  • 1 labu bwg besar dipotong bulat
  • 2 biji bwg putih dihiris halus
  • 1" halia dihiris halus
  • beberapa kuntum bunga kobis ~ dihiris kecil
  • 2 batang kacang buncis dipotong serong
  • sedikit hirisan lobak merah
  • 2 helai daun limau purut
  • sedikit hirisan lada banggala hijau
  • sos cili dan tomato secukupnya
  • sedikit air dan garam secukup rasa.

Cara-caranya:

  1. Ikan kerisi digoreng terlebih dahulu ~ letakkan di dlm bekas/pinggan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak ~ tumiskan hirisan bwg besar, putih dan halia sehingga berbau wangi.
  3. Masukan sos cili dan tomato dan digaul sebati ~ masukan bunya kobis, lobak merah, kacang buncis, lada banggala dan daun limau purut ~ dikacau sebati.
  4. Masukan sedikit air dan tambahkan garam secukup rasa
  5. Setelah masak, curahkan di atas ikan yg telah digoreng tadi dan bolehlah dihidangkan.

Rabu, Jun 02, 2010

Enoki Goreng Crispy...


Petang semalam zana cuba buat cendawan goreng nie...mmg sedap dan rangup ~ kita makan gitu2 aje, kalau berminat bolehlah cuba ya...

Enoki Goreng Crispy
(sumber: Majalah SEDAP ~ tp diolah semula)

Bahan A :

  • 1 paket cendawan Enoki
  • 50gm tepung gandum
  • 25gm tepung jagung
  • 1/2 st serbuk paprika
  • 1/2 st serbuk lada sulah
  • 1 st serbuk bawang putih (zana guna 3 biji bawang putih yg dikisar)
  • 125 ml air sejuk
  • Garam secukup rasa (ini zana tambah)

Bahan B :

  • 150gm tepung gandum ( 100gm dah cukup)
  • 2 sb tepung jagung
  • 1/2 st serbuk lada sulah
  • 1 1/2 sb cheese parmesan (kite x boh nie)
  • Minyak untuk mengoreng terendam

Cara menyediakan:

  1. Cendawan enoki dibersihkan dan dilerai satu-satu…atau ikutlah mcm ne kita nak buat
  2. Bancuh bahan A sehingga menjadi seperti adunan butter ~ ketepikan
  3. Sementara itu gaulkan rata atau sebati bahan B ~ ketepikan
  4. Panaskan minyak ~ ambil cendawan enoki yg telah dilerai dan masukkan dalam adunan butter, kemudian masukkan pula di dalam bahan B (buat hingga siap)
  5. Goreng sehingga kekuningan atau sehingga agak garing.
  6. Siap bolehlah dihidangkan ~ sdp dimakan ketika masih panas.

Tengok tu.. sekecil nie....sibuk! dia pun nak bergambar jugak!

Ikan Bawal Tiga Rasa


Salam & salam sejahtera...pd semua n bertemu lagi. Hari ini zana entrykan pula menu makan t/hari anak2 kat rumah ~ "Ikan Bawal Tiga Rasa aka sweetsour "...memang favourite anak2ku x kiralah ape2 ikan asalkan masak macam ini, mmg laku...sbb itulah zana selalu juga membuatnya...Oklah! hari ini tengok gambarnya ajelah! Resepi dah ade kat SINI....

Jemputlah makan..nasi ade dlm periuk kat dapur tu..jgn malu atau segan.hihihik!!!

Selasa, Jun 01, 2010

Omellet & Kacang Panggang


Salam semua...jom tengok menu sarapan pagi yg zana buat utk anak2. Dah lama nak buat tp baru la..nielah dapat zana tunaikan hihihi!!! jom makan......

Omellet & Kacang Panggang
(sumber resepi: sendiri)
Bahan2nya:
  • 3 butir telur dikocak sedikit]
  • 60 ml fresh milk] + dan dikacau sebati
  • sedikit garam dan gula
  • 2 kuntum brokoli dihiris-hiris nipis
  • 2" lobak merah dihiris halus
  • 4 biji tomato ceri dipotong bulat
  • 1 labu bawang besar dihiris halus/nipis
  • 4 ketul roti burger
  • beberapa helai daun salat

Cara membuatnya:

  1. Panaskan sedikit minyak ~ tumis bawang besar sehingga layu
  2. Masukkan brokoli dan lobak merah dan dikacau rata, kemudian masukkan hirisan tomato ceri dan dikacau lagi
  3. Setelah itu bolehlah masukkan telur dan susu yg telah dikocak dan barulah dikacau sehingga sebati, rasakan dgn sedikit garam dan gula.
  4. Apabila masak bolehlah dihidangkan bersama kacang panggang~ omellet ini boleh juga dimakan bersama roti juga sos cili.

Nuget Madu Rice Crispy


Malam tadi zana cuba buat crispy nie.. memandangkan stok coklat yg masih banyak. Lama jugak zana x mengcoklat...saje aje nak mencuba resepi dari Majalah SEDAP nie utk kudapan anak2...kite tengok resepinya ya...& selamat mencuba...

Nuget Madu Rice Crispy
(sumber: Majalah SEDAP)
Anggaran: 20 potong

Bahan2nya:
  • 50 ml madu
  • 25 gm mentega tawar
  • 250 gm coklat masak susu (zana guna milk choc. jenama~Berly's)~ dipotong2
  • 75 gm coklat putih / white choc. ~ dipotong2
  • 75 gm rice crispy
  • 25 gm marshmallow ~ dipotong 2 bahagian
  • 15 gm marshmallow ~ dipotong 2 utk taburan

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan madu hingga pekat. Masukkan mentega tawar, kacau sehingga mencair dan bolehlah matikan api.
  2. Masukkan coklat masak susu dan coklat masak putih ~ kacau sehingga coklat cair/larut.
  3. Tuangkan kedalam campuran rice crispy dan marshmallow ~ kacau rata.
  4. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 16x16x4 cm yg telah dialas dgn kertas kuih. Taburkan potongan marshmallow~ bekukan. Kemudian dipotong2.

Banana Cupcakes....


Menu minum ptg ari Sabtu lepas....siap leh bawak kg lagi buat mak....tkasih buat kakwan.

Banana cupcakes
(Sumber :
resipi citarasawan)

Bahan-bahan:
  • 225gm tepung gandum
  • 112gm mentega
  • 112 gm gula kastor
  • 125 ml susu segar
  • 1 tbsp cuka makan
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
  • 1 cawan pisang lecek

Hiasan Crumble :

  • 50gm tpg gandum
  • 20gm gula kastor
  • 20gm mentega(gaul semua bahan dengan hujung jari menjadi serbuk roti)

Cara-cara membuatnya:

  1. Satukan susu segar dan cuka makan. Kacau rata dan ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan pisang lecek di ikuti campuran susu segar dan cuka.
  3. Masukkan tepung gandum dan soda bikabonat. Gaul adunan hingga rata.
  4. Sudukan ke dalam acuan cupcake 3/4 penuh, taburkan dengan crumble dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga kekuningan.

Roti aka Pau Goreng....



Salam n salam sejahtera...bertemu lagi kita...d minggu pertama bln Jun 2010 nie.. dua~tiga hari lagi bermulalah cuti persekolahan penggal pertama, rasa begitu cepat masa berlalukan!! Oklah..nie antara menu2 yg terlepas ~ x sempat zana nak uplodekan. Jom layannn.......

Roti aka Pau Goreng
(Sumber Resipi : Ilhamdapur~Maz)
Bahan-bahan:
  • 1/2 cawan air suam* (-/+)
  • 2 cawan tepung gandum (-/+)
  • 2 sudu kecil yis kering (kita guna brand mauripan)*
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar butter cair / minyak zaitun
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula*
  • inti red bean paste secukupnya - simpan dalam peti dulu baru senang nak bulatkan - kita beli yg dah siap kat bakeri
  • minyak untuk mengoreng

Cara-cara membuatnya:

  1. Dalam mangkuk satukan bahan-bahan yang bertanda *. Biarkan seketika (1-2 minit) kemudian masukkan butter cair, kacau sebati.
  2. Satukan tepung, garam dan susu tepung. Masukkan sedikit-sedikit kedalam no 1 sambil dikacau guna garfu (kacau buat bulatan jam) sehingga adunan tadi bersatu (menjadi seketul) tapi tidak keras. Kemudian boleh la diuli dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat pada tangan (adunan ni mesti lembut, kalau lembik tambah tepung sikit-sikit je, sapu kat tangan gtuw).
  3. Tutup mangkuk dengan plastik wrap atau kitchen towel dan biarkan selama 30 minit. Kemudian tumbuk-tumbuk sedikit doh yang telah naik tadi.
  4. Ambil sebesar bola golf pastu leperkan sedikit, letak inti yang telah dibulatkan tadi dan tutup elok-elok. Bila nak goreng leperkan sedikit dulu
  5. Panaskan minyak dalam kuali dan boleh lah digoreng sebiji-sebiji sambil simbah minyak panas ke atasnya (supaya ianya jadi kembang dan lembut). Goreng sampai habis. Siap..sedap makan yang panas2 tuuu...

thanks ya maz ~ share resepi nie....