Memaparkan catatan dengan label wantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wantan. Papar semua catatan

Jumaat, April 30, 2010

Wantan Goreng Berudang...


Salam semua...hai!!! bertemu lagi kite...ari nie zana nak entrykan pulak resepi "Wantan Goreng Berudang"...sedap tau kalau dimakan ketika masih panas bersama sos cili...yummy2!!!
Bahan2nya: (dpt dlm 12 bj)
  • kulit wantan (dlm 12 kpg)
  • 100gm udang basah~dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar * diracek halus
  • 1/2 biji lada merah*
  • 1 tangkai daun bwg*
  • 1 tangkai daun sadri*
  • serbuk lada putih & hitam secukupnya*
  • garam secukup rasa.*

Cara membuatnya:

  1. Bahan * digaul sebati
  2. Ambil sekeping kulit wantan, isikan dgn 1 camca kecil inti dan lipatkan bucu kebucu kulit wantan~ buat hingga siap seperti gambar di bawah
  3. Goreng dgn minyak penuh sehingga garing.
  4. Hidangkan bersama cili sos, timun dan tomato...selamat mencuba!!
silakan!!!