get this widget here
Memaparkan catatan dengan label tart. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tart. Papar semua catatan

Isnin, Disember 12, 2011

Cheese Tart

Salam...n selamat petang..semua, dah minum petang ke? hari nie Selangor cuti dah tentu ramai yg masih lagi berada di Kampung..kan ade juga yg mengambil kesempatan membeli barang2 keperluan sekolah anak2. Oklah! jom tengok resepi cheese tart ni.. zana cnp je dari blog kak azita tq kak.
Tart Crust / Shell
(sumber: azita kitchen)
by: ZanaRose
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling 

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :

Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.


Selasa, Januari 18, 2011

Tart Nanas


Ee.. sedapnya tart nanas nie...buat utk kudapan anak2 masa cuti sekolah ari tu.... kuih kesukaan mereka semua...sehari aje boleh abiss!!!! finish!!

Tart Nanas
(sumber: dari kakak)

Bahan2 Pastri:
  • 240gm tepung gandum
  • 1/2 st garam
  • 140gm butter sejuk dipotong dadu
  • 100gm gula castor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sb susu sejuk
  • 1/4 st esen vanilla
  • 1 biji kuning telur utk disapu pada tart
Bahan utk jem:
  • 2 biji nanas diparut
  • 2 helai daun pandan
  • gula pasir (ikut manis)
  • sedikit gula batu
  • 1 st jus lemon.
Cara Membuatnya:
  1. Masakkan jem nanas terlebih dahulu dan ketepikan..
  2. Ayak tepung gandum dan campurkan dgn sedikit garam
  3. Dengan menggunakan senduk kayu, pukul butter dan gula sampai kembang, kemudian masukkan kuning telur, susu dan esen vanilla.
  4. Selepas itu, masukkan tepung dan gaul sehingga sebati. Sejukkan sementara dalam peti sejuk selama 10 min.
  5. Keluarkan dan bentukkan tart ikut suka sehingga siap. Masukkan semula dalam peti sejuk dalam 15 min.
  6. Keluarkan dan sapukan kuning telur diatasnya dan bakar pd suhu 180 C selama 15 min. atau kekuningan.

Rabu, November 10, 2010

Mini Cheese Tart..



Salam...yg ni pulak zana buat malam td di atas permintaan anak sulung ku utk dibawa kesekolah kerana ade jamuan akhir tahun di sekolahnya..jd kenalah jugak ditunaikan..walaupun keadaan zana baru aje drip ubat kat hospital..tp zana gagahkan juga utk membuatnya..

Mini Cheese Tart.
(sumber: resepicitarawan)

Bahan Pastry Tart:
  • 60gm gula ising
  • 250gm tepung gandum
  • 125gm mentega sejuk di potong dadu
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar air sejuk
  • 1/2 sudu teh esen vanila/esen badam

Cara-cara

  1. Satukan gula ising dan tepung gandum. Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
  2. Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Rehatkan selama 15-20 minit. Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini. Trim lebihan dibahagian atasnya.
  4. Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
  5. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.

Cheese Filling:

  • 250gm cream cheese (suhu bilik)
  • 50ml UHT whipping cream
  • 60gm gula ising
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar lemon jus jika suka
  • Filing : Blueberry, strawberry, kiwi, manggo(Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara :

  1. Pukul cream cheese bersama gula ising, mentega hingga sebati. Masukkan telur dan whipping cream, putar sekejap hingga adunan sebati dan tidak berketul. Masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya.
  2. Ambil kulit tart, pipekan sedikit filling kesukaan di tengahnya dan picit adunan cheese menutupi filling.
  3. Untuk corak di atasnya, pipekan sedikit filling atau ambil sedikit cream cheese dan campur dengan sedikit pewarna, pipekan keatasnya kemudian lorek dengan corak kesukaan.
  4. Bakar sekejap selama 5-8 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan selama 2 atau 3 jam.

Rabu, Februari 03, 2010

Mini Peach Tartlets...


Hai!! salam semua...hari ini zana nak tayangkan pulak "Mini Peach Tartlets" nie..hehee..., zana masih guna resepi "Alex Goh" utk sweet pastrynya...boleh klik sini ok. untuk intinya zana guna kastat resepinya ikut resepi k.rinnchan..
Bahan untuk kastart:
  • 2 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung
  • 8 tbsp gula kastor
  • 2 cwn (500ml) susu segar
  • 2 biji telur
  • 2 tbsp (30 gm) mentega

Cara Membuat Kastard:

  1. Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil.
  2. Campurkan hanya 2 tbsp susu daripada 2 cwn susu tadi & kacau rata.
  3. Masukkan telur sebiji2 & aduk rata lagi.
  4. Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut.
  5. Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental. *Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2, apabila tampak likat keluarkan & masukkan mentega lalu kacau hingga sebati.
  6. Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & aduk lagi hingga sebati.
  7. Masukkan dlm sweet pastry dan hiaskan dgn hirisan buah peach.
  8. Jika suka boleh sapukan sedikit jeli apricot dan hidangkan.

Selasa, Januari 19, 2010

Blueberry Cheese Tart


Salam semua...hai!!..bertemu lagi kite...hari nie, zana nak tayangkan "Blueberry Cheese Tart" pulak heehe...sebenarnya zana buat pd hari sabtu lepas..x sempat nak entrykan. Cheese tart nie, zana buat utk kali kedua dan dah semestinya menjadi kegemaran anak2 sbb tu kena buat lagi. Resepi Alex Goh tapi zana C&P aje dari MyR thanks.
Sweet Pastry
Bahan A :
  • 200 g mentega
  • 100 g gula aising
  • 1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B:

  • 1 biji telur

Bahan C :

  • 420 g tepung
  • 1 sudu besar tepung susu

Cara-cara:

  1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.
  2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna. * Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.)

Filling

Bahan A:

  • 250 g cream cheese
  • 50 g gula
  • 25 g mentega

Bahan B :

  • 1 biji telur

Bahan C:

  • 25 g whipping kream

Bahan D:

  • 20 g tepung

Blueberry filling

Cara-cara:

  1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.
  2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
  3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
  4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.
    Nota :- * Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak. * Untuk menjadikan permukaan atas tat lebih menarik, sapukan apricot glaze supaya ia kelihatan berkilat. (Apricot glaze + sedikit air dan panaskan di atas dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran tersebut cair)