Jumaat, Februari 25, 2011

Asam Pedas Bawal Mas


Assalamualaikum..n salam sejahtera, bersua lagi di hari Jumaat yg mulia ini... N3 zana kali nie
ialah menu mkn malam semalam, masakkan mak tau!!! :) :D.... x pernah jemu2 mesti nak punya..kan..kan... hehehek!!! jom layannnnnn................sorry gambarnye blerrr sikit.
Asam Pedas Bawal Mas
(resepi ibunda)
Bahan2nya:
  • 1 ekor ikan bawal mas ~ dicuci bersih n dipotong 2 aje..
  • 6 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1/2" halia*
  • 1" belacan*} ditumbuk halus
  • 1 st serbuk lada hitam
  • 1-2 sb cili mesin
  • 8 biji terung telunjuk
  • 1 btg serai dititik
  • 1/2 st halba
  • 1 cwn air asam jawa pekat + 2 cwn air
  • 2 helai daun limau purut
  • garam secukup rasa
Cara2 membuatnya:
  1. Panaskan minyak tumiskan serai, halba sehingga wangi dan masukkan terung, goreng sehingga terung nampak layu.
  2. Bahan tumbuk digaul bersama serbuk lada hitam dan cili mesin sehingga sebati dan masukkan kedalam bahan tumisan tadi ~kacau rata
  3. Kemudian masukkan ikan bawal mas diikuti air dan air asam jawa, lalu masukkan daun limau purut ~ Biarkan sehingga mereneh.
  4. Rasakan dgn sedikit garam n bolehlah tutup api dapur. Hidangkan utk mkn malam...

Khamis, Februari 24, 2011

Jom Share Info...



Salam....bertemu lagi! hari nie zana nak share info yg zana dapat di SINI & di SINI utk tatapan semua rakan2 yg singgah di villa ini. Lama dah dicari baru sekarang zana temuinya... di http://Melor.com tq...

Nama Tempatan: Jarum Tujuh Bilah
Nama Saintifik: Pereskia sacharosa/saecnarosa
Nama Lain: Bintang Tujuh, Pokok Kanser, Chat Sim Chan
Famili: Cactaceae

Keterangan:
Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yg mempunyai daun yg sebenar. Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Pereskia berasal dari Korea dan boleh didapati dgn mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia merupakan tumbuhan yg agak lasak dan boleh beradaptasi dgn hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum utk pertumbuhannya adalah sinar matahari yg terang dan iklim tropika. Ia adalah tumbuhan yg mudah membiak. Memiliki ciri yg hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dgn kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004. Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dgn keadaan kering, namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya, terdapat tujuh batang duri yg meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yg rangup boleh dijadikan ulam atau salad.
Kegunaan:
Pereskia dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser
hidung dan juga kanser lain. Terdapat 3 cara menggunakannya:
  1. Dengan memasukkan lebih kurang 2 helai daunnya kedalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum.
  2. Daunnya dimakan sebagai ulam sebanyak 1-3 helai setiap hari.
  3. Daunnya dikisar sehingga lumat dgn mencampurkan air dan jusnya diminum.
Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman teh selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita. Kajian terhadap kandungan kimia yg terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya didapati di http://www.moste.gov.my/kstas/NSFWorkshop/NSF/nsf%5CPHAR18.DOC dan ia juga dikatakan dapat mengubat penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Rabu, Februari 23, 2011

Apam Pelangi



Salam... hari nie zana nak tayangkan apam yg zana buat 2 hari lepas, resepi asalnya dari Ilahjy, tapi zana cedok dari rmh kak ummi kuantan tu...tengok menarik aje warna trafikligh die....tp zana olah sedikit resepinye cuma kite tambahkan setiap pewarna tu dgn perasa yg bersesuaian... hehehek!!! jangan marah ye cik kak2 ku...nanti kena jual!!!!

APAM PELANGI
Resepi: Ilahjy
sumber: Kak Ummi

Bahan:- (loyang bulat 8 in )

· 4 biji telur

· 2 sudu teh ovellet

· 1 sudu teh esen vanila

· 300 gm tepung gandum (3 cwn)

· 300 gm gula halus (1 cwn)

· 250 ml santan kara ( santan serbuk+ 220ml air suam)

· 1 sudu teh baking powder

· perasa strawberry+pandan+oren ~ guna warna trafiklight mcm kak ummi hehehe!!! merah, hijau & kuning…

Caranya:

1. Pukul telur dgn gula dan ovellet sampai gebu.

2. Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.

3. Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.

4. Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna dan perasa.

5. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 50 minit sehingga masak. (Akak skop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)

Masak Cuka Ikan Bawal


Salam dan salam sejahtera pd rakan2 yg berkunjung kesini...bertemu lagi kita di alam maya ini, rasanya dah hampir 2 minggu zana x mskkan ape2 entri di sini hehehe!!! bzz...memanjang aje 2..... ape2 pun jom layannnn......

Masak Cuka Ikan Bawal
(sumber: koleksi peribadi)

Bahan2nya:
  • 1 ekor ikan bawal ~ dibersihkan dan dipotong 2
  • 1 labu bawang besar ~ dibelah 4
  • 1 biji cili merah ~ dibelah 2
  • 1 biji cili hijau ~ dibelah 2
  • 3 biji bwg merah *
  • 2 biji bwg putih *
  • 1/2" halia * } dimayang halus
  • 1/4 cwn cuka +
  • 3/4 cwn air
  • 1/4 st serbuk kunyit
  • 1 st gula
  • garam secukup rasa
  • 1 st bijan direndam dan ditumbuk sedikit
Cara penyediaan:
  1. Ikan bawal digaul dgn garam + kunyit dan digoreng terlebuh dahulu kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak ~ tumis bwg merah, putih dan halia sehingga layu dan berbau wangi.
  3. Masukkan air, cuka diikuti dgn bwg besar, cili merah dan hijau dan dikacau sebati.
  4. Masukkan ikan ~ digaul rata, kemudian rasakan bersama garam dan gula
  5. Akhir sekali masukkan bijan dan biarkan sebentar, tutupkan api apabila kuahnya agak pekat.
  6. Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.

Isnin, Februari 14, 2011

Kuih Koci Pulut Hitam


Salam semua & selamat ptg..., hehehe!!! dah nak mlm pun barulah sibuk nak entrykan menu minum ptg zana td. kuih kegemaran suami dan anak lelaki ku...Kuih nie biasanya mak yg buatkan setiap kali kami adik beradik balik ke kg dah semestinya ada kuih nie, selalunya mak buat berintikan kelapa yg dicampurkan dgn isi durian, mmg sedap.

Kuih Koci Pulut Hitam
(sumber: warisan bonda)

Bahan A:
  • 400gm tepung pulut
  • 1/2 cwn tepung pulut hitam
  • air secukupnya + sedikit garam
  • sedikit minyak utk disapu pd daun pisang
Bahan B:
  • Daun pisang secukupnya ~ dilayur dan dipotong
Cara2nya:
  1. Masukkan tepung pulut dan tepung pulut hitam dan digaul rata.
  2. Lepas itu masukkan sedikit2 air dan digaul sebati sehingga adunan lembut dan x melekat di tangan.
  3. Bulat2kan adunan sebesar bola pingpong dan bolehlah dibungkus.
  4. Kemudian ambil sekeping daun pisang yg telah dipotong dan sapukan sedikit minyak, ambil sebiji adunan, leperkan sedikit dan letakkan sedikit inti di dlmnya kemudian dibungkus.
  5. Buat sehingga habis dan bolehlah dikukus ~ msk dlm 10-15 min.
Bahan Inti:
  • 1 biji kelapa tua parut
  • 1 kabung gula melaka dihiris2
  • 8-10 ulas isi durian
  • 2 sudu mkn gula pasir (ikut manis)
  • 1 sudu teh tpg gandum
Cara2nya:
  1. Masuk semua bahan utk buat inti di dalam periuk (kecuali tpg gandum) ~ masak diatas api yg sederhana dan dikacau sehingga rata
  2. Kacau sehingga gula cair dan isi durian sebati bersama kelapa sehingga sedikit kering
  3. Kemudian bolehlah masukkan sesudu tpg gandum dan digaul sebati
  4. Setelah masak bolehlah tutup apinya dan biarkan inti sejuk.

Ahad, Februari 13, 2011

Pau Gebu...@ Pau Hong Kong

Salam semua... dan selamat berhari minggu, dah lama nak membuatnya...tp asyik tertangguh2 tp semalam zana merajinkan diri buat pau nie..,alhamdulillah x menghampakan pau nya cantik naik gebu dan lembut. Resepi pau nie...dah lama ambik kat MYR yang diposkan oleh LynnSham dan yani . Katanye resepi ni dari taukeh frozen food, Pn Ani Ahmad yg dikangsi di RNet., dan resepi ni zana panjang2kan kat sini pulak! tkasih pd tuan punya resepi ni ya. Zana C&P aje dari MYR hehehe!!!!

Pau Gebu @ Pau Hong Kong
(Sumber: MYR)

Bahan-bahan ( 64 biji - doh seberat 20 gm )

  • Bahan A:
  • 450 gm special pow flour (Hong Kong)
  • 230 ml air
  • 1 tbsp susu pekat manis
  • 5 tsp yis segera - Mauripan
  • Bahan B:
  • 300 gm special pow flour (Hong Kong)
  • 180 gm gula kastor
  • 40 gm shortening
  • 2 tbsp double action baking powder (for pau)
  • 1 tsp bread softener (zana guna water roux)
  • Bahan C - larutkan:
  • 100 ml air
  • 1/2 tsp ammonium carbonate
  • Sedikit garam
  • Bahan D:
  • Inti - ikut citarasa sendiri (zana guna pes kacang merah & inti karipap)

Cara-cara

  1. Satukan A, uli hingga jadi doh yang licin (saya guna bread maker). Kemudian rehatkan doh selama 30 minit (doh akan mengembang).
  2. Selepas 30 minit, campurkan A dengan B dan C. Uli hingga jadi doh yang licin (jika guna mixer; speed no. 2 selama 15-20 minit. Saya guna bread maker Empress [Cosway], setting no. 51, uli sebanyak 4 pusingan).
  3. Rehatkan dan biar doh mengembang sekali lagi selama 30 minit (doh pau ini sangat ringan).
  4. Bahagikan doh kepada bebola kecil (saya bahagikan kepada 20 gm tiap satu).
  5. Masukkan inti, bulat-bulatkan atau punjutkan.
  6. Rehatkan sekali lagi hingga kembang selama lebih kurang 10-15 minit.
  7. Kukus selama 5-7 minit dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu (saya kukus dengan api sederhana).
  8. Untuk frozen pau: setelah pau dikukus, biarkan hingga betul-betul sejuk. Kemudian bekukan secara individu (pastikan pau tidak melekat antara satu sama lain). Bila dah beku, keluarkan dari fridge dan terus pek (jumlah per pek terpulang.. pau tidak akan melekat antara satu sama lain). Selepas dipek, terus disimpan sejuk-beku.
  9. Cara mengukus frozen pau: Panaskan pengukus, terus kukus pau tanpa perlu 'defrost' (api sederhana).
  10. Ikut kata Pn Ani, elok gunakan double action baking powder yang khas untuk buat pau.. memang ada tulis "(pow)" @ "(pau)". Sebelum buat, puas cari, tak jumpa.. saya guna double action baking powder yang biasa tu je.. alhamdulillah, pau tetap gebu..

**ps/ "water roux" (campur 250 ml air + 50 g tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)


Jumaat, Februari 11, 2011

Popia Sayur...

Assalamualaikum...bersua lagi kite, dah lama zana x entrykan apa2 menu kat blog kesayanganku ini...almaklumlah aku telah mula bertugas kembali, jd kerja ku yg tertangguh tu melambak2lah
penatnya Tuhan aje yg tahu...

Popia Sayur

Bahan2nya:
  • 1 paket jejari ketam dipotong dadu
  • 1/2 biji sengkuang dihiris memanjang
  • 1/2 biji lobak merah dihiris mancis
  • sedikit tauge
  • sedikit hirisan daun sadri n bwg
  • 3 biji bwg merah dimayang halus
  • 1 ulus bwg putih dicincang
  • sedikit minyak utk tumisan
  • garam secukup rasa
  • kulit popia secukupnya
Cara2nya:
  1. Tumis bwg putih n merah sehingga wangi...
  2. Masukkan jejari ketam yg telah didadu n digaul sebati
  3. Kemudian masukkan hirisan lobak merah dan sengkuang diikuti dgn taugeh dan hirisan daun sadri dn bwg~ kacau rata dan rasakan dgn sedikit garam.
  4. Tutupkan api dan biarkan sejuk barulah dibungkus dgn kulit popia. Setelah siap bolehlah digoreng utk sarapan pg atau minum ptg.

Selasa, Februari 08, 2011

Gegar 1000 Blog oleh Ben Ashaari



Salam semua...bersua lagi...x boleh jadi ni! sana sini ade...hari nie zana pun x nak ketinggalan untuk menyertainya... Gegar 1000 Blog oleh Ben Ashaari, bayangkan dia nak gegarkan 1000 blog dlm tempoh 3 hari aje tu!! dasyat2. Anda berani nak join tak? kalau berani blog anda digegarkan oleh Ben Ashaari... tunggu apa lagi klik2lah kat SINI
Caranya sangat mudah...buat satu entri...

  1. LETAKKAN HEADER BEN ASHAARI BLOG ~ macam kat atas tu...
  2. TAJUK ~ GEGAR 1000 BLOG oleh BEN ASHAARI dan linkkan ke entri tu
  3. TULIS ~ SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG! ANDA BAGAIMANA?
  4. Tinggalkan url anda di ruangan entri Ben Ashaari tersebut
TARIKH TUTUP : 8/2/2011, tepat jam 6 ptg
Bagaimana?? Ade berani ke??? Cepat2!!!!