Jumaat, Julai 30, 2010

Agar-agar Cendol...



Dessert selapas makan t/hari, sedap dimakan... sejuk aje! resepi asal dari chef wan.. sekiranya berminat bolehlah mencubanya!
Agar-agar Cendol
(sember: Chef Wan)
Bahan2nya:
  • 1 bungkus serbuk agar-agar
  • 1 1/2 cwn cendol (kalau boleh kurangkan sikit)
  • 2 helai daun pandan
  • 200ml santan
  • 1/2 st garam halus
  • 3 cwn air
  • 150 gm gula melaka (zana guna 120gm aje)
  • 1/2 cwn gula halus

Cara penyediaan:

  1. Didihkan santan, serbuk agar2, gula halus, air dan daun pandan di dalam periuk.
  2. Bahagikan kepada 2 bahagian, 2/3 bahagian dicampur cendol dan garam ~ tuangkan kedalam loyang dan sejukkan. Sementara 1/3 bahagian tadi dicampurkan dula melaka dan dimasak semula hingga memdidih.
  3. Setelah memdidih, tuangkan bahagian ini (coklat) di atas yang putih dan disejukkan semula selama 2 jam.
  4. Hidangkan agar-agar ini ketika sejuk.

Asam Pedas Ayam


Assalamualaikum & salam sejahtera...pd pengunjung2 yg sudi singgah dan tinggalkan pesan/komen diruangan meh borak2...terima kasih zana ucapkan dan maaf kerana zana x dapat membalasnya...Dah makan t/hari lom? hari nie mak tolang masakkan hehe!! alahai sedapnyer air tangan ibu! Jom tengok menunya...
Asam Pedas Ayam
(resepi: mak)

Bahan2nya:

  • 5 ketul peha/kepak ayam ~ dipotong kecil
  • seikat daun kesom ~ dicuci bersih
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 btg serai diketuk
  • 5 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih*
  • 1" halia*
  • 1" belacan* } bahan * ditumbuk halus
  • 1/2 st halba
  • 3 sd makan cili mesin/giling
  • 3-4 cwn air
  • 1 sd makan pes asam jawa
  • garam secukup rasa
Cara membuatnye:
  1. Panaskan kuali ~ tumiskan halba, serai sehingga wangi dan masukkan bahan tumbuk dan dikacau lagi sehingga kekuningan, kemudian masukkan cili mesin dan dikacau rata.
  2. Masukkan sedikit air, diikuti ayam ~ dikacau rata dan biarkan ia merenih...
  3. Selepas itu, masukkan daun kesom juga daun limau purut dan dikacau lagi ~ biarkan sehingga ayam sedikit empuk.
  4. Barulah masukkan air dan pes asam jawa n rasakan dgn sedikit garam.
  5. Setelah masak bolehlah dihidangkan.

Rabu, Julai 28, 2010

Sosej Ayam Bersos...


Hai!..assalamualaikum..bertemu lg kite ya! sementara laptop nie ade kat rumah bolehlah zana memblog lagi! bosan jugak kalau duduk lama2 kat rumah nie tanpa mengadap komputer/bertemankan! hubby kerja, anak2 p sek., sikecik p Taska...alahai!!!!!!! kalau di tempat kerja tu lain cerita...bila kat rumah nie...duduk2 rehat, masak, makan, baca/tengok buku2 resepi & zzzz.... syiii!!!!!!! boleh jd bambam!!!! yg penting...hidup kena happy............ok! panjang lak cite ann nie. Jom layan resepi zana pulak! simple recepi ~ buat utk anak2.

Sosej Ayam Bersos
(sumber: sendiri)
Bahan2nya:
  • 5-6 batang sosej ayam dicelur dahulu ~ dipotong serong
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • 2 biji bwg putih dicincang
  • 1 cm halia dihiris halus
  • 2 kuntum brokoli dipotong kecil
  • 2 kuntum bunga kobis dipotong kecil
  • 4 biji tomato ceri dipotong 2
  • sedikit hirisan daun sadri
  • sos tomato secukupnya
  • 1 sd makan sos manis ABC
  • sedikit air
  • garam secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak ~ tumis bwg putih dan halia sehingga wangi, masukkan bawang besar dan dikacau sehingga layu.
  2. Masukkan sos tomato, sos manis dan sedikit air ~ dikacaukan sedikit dan biarkan sehingga merenih, kemudian masukkan bunga kobis dan brokoli dan dikacau rata.
  3. Lalu masukkan buah tomato diikuti sosej dan dikacau sebati. Perasakan dgn sedikit garam.
  4. Angkat dan taburkan dgn hirisan daun sadri ~ hidangkan.

Selasa, Julai 27, 2010

Kek Span


Salam...nie pula menu minum ptg zana semalam...percubaan pertama tau!! tp sarangnyer x menjadi..hihii!!! tp rasanya tetap sedap...lembut dan gebu.., ce wah!!! makan pulak ketika masih panas....
Kek Span
(sember: koleksi peribadi)
Bahan2nya:
  • 2 1/2 cwn tepung gandum]
  • 1 sd mkn soda bikarbonat] ~ diayak
  • 100gm mentega
  • 1 1/4 cwn gula]
  • 1 1/4 cwn air] ~ dibuat gula hangus
  • 1 tin susu pekat
  • 8 biji telur ayam

Cara menyediakan:

  1. Gula dihanguskan sekejap~kemudian masukkan air sambil dikacau-kacau sehingga gula cair, angkat dan sejukkan.
  2. Tepung diayak bersama soda bikarbonat dan ketepikan.
  3. Kacau mentega dgn susu, setelah iu masukkan telur satu persatu sambil dikacau lagi sehingga sebati.
  4. Bila adunan telah sebati, masukkan pula tepung gandum sedikit2 bersama gula hangus dan dikacau hingga rata.
  5. Masukkan kedalam loyang pembakar yg telah disapu sedikit mentega dan bakar dgn suhu 180 C selama 1 jam atau sehingga masak.

*p/s~zana guna separuh dari adunan di atas (loyang 7"x7")~nanti zana nak cuba lagi! sbb sarangnye tu...x?????

Bingka Roti Berjagung


Bismillahirahmannirahim....assalamualaikum pada rakan2 yg selalu berkunjung kesini...dah agak lama zana x memblog...rumah pun dah nampak bersawang sana sini....hihihikk!!! rindu..rindunyer utk memblog, bersembang2 dan jalan2 ke rumah kwn2...tp apakan daya...hanya DIA yg tahu. Oklah! petang nie zana nak entrykan menu minum ptg zana ari sabtu lepas...

Bingka Roti Berjagung
(resepi asal: chef Azimah mansor/sumber: Rinnchan Fp)

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur
  • 150gm gula castor
  • 100gm mentega (dicairkan)
  • 1/2 tsp garam halus
  • 300-400gm roti
  • 200gm tepung gandum
  • 1 liter santan (atau 1 liter susu segar atau 500ml santan + 500ml susu segar...... )
  • 200gm jagung krim dlm tin

Cara-cara:
  1. Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan atau susu segar, tepung gandum dan garam halus.
  2. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min-20min.
  3. Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
  4. Sapukan mentega pada loyang bingka dan alaskan dasarnya dengan kertas kek
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darj celcius selama lebih-kurang sejam.