Isnin, Julai 29, 2013

Ketam Cili Berempah

Assalamualaikum... &
Selamat malam, sesudah berterawih nie,,..relek2 jap sambil melayan blogku yg serba kekurangan ini. Apa yg patut dan perlu ditambah eee...okLah! hari ini zana nak letakkan resepi Ketam Cili berempah kat sini, rasanya dah dua/tiga x zana membuatnya - memang sedap! resepi ambil dari dapur Kak Putri Manja nun di seberang Tambak..Lihat tu.., guna sotong pun sodap!


Ketam Cili Berempah

Bahan2nya:
  • 1kg Ketam ( dlm 5 ekor- zana amik 3 ekor jerr)
  • 2 sudu besar Rempah Kari
  • 2 sudu besar sos cili (zana guna sos cili Thai)
  • sedikit garam / secukup rasa
  • 2 biji telur
  • 150ml Air
Bahan Kisar:
  • 15 tangkai cili kering ( zana buh 2 sb cili kisar)
  • 4-5 biji cili padi (x buh pon dah pedas)
  • 2 labu bawang besar
  • 2 biji bawang kecil
  • 1/2" halia
semua bahan2 di atas disatukan dikisar bersama
Cara2nya:
1. Pastikan ketam direbus sebentar agak2 dlm 5-7min atau ketam bertukar warna keorenan, padamkan api dan toskan..airnya jgn dibuang, boleh digunakan (ketepikan dulu)
2. Tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan naik baunya..masukkan rempah dan kacau rata sehingga garing.
3. Pecahkan telur dan kacau pelahan2, bila telur hampir masak masukkan air rebusan td bersama sedikit garam atau secukup rasa.
4. Masukkan sos cili, ketam dan digaul rata..kaup balik jer..pas tu bolehlah tutupkan apinya, sebab ketam tu dah direbus..siap utk dihidangkan.




Ahad, Julai 28, 2013

Nasi Ayam Madu -Iftar ke 18 Ramadhan

Assalamulaikum w.t.h
Bersua di pagi hari minggu ini bersamaan 19 Ramadhan 1434H. Untuk pertama kalinya tahun nie, zana nak sharekan menu berbuka puasa semalam.,,setelah hampir setahun tak menulis ape2 resepi di blog ni. Jadi hari ni, zana merajinkan diri utk menulis, walaupun sedikit. Oklah! kita tengok resepi nasi ayam pulak, resepi ni zana ceduk dari dapur Potret Kasih - memang sedap utk selera di rumah ini, alhamdulillah, tak rugi mencubanya. Terima kasih pd Kak Wana.,kerana sudi berkongsi resepi ini.

Nasi Ayam Madu
sumber: Potret Kasih
Bahan2nya:
§  4 cawan beras siam / basmathi
§  1 ekor ayam (dipotong 2 @ 4) – asingkan kepak, leher dan kaki untuk sup.
§  1 kiub ayam
§  1 ½ inci halia
§  4 ulas bawang merah
§  4 ulas bawang putih
§  4 sudu besar madu
§  4 sudu besar kicap manis
§  4 sudu makan sos tiram
§  2 sudu makan minyak bijan
§  air secukupnya
§  sedikit garam
§  1 sudu besar penuh mentega/marjerin
§  kulit kayu manis
§  daun pandan
Cara penyediaan

1. Tumbuk garam,halia dan bawang putih  hingga hancur kemudian lumur pada ayam. Perap sebentar.
2. Sediakan kukusan yang berisi air. Sebelum mengukus boleh masukkan kepak, kaki, leher ayam dan kiub ayam pada air kukusan tadi. Kemudian kukuslah ayam yang telah diperap dengan halia, bawang putih dan garam sehingga 3/4 masak.
3. Ayam yang telah di kukus tadi diangkat dan kemudian diperap seketika dengan kicap manis, sos tiram, madu dan minyak bijan. Sementara ayam di perap dengan madu tadi bolehlah sediakan nasi ayam.
4. Untuk nasi, panaskan mentega/ marjerin kemudian tumis bawang merah, halia, bawang putih dan kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan beras yang telah dicuci kedalam tumisan tadi. Goreng seketika.
5. Masukkan air kukusan ayam tadi bersama daun pandan dan sedikit garam pada beras yang telah digoreng tadi…. jumlah air bergantung pada beras yang anda gunakan. Masak nasi lah seperti biasa.
6. Tinggalkan sedikit air kukusan ayam tadi untuk sup.
7. Ayam yang telah diperap bersama madu, kicap, sos tiram dan minyak bijan tadi bolehlah di bakar dalam oven. Atau boleh juga di goreng dengan minyak penuh. Pastikan semasa membakar atau menggoreng janganlah terlalu lama kerana ayam tersebut sudah dikukus….
8. Angkat ayam yang telah digoreng atau dibakar tadi, kemudian bolehlah dipotong2 dan dihidangkan dengan salad, tomato, timun, sup, sos kicap dan sos lada.

Sabtu, Julai 27, 2013

Catatanku di malam hari..19 Ramadhan

Bismillahirahmanirahim..
Assallamualaikum w.t.h
Rasanya begitu cepat masa berlalu...Lama sudah zana tak mengupdatekan blog kesayanganku ini...ku kira2 dan ku tolak2 telah hampir sepuluh purnama zana x menjenguknya..sawang2nya pun dah hampir memenuhi ruang ini..Rakan2 yg selalu dtg ke villa ini, zana ucapkan terima kasih kerana sudi kesini. Alhamdulillah sempena bulan yg mulia ini, zana mengambil kesempatan utk memohon kemaafan & mengucapkan selamat berpuasa (rasanya belum terlambat kot..). Pejam celek2 dah masuk hari yg ke 19 Ramadhan pun. Dah lama x berblogger terasa kekok pun ada eee.. :) Mesti ramai rakan2 yg telah membuat persiapan utk hari raya, x kurang juga yg mengambil kesempatan utk beribadat pd yg ESA di sepuluh malam terakhir ini..yg telah dijanjikan oleh ALLAH beribu pahala, itulah kelebihan bulan Ramadhan yg tiada pd bulan-bulan yg lain..Oleh itu, sama-samalah kita ambillah kesempatan yg ada ini utk meruangkan sedikit masa beribadat kepadaNYA., sesungguhnya Dialah Yang Maha Pendengar, Pengasih & Maha Pengampun... Amin