Memaparkan catatan dengan label bubur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bubur. Papar semua catatan

Khamis, Februari 11, 2010

Bubur Durian Berjagung..


Salam semua...semalam zana buat bubur nie.."Bubur Durian Berjagung".. sebebenarnya..kan..kan zana nak perabihh..kan doyan yg dah beku tu kat dalam peti ais tuu...jalan2 kat MyR jumpa resepi dari harligt "bubur jagung isi durian" tp zana olahkan semula...resepi asalnya boleh klik kat SINI...ok! sorilah tuan empunya resepi sbb zana tukar tajuknya tu..krn ia lebih rasa "Doyan" dan sesekali rasa macam serawa lah pulak...hehee!!! thanks yea..harligt.
Bahan2nya:
  • 2 batang jagung manis ~ disagat
  • 10 ulas durian
  • 1/2 cwn sagu biji direndam terlebih dahulu
  • sekeping gula "gerek"
  • 2-3 sb gula pasir (ikut manis)
  • sedikit garam
  • 1 cwn santan pekat
  • 2-3 cwn air
  • 2 helai daun pandan disimpul

Cara membuatnya:

  1. Masukkan jagung parut, daun pandan kedalam periuk bersama air dan masak sehingga jagung empuk dengan api sederhana.
  2. Masukkan pula sagu biji, gula gerek, gula pasir dan sedikit garam kemudian dikacau sebati ~ sehingga sagu kembang.
  3. Akhir sekali kecilkan api dan barulah masukkan durian diikuti santan pekat..dan dikacau lagi sehingga ia merenih.
  4. Masak sehingga ia sedikit pekat dan siap untuk dihidangkan.
  5. Boleh juga dimakan bersama roti/roti jala.

Sabtu, Januari 23, 2010

Bubur Pulut Hitam Durian...


"Bubur Pulut Hitam Durian" yg ini pulak utk minum ptg zana dan keluarga...kena pulak dgn roti keping dan air nescafe....
Bahan2nya:
  • 2 cawan pulut hitam dicuci bersih dan taruh air sekucupnya..
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 15-20 ulas durian...+ lempuk durian kalau x ckp rasanya..
  • 1 cawan gula pasir
  • santan pekat secukupnya + secubit garam (optional)

Cara menyediakan:

  1. Masakkan pulut hitam + daun pandan sehingga mendidih..
  2. Masukkan durian ~ dan dikacau selalu...kemudian tambahkan gula pasir.
  3. Kacau dan biarkan sehingga pulut empuk dan barulah tutup apinya...
  4. Bila nak hidang ~ curahkan sedikit santan pekat dan sedia utk dimakan.....

Silakan...bismillah.....yummy2..

Jumaat, Januari 01, 2010

Bubur Jagung Berpisang


Emmp... yg ini pulak "Bubur Jagung Berpisang"...menu untuk minum ptg tadi, lama x pekena mmg sedap makan bersama roti bun kosong...tahu2lahkan kalau cuti2 nie x kemana, dok kat rmh mmg asyik nak makan dan buat makan aje...kalau p jenjalan pun cari makan jugak betul x.....??? betoool....ape2 je lah!!! kite tengok resepinya ye....mudah aje...
Bahan2nya:
  • 2 batang jagung manis ~ disagat
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 2 cawan air
  • 2 biji pisang dipotong2
  • 1/2 cawan sagu biji (yg warna-warni tu)
  • 4 sb gula pasir
  • santan pekat secukupnya

Cara menyediakannya:

  1. Masak jagung bersama daun pandan dan 2 cawan air ~ sehingga mendidih
  2. Masukkan pisang, sagu biji dan gula pasir dan dikacau sebati...kemudian masukkan santan pekat dan biarkan sehingga masak.
  3. Apabila masak bolehlah dihidangkan untuk minum ptg/ pagi...yummy..yummy