Jumaat, April 29, 2011

Kuih Dadar Coklat/Strawberry


Assalamualaikum....salam ptg hari Jumaat, bersiaran lagi zana utk ari nie. Ptg nie zana nak n3kan menu sarapan pagi zana & anak2. Cuba dari resepi kak wan.., sumbernya dari rumah izzah muffin tu...nampak sungguh menggoda aje dia buat ari tu..so zana pun turutlah mencubanya, tp zana buat 2 jenis satu tu rasa coklat n yg satu lagi tu zana buh perasa strawberry. Oklah! layan...... kite cnp ajelah dari blog si izzah tu...tq
Kuih Dadar Coklat
(sumber: izzah muffin)
resepi:kakwan@recipestoday

Bahan Inti Coklat

  • 100 ml susu cair
  • 25 gram gula pasir
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 100 gram coklat masakan (potong kasar)
  • 1 biji kuning telur
  • 1/8 sdt garam

Bahan Dadar

  • 200 gram tepung gandum
  • 2 biji telur dipukul sedikit
  • 1/2 sdt garam
  • 2 sdm majerin dicairkan
  • 400 ml susu segar/santan cair
  • sedikit coklat emulco
  • majerin untuk meleser *saya tak guna.

Cara-cara :

1. Inti: Didihkan susu cair secara double boil hingga berbuih ditepinya. Larutkan serbuk koko dan gula dengan sedikit air panas, tuangkan ke dalam susu cair tadi kacau rata. Masukkan coklat masakan, kacau perlahan sambil dimasukkan kuning telur dan tepung jagung untuk memekatkan inti, Angkat biarkan sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk untuk memekatkanya.

2. Dadar: Satukan bahan dadar, gaul rata hingga tidak berketul. Tapis.

3. Asingkan 100 ml adunan, masukkan coklat emulco, gaul rata dan ketepikan.

4. Adunan yang selebihnya dibiarkan dengan warna asal.

5. Panaskan non stick pan, leserkan sedikit majerin dan ambil piping bag gunting sedikit saja muncungnya, masukkan adunan coklat dan picit bentuk zig-zaz ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Biarkan sekejap dan segera tuangkan adunan warna asal diatas jalur coklat tadi (jgn diantaranya kerana jalur coklat akan tertanggal) dan lenggokkan adunan menutupi dasar kuali. Buat hingga habis.

6. Ambil sekeping dadar, isikan 1 sudu kecil inti ditengahnya. Gulung secara melintang jaluran tadi.

7. Pastikan dadar suam sedikit sewaktu memasukkan inti coklat gulung dengan cepat supaya inti tidak cair.

8. Jika tidak mahir dengan piping bag gunakan sudu kecil untuk membuat jalur.

**p/s zana guna paste coklat & strawberry yg zana buat ari tuu..

Khamis, April 28, 2011

Kita Meroti Lagi....


Salam... sebenarnya zana nie... suka mengumpul dan menyimpan resepi2 roti nie dah lama sangat....nak cuba2 membuatnya..tp tau2lah masa tu..kan org x de BM... (x de bibik yg nak mengulinya :). Sekarang nak buat roti senang aje cuma tekan butang On aje.. tunggu hingga siap...mudah ajekan..tinggal lagi...rajin dgn x rajin ajelahkan!!!?? Malam td zana cuba buat roti nie.. ikut resepi ros jintanmanis, yg kaya dgn resepi rotinye.... :D tkasih ros.. mmg lembut sekali rotinya, dah ramai rasanya org mencubanya... akak cnp ajelah dari rmh ros ya tq...

Soft Honey Bun

(sumber: Ros Jintanmanis )

Bahan-bahannye

  • 250gram tepung roti

  • 1 1/2 sudu kecil yis

  • 2 sudu besar marjerin/butter/shortening

  • 1 sudu besar susu tepung

  • 2 sudu besar madu

  • 150ml susu segar atau air suam

  • 2 sudu besar water roux

  • 1/2 sudu kecil garam

  • Water Roux ros buat separuh adunan dari resepi asal.

  • ( resepi asal water roux ni Ros ambil di blog MamaFami`s spicen n splendour) terima kasih ye Mama.

  • 25 gram tepung gandum

  • 125 ml air

Cara2nya-

masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)

Cara-Caranya ( Jika Menggunakan Tangan)- Doh Roti

1. Satukan tepung roti ,marjerin dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah.

2. Kemudian masukkan susu segar, madu, water roux, di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.

CARA LAIN:

1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap.

2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam.

3. Bakar dalam oven pada suhu 180C ke 170C selama 22 – 25 minit. Gliss mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari. Selamat Mencuba.

Asam Lepas Bunga Durian


Salam...n salam sejahtera, hai!!! bersua lagi... hari nie zana nak n3kan pulak menu mkn mlm zana semlm "Asam lepas bunga durian" ek.. eleh!!! durian lagi...bukan2 durianlah!! nie bunga dia eee... :D buatnya pun mudah... kite rebus aje.... , sebenarnya bunga durian nie.. mak bekalkan zana semasa balik ke kg ari tuu... kebetulan pokok dogyan sedang berbunga.. x tau nak masak mcmne, yg zana tau masak lemak cili api aje. Kate hubby, buat asam lepas pun sedap...soo...kenalah buatkan...[isteri yg solehahlah katakan.. ^-^... :) ] Rasanya boleh tahan jugak pd yg suka asam2 nie.. :) oklah! layan aje resepi zana yg mudah nie.. main campak2 gitu.
Asam Lepas Bunga Durian
(sumber : zanavilla)
Bahan2nya:
  • 3 ekor ikan kembung
  • 1 mangkuk bunga durian ~ celur sedikit
  • 5 ulas bwg merah*
  • 1" halia*
  • 1" belacan* } bahan2 * ditumbuk
  • 3 btg serai diketuk
  • 2 sudu makan cili mesin
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 cwn air
  • garam dan sedikit perasa
Cara2nya:
1. Masukkan bahan tumbuk, serai, cili mesin, asam gelugor dan air kedalam periuk.
2. Masakkan di atas api sederhana sehingga merenih, kemudian masukkan ikan diikuti bunga durian.
3. Rasakan dgn sedikit garam dan perasa..~ biarkan sehingga mendidih dan bila masak.. bolehlah tutupkan api.
4. Hidangkan utk makan malam bersama ikan masin dan nasi panas.

Rabu, April 27, 2011

Kek Durian


Salam...ptg ni zana nak n3kan resepi kek durian yg zana buat ari sabtu lepas...rasanya ala-ala butter kek, keknya agak padat sikitlah..resepinya zana amik kat SINI resepi sumbangan hanaz. Tengok hanaz punya kek tu cantik aje..., zana punya kek agak gelap sikit..sbb keknya tinggi jadi lambat masak(sbb guna acuan loyang 7" kot) . Ape2 pun tkasih hanaz... zana cnp aje dari fp aje.

KEK DURIAN INSPIRASI HANAZ
(sumber: Hanaz)

Bahan2nya:

200 gm mentega(suhu bilik)
180 gm gula (sapa suka manis tambah la)
180 gm isi durian
180 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu teh esen durian (saja tambah sebab memang dah ada kat umah)-zana x bubuhpun

topping

50 gm mentega(sejuk)
50 gm gula kastor/halus (zana guna brown sugar)
70 gm tepung gandum
15 gm kelapa kering
15 gm oat segera

cara membuatnya:

1 - panaskan ketuhar
2 - ayak tepung gandum,tepung jagung,serbuk penaik dan soda
3- putar mentega dengan gula hingga kembang
4- masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis dan pukul lagi
5- masukkan esen dan isi durian....kacau sebati
6- masukkan tepung....sebatikan
7- masukkan 2/3 adunan dalam loyang ...lebih 1/3 letak warna oren atau ikut
le warna citarasa anda...dan lapiskan dalam loyang tadi ketepikan sebentar
8- untuk topping...campurkan semua dan ramas dgn hujung jari hingga jadi seperti
serbuk roti.
9- letakkan topping atas adunan kek tadi....ratakan
10- bakar dgn api sederhana hingga masak...cucuk lidi kat kek kalau kuar bersih tu masak ler.
siap untuk dihidangkan....

Chocolate Filing..

Assalamualaikumm....bersua lagi.... dah lama dicari2 baru la nielah zana jumpa, tp kan..kan hek!hek!...^-^ zana lupalah kat mana zana ambik ni resepi, sbb zana sempat salin aje ari tu. Puas dah dicari2 tp x jumpa. Sorilah ya pada tuan punya resepi...tp zana panjang2kan kat sini pulak ya terima kasih. Anak2 pun suka....makan dgn roti (coklatlah katakan!!) apa sajalah berasaskan coklat mesti x tolak punya. hihihi!!! :)
Chocolate Filing
(sumber: x ingat..)
Bahan2nya:
  • 250ml susu cair /sejat (ideal)
  • 180ml air suam
  • 125gm gula halus/castor
  • 60gm mentega/butter
  • 60gm serbuk koko
  • 40gm tepung jagung
  • 1 st esen vanilla
Cara penyediaan:
  1. Campurkan susu, koko, air suam dan tepung jagung dan dikacau sebati ~ kemudian tapiskan.
  2. Masukkan campuran tadi kedalam periuk berisi gula dan kacau sebati
  3. Then panaskan di atas api yg sederhana sehingga pekat.
  4. Tutupkan apinya dan masukkan mentega + esen vanilla dan kacau sebati.
  5. Angkat dan sejukkan barulah boleh digunakan
**p/s- simpan dlm peti sejuk pun ia x keras...cubalah!

***sedia utk disimpan.....

Selasa, April 26, 2011

Cekodok Geragau../ Kari Sardin


Salam dan selamat t/hari...lalalalla!!!! hai!!!! bertemu lagi..macam heppi ajekan? Dah makan t/hari ker!! kite lom sempat lunch lagi..nak n3kan dulu menu sarapan pagi tadi. Lama zana x buatnya, sesekali makan emm..sodap jugak cicah pulak ngan kari sardin..panasss... pehh!!! :-) jemputlah!
Cekodok Udang Geragau
(sumber : zanavilla)
Bahan2nya:
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn udang geragau basah
  • 1 labu bwg besar dihiris (kasar/halus)
  • 2 tangkai daun sadri ~ dihiris kasar
  • 1/2 st serbuk penaik
  • 1/4 st soda bikarbonat
  • 1 st garam
  • air panas secukupnya
Cara2 membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk adunan dan digaul sebati.
  2. Kemudian masukkan air panas sedikit2 sehingga menjadi adunan yg lembut.
  3. Goreng didlm minyak panas sampai kekuningan.
  4. Angkat dan hidangkan bersama kari sardin.
Kari Sardin

Bahan2nya:
  • 1 tin sederhana sardin
  • 5 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih*
  • 1/2" halia*} ditumbuk halus
  • 1 labu bwg besar dipotong 6 bhgn.
  • 1 biji buah tomato dipotong 6 bhgn.
  • 2 biji cili merah dibelah 2 atau 4
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 st jintan manis
  • 3 sb rempah kari ikan
  • garam & asam jawa secukupnya.
Cara2 membuatnya:
  1. Panaskan minyak ~ tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi, masukkan bwg besar, daun kari, tomata dan jintan manis ~ dikacau sebentar
  2. Masukkan rempah kari yg telah dicampur dgn sedikit air & asam jawa. kacau lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan air, diikuti dgn 1 tin sardin dan dikacau sebati ~ masukkan cili merah
  4. Biarkan ia merenih dan rasakan dgn sedikit garam
  5. apabila masak, bolehlah dihidangkan ~ siap!

Jumaat, April 22, 2011

Menu berbuka puasa semalam


Assalamualaikum...bersiaran lagi..di t/hari, hari Jumaat ni... semoga ceria selalu. Hari nie x taulah ape nak diceritakan, sebab zana ni bukannya pandai bercerita atau nak ngomel2 ni...so direct to the point ajelah ya..! ni nak n3 pun menu berbuka puasa/makan malam zana n keluarga malam td..simple dan mudah aje, tumis air dgn sambal / telur dadar pun dah cukup.
Soon Masak Tumis Air
Bahan2nya:
  • sepeket soon}
  • sepeket pucuk tahu kering } direndam terlebih dahulu
  • 1 btg lobak merah dipotong dadu
  • 1 biji kentang dipotong 8
  • sedikit cendawan tiram dikoyak2
  • 3 biji bwg merah dimayang*
  • 2 biji bwg putih dimayang*
  • sedikit ikan bilis*} ~ bahan * diramas aje
  • fish ball/fish kek secukupnya
  • 3 cwn air
  • 2 biji telur
  • garam secukup rasa
  • hirisan daun sop/bwg utk taburan
Caranya:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg telah diramas sehingga wangi.
  2. Masukkan fish kek/ball dan kacau, kemudian masukkan air ~ bila mendidih masukkan lobak merah, kentang.
  3. Bila kentang empuk masukkan soon, pucuk tahu dan cendawan. Kemudian masukkan pula telur satu persatu.
  4. Akhir sekali rasakan dgn sedikit garam..tutup api dan taburkan hirisan daun sop/bawang.

Cencaru Goreng Berlada.
Bahan2nya:
  • 2 ekor ikan cencaru dibersihkan dan dibuang kulit dan dipotong
  • 1 labu bwg besar dibelah 6
  • 8-10 biji cili merah*
  • 5 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih*
  • sedikit belacan*} ditumbuk halus
  • sedikit sos tomato
  • garam dan gula secukupnya.
Cara2nya:
  1. Ikan cencaru digaul bersama serbuk kunyit dan sedikit garam dan digoreng terlebih dahulu ~ ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan lada masak.
  3. Kemudian masukkan bwg besar dan sos tomata, rasakan dgn garam dan sedikit gula ~ dikacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan ikan yg telah digoreng tadi dan digaul sebati. Tutupkan api dan bolehlah dihidangkan.

Khamis, April 21, 2011

Gulai Lemak Ikan Bawal..

Salam.... menu makan malam zana dan keluarga, hari2 setiap kali balik dari tempat kerja mesti terfikir2 nak masak apekan? tinjau2 dan tengok2 dlm ais box tu...cak!!ape yg ade...jadikan lauk. Sebenarnya banyak lauk2 yg diulang tayang nie, sampaikan tak tau nak masak ape lagi. Oklah! jom tengok resepi dr ape yg ade...hihik!!!
Gulai Ikan Bawal
Bahan2nya:
  • 2 ekor ikan bawal dicuci dan dipotong2
  • 5 btg kacang panjang dipotong bulat/panjang
  • 1 biji buah tomato dibelah 4
  • 1 batang serai dititik
  • 2 cwn santan pekat + 2 cwn santan cair
  • 6 biji bwg merah*
  • 1/2" kunyit hidup*
  • 1/2" belacan*
  • 15-20 biji cili padi*} bahan2 * ditumbuk halus
  • 2 keping asam gelugor
  • garam secukupnya
Cara2:
  1. Ikan bawal digaul dgn sedikit serbuk kunyit dan garam kemudian digoreng separuh masak, angkat dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan serai bersama2 bahan tumbuk sehingga wangi.
  3. Masukkan sedikit air dan asam gelugur, diikuti santan cair.
  4. Bila mendidih masukkan pula ikan dan santan pekat, kacau sebentar dan masukkan kacang panjang bersama buah tomato.
  5. Rasakan dgn sedikit garam dan setelah masak bolehlah dihidangkan.

Donut


Salam & salam sejahtera pd semua rakan2 yg mengunjung blog ini...buat donut aje utk sarapan pagi dan bekalan anak2 kesekolah. Sedap lembut dan gebu aje... tq pd empunya resepi. zana cnp aje, maleh den nak tulih!!!

Donut
(sumber: myr-skyblue)

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.
ni donut yg baru digoreng ~ lom deco lae...

Rabu, April 20, 2011

Asam Pedas Ikan Jenahak


Assalamualaikum dan selamat pagi...bersiaran lagi utk hari nie, sehari dua ni sibuk aje kehospital...apo nak kato kalau dah sakit. Oklah! n3 zana utk ari nie ialah menu makan malam zana dan keluarga. Dah kata pon org Melaka, sememangnya x pernah miss lauk asam pedas nie dan ade bermacam2 ade yg buat pekat atau cair aje, ade juga yg tambah sedikit dgn serbuk kari, bg yg suka lebih pedaslah! bg zana pulak! lebih suka yg dimasak pekat2 gitu, masak pulak dgn daun kesom/bunga kantan wau!!! memang x pernah jemu. Makan dengan nasi panas dan ikan masin. Kali nie jamu mata ajelah! resepinya dah ade kat sini :0) layannn..........

Isnin, April 18, 2011

Baru Nak Belajar....


Assalamualaikum dan salam sejahtera pd semua...hasrat di hati dah lama nak belajar meroti nie, tapi hanya terpendam begitu aje.., tengok sana sini orang sibuk aje meroti, geram jugak tu.... dulu lainlah x de BM......tp bila dah ade BM (simpan aje buat hiasan!! :D) tu yg kena buat jugak! Oklah! jom kita layan ajelah gambar2 nie, rotinya dah abisss dah!!! :) resepinya amik kat MYR. zana cnp aje hihihi!!!

Roti Tuna & Sosej
(sumber: MYR)

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 120ml susu segar

  • 50g telur

  • 300g tepung roti

  • 3 sudu besar gula

  • 1 sudu kecil garam

  • 60g butter

  • 1 sudu kecil dry yeast

  • 1 tin tuna

  • 1/2 labu bwg besar

  • 2 sd makan mayonies

  • 6 btg sosej

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan untuk buat roti ke dalam breadmaker. On kan.. tunggu siap
  2. Bila dah siap, keluarkan angin dan bahagikan kepada 12 bahagian. Bua bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
  3. Buat bentuk panjang lebih kurang 30-35cm dan buat macam bentuk ikatan.
  4. Buatlah silang-silang sampai bertemu kedua-dua hujungnya. Buat sampai habis roti. Biarkan naik 2 kali ganda.
  5. Sapukan roti dengan telur. Campurkan tuna, bawang dan mayonis. Letaklah dibahagian tengah roti.
  6. Ambik sebiji roti. Buat bentuk panjang lebih kurang 30cm.
  7. Pada bahagian hujung, buat leper sebagai tempat penyambung
  8. Kemudian sambungkan pada bahagian hujungnya dan letakkan sosej ditengah2nya.
  9. Biar naik 2 kali ganda. Kemudian sapukan dengan telur
  10. Bakar pada suhu 180C selama 10 minit. Kalau roti belum nampak perang, biarkan dalam oven selama 5-6 minit selepas bakar sebelum dibawa keluar dr oven.
  11. Keluarkan roti dari oven dan sejukkan. Bila nak makan bolehlah letak sos dan mayonis.
  12. Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 10-12 minit

Ahad, April 17, 2011

Kuih Bakar Keledek


assalamualaikum semua & selamat berhujung minggu....hari nie nampaknya x kemana-manalah duduk kat rumah aje, nengok2kan anak2 buat keje sekolah sambil2 tu buat le projek2 yg bnyk dah tertangguh nak buat hhiihi!!!! n3 zana kali nie ialah "kuih bakar keledek" buat utk sarapan pagi td.

KUIH BAKAR KELEDEK
Sumber: Bro Rozzan
Resepi: Kak Ummi
Bahan-bahan :

  • 250 gm keledek (saya gunakan keledek manis) -direbus dan lecek halus
  • 230 gm tepung gandum
  • 270 gm gula pasir (zana bubuh 240gm aje)
  • 4 biji telur (saiz besar)
  • 650 ml santan pekat (saya gunakan 400 ml santan kotak + 250 ml air)
  • ½ sudu teh vanilli
  • sedikit pewarna kuning (jika suka) – saya tak taruk
  • 1 sudu teh garam atau secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak sapi (akak guna unsalted butter jek)

Cara:

  1. Masukkan keledek yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas.
  2. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, air, telur, vanilli, pewarna kuning, garam dan minyak sapi. Gaul rata-rata dan tapis jika perlu.
  3. Ambil satu loyang (saya gunakan loyang bulat, kira-kira 8 inci) dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya.(zana guna acuan kuih bakar & loyang 7"x7")
  4. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 45 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.

**sedap tau cubalah!

Khamis, April 14, 2011

Ayam Penyet Omakden....


Assalamualaikum semua & salam sejahtera...hari nie, zana keudara lagi di alam maya ini...bertemu dgn rakan2 blogger yg sudi mengunjungi blog ni..terima kasih. Hari ni, zana nak n3kan menu yg mudah tuk buat ayam penyet..resepi dah tentu dari ibuda tercinta yg dibuat khas utk anak2nya...saaayangggg!!!! omak....
Ayam Penyet Omakden
(sumber: Ibunda)
Bahan2nya:
  • Seekor ayam dipotong 4 bahagian dan dicuci bersih
  • serbuk kunyit + garam secukup rasa
  • sekotak santan pekat 250gm (santan kara)
  • daun pisang secukupnya
Cara menyediakan:
  1. Gaulkan ayam bersama dengan serbuk kunyit dan garam ~ perapkan semalaman di dalam peti sejuk.
  2. Keluarkan ayam dan gaulkan dgn santan pekat dan sedia utk dibakar.
  3. Sediakan kuali, alaskan daun pisang (biar tebal sedikit) dan letakkan ayam yg telah diperap dan curahkan santan pekat. Lepas tu letakkan daun pisang diatas ayam diikuti tutup periuk, kemudian ambil lesung dan letakkan di atas tudung periuk.
  4. Bakar dgn api yg sederhana sehingga ayam berbau wangi dan balik2kan sehingga masak atau santan td kering lebih kurang 30 min.
  5. Setelah masak, angkat , ketuk dan potong2.
  6. Hidangkan ketika masih panas dan sedap dimakan begitu saja atau bersama sos lada hitam. Seedap!!! cubalah.

Selasa, April 12, 2011

Mini Oreo Cheese Cake


Hari minggu ari tu zana buat mini oreo cheese cake nie...masa jln2 kat blog Kak Rahimah (pakar choc tuu..) tengokkan dgn resepinya yg agak mudah utk dibuat tu, so zana buatlah...lgi pun bahan2 yg diperlukan semuanya dah ade....dan tak perlu dimasak pun. Resepinya leh tengok kat SINI & SINI

Mini Oreo Cheese Cake

Sumber:Mas des fontaine
Filling

  • 250gm Philadelphia Cream Cheese
  • 130gm White Choc. Compound
  • 1/2 biji lemon (ambil jusnya)
  • 25gm Oreo Crumb
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

Base

  • Biskut Oreo (apa-apa flavour yang digemari)

Cara-cara membuatnya:

A) Filling Oreo Cheese Cake
  1. Pastikan cream cheese berada pada suhu bilik sebelum mengadunnya menggunakan mixer. Sekiranya cream cheese masih sejuk dan terus diadun dengan mixer, hasil adunan akan menjadi berketul-ketul dan tidak licin.
  2. Masukkan cream cheese ke dalam bekas mixer dan adunkannya dengan mixer sehingga kembang dan nampak 'fluffy'. Selepas itu, masukkan perahan jus lemon ke dalam adunan ini dan adunkan sehingga sebati.
  3. Kemudian, cairkan coklat putih compoun dan sejukkan.
  4. Selepas itu, campurkan adunan dari langkah (2) dengan coklat compund putih cair yang telah disejukkan tadi (jangan masukkan coklat compund cair yang masih panas ke dalam adunan cream cheese kerana ia boleh menyebabkan adunan berminyak). Kacau adunan hingga sebati tanpa menggunakan mixer. Seterusnya, campurkan oreo crumb dan 1/2 sudu kecil esen vanilla ke dalam adunan filling cheese cake untuk memberikan aroma yang wangi dan menyelerakan.


B) Base Cheese Cake

  1. Anda tak perlu susah-susah menyediakan base untuk resipi mini oreo cheese cake ini kerana base untuk resipi ini hanya menggunakan biskut Oreo sahaja. Ambil biskut Oreo dan susunkannya ke dalam paper cup bersaiz 8”. Pastikan biskut oreo ditekan ke bawah supaya padat dan terletak di bawah dasar paper cup ini. Biskut oreo juga boleh diganti dengan apa jua biskut yang anda gemari.
  2. Selepas itu, isikan adunan filing oreo cheese cake yang telah siap ke dalam paper cup yang mengandungi sekeping biskut oreo di dasarnya. Masukkan sehingga penuh acuan dan ketuk dengan lembut agar adunan filing pada setiap acuan padat dan rata.


C) Dekorasi Mini Cheese Cake

Parutkan coklat susu dan hiaskannya di atas mini oreo cheese cake yang dihasilkan pada langkah (2). Akhir sekali, sejukkan mini oreo cheese cake di dalam peti sejuk 'chiller' selama 3 jam.

Sedap!!!

Dadih Strawberry


Salam dan selamat t/hari pd rakan2 yg berkunjung keblog zana yg serba kekurangan nie, harap maaplah ya!! Baru2 ni.. zana buat dadih utk anak2, memang dah lama zana x membuatnya. Dimakan sejuk memang sedap...tp zana guna yg instant dadih tu aje... :)) :D pastuu...zana hiaskan dgn belahan buah strawberry.

Dadih Strawberry
Bahan2nya:
  • Sepeket instant dadih strawberry
  • 3 liter air
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • strawberry utk hiasan
Cara2nya:
  1. Ikut arahan pd paket dadih tu aje.... masakkan air bersama gula sehingga mendidih dan masukkan susu, kacau sehingga lagi ..
  2. Bila mendidih tutupkan api dan masukkan instant dadih tadi dn kacau selama 2 minit dan bolehlah dimasukkan kedlm bekas.
  3. Sejukkan dlm peti sejuk dan hiaskan dgn potongan buah strawberry.
  4. Hidangankan sebagai pencuci mulut.


Jumaat, April 08, 2011

Awas!!! Telur Tiruan

Assalamualikum... dan salam hari Jumaat penghulu segala hari. Terkedu sekejap pabila terdengar dlm berita di radio pagi semalam ketika zana dlm perjalanan ke opis, juga dalam berita di TV , masya`allah sampai begitu sekali ilmu yg mereka ade, sepatutnya ilmu tu digunakan utk kebaikkan tetapi disebaliknya...untuk mendapatkan keuntungan tanpa menghiraukan keburukan yg mungkin berlaku pd masyarakat sekeliling.
Telur Tiruan
(sumber: Forum.cari)

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran. Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya. Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur. Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.
Cara mengenal telur tiruan:
Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh. Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini. Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.
Boleh juga tengok kat SINI cara2 membuatnya.

Khamis, April 07, 2011

Sandwich Telur


Salam semua...bertemu lagi utk hari nie, tenggelam timbul ajelah nampaknya zana ni. Oklah! entry tuk ari nie menu sarapan pagi anak2 kesekolah, buat resepi yg mudah aje...
Sandwich Telur
Bahan2nya:
  • 4 biji telur rebus ~ dihancurkan
  • 2 sudu makan mayonis
  • 1 st serbuk lada hitam
  • 1/2 st serbuk lada putih
  • 1 st mix herb
  • garam secukup rasa
  • roti sandwich secukupnya
  • daun salat & hirisan tomato
  • sos cili
  • planta utk sapuan
Cara2nya:
  1. Campurkan telur yg telah dihancurkan bersama mayonis, serbuk lada hitam dan putih dan digaul sebati.
  2. Masukkan mix herb bersama secubit garam dan digaul sebati.
  3. Sediakan roti sandwich yg disapukan sedikit planta, letakkan adunan telur dan lapiskan bersama daun salat serta tomato, kemudian letakkan sedikit sos cili. Tutupkan dgn sekeping roti lg.
  4. Buat sehingga habis dan potong ikut suka.

Isnin, April 04, 2011

Kuih Lapis Pisang

Assalamualaikum....n selamat t/hari...dan terima kasih pd rakan2 blogger yg singgah di teratak ini, bersua lagi setelah hampir 3 minggu zana x masukkan ape2 entry di sini., disebabkan kerja2 ku yg sangat banyak di opis yg x pernah habis!!!! So t/hari nie zana ambil kesempatan yg sedikit nie utk entrykan menu sarapan pg zana & keluarga hari sabtu lepas...ok! layannnn

Kuih Lapis pisang (loyang 7”x7”)

Sumber: Aneka Talam & kuih lapis Chef Hanieliza

Bahan-Bahannya:-

Bahan A

  • 2 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (saya guna ¾ cwn aje)
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastard/jagung (saya guna tepung kastard)

Bahan B

  • 1 cawan pisang - dilecek
  • 1/4 cawan air

Bahan C

  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna merah

Cara-caranya:-

  1. Campurkan semua bahan A dan kacau sehingga sebati. bahagikan kepada 2 bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata
  3. Campurkan satu bahagian lagi dengan bahan C dan kacau rata
  4. Guna Loyang segi/bulat 7 inci, sapu sedikit minyak.
  5. Tuang hampir 3/4 cawan adunan B (zana sukat guna senduk lauk aje) kukus selama 8 minit
  6. Kemudian tuang 1/3 cawan adunan merah dan kukus selama 8 minit~ulang/habis.