Khamis, November 26, 2009

Kosui Pandan Lapis


Salam semua..."SELAMAT HARI RAYA ..EIDUL ADHA". Kuih "Kosui pandan lapis" nie zana buat malam tadi, untuk sarapan pagi ini...memang sedap dan sumbernya zana dapat dari blog kak Rinnchan.
Bahan2 lapis gula merah:
  • 1 1/2 cwn tepung gandum 1/2 cwn tepung ubi
  • 1 sudu makan tepung pulut
  • 1 cwn gula merah
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 3 cwn air
  • 2 camca teh air kapur makan

Cara-caranya:

  • 1. Kisar kesemua bahan.
  • 2. Tapis sekiranya masih terdapat tepung yang tidak larut sepenuhnya. Ketepikan.

Bahan2 lapis pandan:

  • 7 helai daun pandan
  • 150ml air
  • 3 /4 cwn gula pasir
  • 400ml air
  • sedikit pewarna hijau (optional)
  • 150gm tepung beras
  • 70gm tepung ubi
  • 1 camca teh air kapur makan

Cara membuatnya:

  • 1. Potong kecil2 daun pandan dan kisar bersama 150ml air.
  • 2. Tapis utk mendapatkan jus pandan.
  • 3. Campurkan kesemua bahan2 lain dan kisar.
  • 4. Tapis sekiranya masih terdapat tepung yang tidak hancur.

Cara2 utk mengukus:

  • 1. Panaskan pengukus. Jgn lupa balut tudung pengukus dgn kain
  • 2. Alas loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak masak. Ini utk memudahkan kita mengeluarkan kuih. ( * zana guna loyang 9". )
  • 3. Sukat 1 1/2 cwn adunan gula merah dan tuang ke dalam loyang. Kukus 10min.
  • 4. Sukat 1 1/2 cwn aduanan pandan dan tuang ke atas lapisan lapis adunan gula merah tadi.
  • 5. Lapiskan satu persatu sehingga habis.
  • 6. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.
  • 7. Hidangkan dengan kelapa parut putih yg telah digaul dgn sedikit garam. (* Utk mengelakkan kelapa parut drpd cepat basi, kukus seketika)

Rabu, November 25, 2009

Anda berminat..


Salam semua.. Anda berminat untuk membuat atau menempah Homemade Choc..antara aktivitiku...silalah kelaman web zana di http://www.sweetros.blogspot.com/ (Sweet Rose Chocolate)..janganlah segan2 nak bertanya..he..hee. Oklah! di sini zana nak mengucapkan "Selamat Hari Raya Idil Adha" kepada kawan2 cyber semua, semoga perjalanan anda kekampung halaman akan selamat (Selamat balik & selamat kembali ok) Zulhijjah bulan yg mulia...Raya ini..saya terasa sepi sekali...kerana ketiadaanmu "AYAH"....Al-Fatihah buatmu... amin....

Isnin, November 23, 2009

Kek Coklat Brownies


Nak buat brownies ni memang dah lama ku idam-idamkan tetapi tak berkesempatan, tapi bila tengok Hana buat brownies ini, teringin pula nak mencuba dan sumbernya tentulah dari Nina@SL. Resipinya zana copy aje dari blog Hana hehehe mekacih..keknye dah abis pon... nie baru nak tempekkan..he..he..

Bahan-bahannya:
  • *250g butter
  • *100g cooking chocolate
  • 1 cwn tpg gandum
  • 11/2 cwn gula - buh satu cawan jer!
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 4 biji telur
  • 1sk baking powder
  • 1 cwn kekacang

Cara-cara:

  1. Cairkan cooking choc dan juga butter secara double boiler. ketepikan dan suamkan.
  2. Pukul gula dan juga telur menggunakan whisk sampai berbuih.
  3. Masukkan tepung,serbuk koko dan juga baking powder.
  4. Masukkan pula butter dan cooking choc yg dh cair tadi. Gaul semua sebati.
  5. Masukkan kekacang. (separuh ke dalam adunan dan separuh lagi tabur selepas selesai tuang adunan).
  6. Bakar suhu 170 °C selama 20min. tips dr nina>jgn overbake!! nnti kek akak kecut dan keras! Dah masak, sejukkan dan tuangkan topping@ganache.

Roti Sardin Goreng


Bahan2 untuk dohnya:
  • 210ml air/susu segar (suam/pd suhu bilik)
  • 300gm Tepung high protine (tepung roti)
  • 1 sb gula halus
  • 1 sb butter
  • 1 sk dry yeast
  • 1 sk garam

(optional)

  • breadcrumbs
  • telur
  • minyak utk menggoreng penuh

Bahan2 untuk intinya., zana buat cara yg sama dgn. inti sardine puff tu..resepinya dah ade..

Cara2nya:

  1. Masukkan tepung, gula dan dry yeast ke dalam mangkuk. Kacau biar rata. Kemudian masukkan pula air/ susu dan juga garam. Uli sehingga licin dan tak melekat ditangan.
  2. Buat bentuk bulat. Tutupkan mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda
  3. Tumbuk-tumbuk doh roti untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 12 bahagian & rehatkan roti selama 10-15 minit.
  4. Ambik sebiji doh, canaikan. Letakkan inti ditengah-tengah. Kemudian tutup rapat-rapat. Tekan dengan tapak tangan biarkan roti jadi bentuk leper. Buatlah sampai habis.
  5. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
  6. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Pukul telur dengan garfu biar telur kuning dan putih bercampur.
  7. Panaskan minyak. Celup roti dalam telur. Kemudian salut pula dengan breadcrumbs(serbuk roti).
  8. Goreng dengan api sederhana sehingga perang.

Ahad, November 22, 2009

Kek Oren Pelangi


(sumber Kak Liza)
Salam semua, semalam zana cuba buat kek ini untuk anak2, kebetulan ada lagi stok oren sunkist yg dibeli ari tu..resepinya zana kutip dari blog chef kita..dan tentulah kak hanieliza...
Bahan2nya:
  • 1 cawan butter (zana guna planta)
  • 1 cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan jus oren (dr sebiji limau sunkist)
  • 1 sb parutan kulit limau
  • 1 cawan tepung naik sendiri (zana guna tepung SRF + 1 sk baking powder)
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 sk coklat emulco/paste
  • sedikit pewarna merah
Cara membuatnya:
  1. Pukul butter dan gula hingga gebu dan ringan
  2. Masukkan telur satu persatu diikuti esen vanilla, dan dipukul rata.
  3. Masukkan parutan kulit limau bersama jus oren dan digaul rata.
  4. Kemudian masukkan tepung naik sendiri dan tepung kastad - digaul rata.
  5. Bahagikan adunan pada 3 mangkuk
  6. Satu bahagian dibiarkan pada warna asal, satu bahagian dimasukkan coklat emulco - digaul rata dan satu bahagian lagi diletakkan pewarna merah dan digaul rata juga.
  7. Masukkan adunan warna asal dalam loyang ( zana guna loyang 7"x 7")yang telah dilapikkan kertas minyak.
  8. Masukkan warna coklat diikuti warna merah.
  9. Masakkan dalam oven pada suhu 180'C selama 45-50 minit.
  10. Apabila sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Jumaat, November 20, 2009

Bercuti di Pulau Langkawi

Salam hari Jumaat..
14 nov 2009 – 16 nov 2009 Family Day yg di adakan oleh pihak syarikat PCC ke Pulau Langkawi. Aktiviti semasa di sana adalah bebas..aku dan family pergi “maingroove” ke “KILIM GEOFOREST PARK” ikut secara pakej..memang menyeronokkan dan boleh dikatakan puas & enjoylah!!..naik boat dari Tanjung Rhu mengambil masa lebih 2 jam… jalan masuk melalui tasik dan keluar melalui laut. Aku dan family dibawa melawat ke `Gua Buaya’ , `Gua Kelawar’ & melawat ke tempat belaan ikan dalam sangkar. Dalam perjalanan tu.. kami dibawa melalui kawasan pokok2 bakau yang banyak..dan dipinggiran pohon2 bakau tu terdapat banyak kera2 yang berkeliaran mencari makanan, ade yang pandai berenang dan juga dapat kami dpt melihat sepasang memerang yang sedang menangkap dan memakan ikan dan aku dibawa melihat burung2 helang yang leka menyambar makanan dilaut..dan bermacam2 lagilah!..kita lihat ye..sebahagian dari gambar2nye...

Dalam perjalanan ke "gua buaya" di sepanjang hutan pokok bakau terdapat banyak monyet aka kera yang duduk dipinggiran pohon bakau menunggu pengunjung memberi makanan..tengok tuu.. monyet pun pandai berenang/menyelam untuk mengambil makanan..yg tak tau berenang tunggu di darat., manakala yg pandai berang akan menyimpan makanan yang diambilnya dalam mulut dan makanannya akan dibagi2kan pd anak2 yg menunggu di darat.
Ini pula gambar benih dan buah "pokok bakau" ni kami jumpa semasa dalam perjalanan itu. Tengok buah bakau tuu..ia juga dikenali sebagai "dragon ball" oleh pelancung2 asing..ia boleh dibuat sebagai permainan susunan..kalau orang dulu2 kulit buah ni boleh direbus dan airnya dibuat "nila baju", tp x boleh dimakan...!! Benih tu pulak apabila tiba masanya ia akan gugur dan terpacak didasar laut..dan hiduplah ia sebagai pokok bakau...
Gambar ini pula..suasana di dalam "gua buaya", keadaannya memanglah gelap dan rendah aje..tp muatlah kalau bot2 kecil yg masuk..menurut org yg membawa kami gua buaya ni dulu asalnya memang banyak buaya..sesiapa yg masuk ke dalamnya alamat kulluhumlah jawabnya..hee..hee..
Perjalanan diteruskan utk ke "gua kelawar" jumpa dengan sepasang memerang yg sekornye sedang asyik memakan ikan dan sekor lagi sdg merehatkan diri...sebelum tu kami dibawa untuk melihat helang dikawasan helang..dimana burung2 helang tu turun untuk menyambar makanan yg ditaburkan oleh pengunjung...jom...kite lihat!!!


Lepas tu..kami singgah pulak di tempat pembelaan ikan2 dlm sangkar..tp gambarnya x leh nak poslah! sorry...
Masuk ke "gua kelawar"...bot x leh masuk..mula2 sekali jumpa bende nie lerr... dulu...kat dalamnye pulak ade laluan pejalan kaki..gelap tau..kena bawak touch light...hati2
kemudian kami jumpa dgn batu2 kapur yg terjadi dari air hujan...
inilah laluan keluarnye..plak...tengoktu gambar anak2ku..
haa..!!yg ini plak..he.. he..monyet aka kera sdg berteduh tuh..ari ujan..senang sekali!
dan sampai kepenghujungnya kami jumpa lagi dgn batu2 kapur tuuu..
Keluar dari gua kelawar hujan pun turun dgn lebatnya...naik bot, kena pakai safety jaket krn nak balik melalui jalan laut...dlm perjalan balik kami dpt lihat Pulau Kasut dan jumpa dgn beberapa org nelayan sdg leka menaikkan ikan dr jaringnye..memang menyeronokkan enjoy!! lupa sekejap sedihku ini...


Rabu, November 18, 2009

Mini Sardine Puff


Salam semua...pagi nie terajin pulak nak buat "mini sardine puff" nie untuk sarapan pagi anak-anak kesekolah. Intinye zana dah buat dulu malam tadi...sedap jugak makan puff pagi2 nie..anak2 pun suka, lagi pun sebelum nie zana dah penah buat..caranya zana ikut cara CMG lah!
Bahan2nya:
  • 1 paket "Puff Pastry" jenama "KAWAN" (ade 10 keping saiz 4"x 4")
  • 1 tin 350gm sardine dihancurkan
  • 1 biji kentang didadu dan direbus separuh masak
  • 1 labu bawang besar didadu kecil
  • 2 biji bawang putih dicincang
  • 1/2" halia dihiris halus
  • 1/2 st serbuk lada putih
  • 1 st jus limau nipis/kasturi
  • 1 biji kuning telur

Cara membuatnya:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar sehingga naik aromanya.
  2. Masukkan sardin yang telah dihancurkan dan dikacau sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan kentang yang telah direbus dan digaul rata, masak sehingga agak kering. Akhir sekali, masukkan jus limau nipis dan digaul rata, tutup api dan alihkan kedalam mangkuk dan biarkan sejuk.
  4. Keluarkan puff pastry dari freezer, dan biarkan selama 10-15 min./ sedikit lembut.
  5. Panaskan oven pd suhu 180' C. Ambil sekeping puff pastry dan dipotong serong (bhg. pada 4 bahagian segi tiga)
  6. Ambil satu bahagian dikelar2kan dan satu bahagian lagi diisi dgn. 1 sudu kecil inti, kemudian tutup dengan bahagian yang berkelar dan tekan tepinya dengan garfu supaya bercantum. Alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentaga. Buat hingga siap.
  7. Last sekali sapukan kuning telur atas permukaa puff, dan bakar 25 minit atau hingga puff menjadi kuning keemasan, bergantung pada oven masing2. Keluarkan puff , sejukkan dan bolehlah dihidangkan.

Jumaat, November 13, 2009

Asam Pedas Ikan Malong



Salam..semua....
Semalam saya masak lauk nie.. nama ikannya bunyi pelik sikitlah..tapi kannn...aduh!!! rasanya sedap sekali..kena lah pulak ngan ikan masin..ulam timun jepun...puhh..!!sodap. Menurut penjual ikan tu..macam2 jenis masakan boleh dibuat tau..boleh buat asam pedas, sop, kari, masak lemak cili api dan boleh jugak digoreng. Bentuk ikan malong nie..panjang macam belut..tp muncungnya tajam sikit..kulitnya licin dan bewarna emas...zana suka beli ikan ni yang besar sbb x banyak tulang..kalau yg kecik tu banyak tulang. Ikan nie susah nak jumpa kat KL nie..ade sesiape yang penah jumpa ikan nie x? Manalah tau nama ikannya lainlah pulak..kan layann...aje lerr...
Bahan2nye:
  • 3 ketul ikan malong dipotong 2
  • 5 biji bawang merah* (*~ bahan untuk dikisar)
  • 2 biji bawang putih*
  • 1" kunyit hidup*
  • 1" halia*
  • 1" belacan*
  • 3 sb cili mesin (boleh lebihkan sikit jika suka pedas)
  • 1 sb rempah kari ikan babas
  • 1 sb pes asam jawa adabi + 3 cwn air
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 2 helai daun limau purut (jika suka)
  • 5 biji bendi
  • garam secukup rasa
  • hirisan daun sadri dan bawang

Cara membuatnye:

  1. panas minyak dalam periuk, tumis bahan kisar sehingga naik aromanya
  2. masukkan cili kisar bersama rempah kari dan dikacau sehingga sebati atau sehingga cili masak.
  3. masukkan sedikit air, diikuti ikan dan biarkan ia merenih sedikit.
  4. pastu masukkan air bersama pes asam jawa, kacau dan biarkan hingga mendidih.
  5. masukkan tomato, bendi, daun limau purut dan rasakan dengan sedikit garam.
  6. last sekali barulah taburkan dengan hirisan daun bawang dan sadri
  7. bila masak bolehlah dihidangkan bersama ikan masin goreng serta nasi panas.

Khamis, November 12, 2009

Roti Puri


Salam semua.. lama dah rasanya tak tempek resepi kat sini..."Roti Puri" menu minum petang zana dgn anak2 ari tu..masa tu hubby x dee..so kite makan ngan anak2 aje. Selongkar2 dlm p.c jumpalah resepi nie yang zana c&p dari blog "yatiezaini"...thanks harap2 halalkanlah yea.. heee...jom kite layan......
Bahan2nye:-
(dpt dlm. 12 bijik gitu)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sk yis mauripan
  • 1/2 sk garam*
  • 3 sudu makan minyak masak*
  • 2 sudu makan gula* (blh kurang jika x suka manis)
  • 175ml atau 3/4 cawan air panas*
  • 40-50ml air (x habis pon..zana guna)
  • minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnye:-

  1. Satukan bahan2 bertanda(*) dan panaskan, kacau sehingga gula hancur dan tutup apinya.
  2. Campurkan tepung gandum dgn yis
  3. Masukkan no. 1 kedlm campuran tepung dan yis, gaul dengan garfu...sehingga bercampur shj.
  4. Dengan menggunakan tangan gaul adunan tadi sehingga menjadi seperti ~breadcrumb~
  5. Tambahkan air sedikit demi sedikit, adun adunan sehingga x melekat ditangan (jadi doh)
  6. Biarkan doh selama lebih kurang 30 minit
  7. Pastu bagikan doh kepada 12 bhgian dan buat sebesar bola pingpong
  8. Canaikan doh nipis seperti membuat karipap
  9. Siap untuk digoreng...
Tips menggoreng: gunakan api kecil dan sederhana shj...kalau guna api yang besar, akan menyebabka roti nie x naik kembong..cara menggorenye hendaklah disimbah2kan minyak keatas roti nie.. bila daha mengelembong barulah di terbalikan...
(sedap dimakan ngan kuah kari / sambal ler...) yam..yam..
jemput makan...

Rabu, November 11, 2009

Kenangan Ayah Semasa Hayatnya....



Bismillahirahmanirahim...,
Ayahku (28 April 1928 - 4 Nov. 2009)
Ampunkan dosa-dosa ku ayah...dari hujung rambut hinggalah kehujung kaki..,dan halalkan makan minumku..dari kecil hinggalah aku dewasa...Aku reda..dengan pemergiamu..ayah,kerana Allah s.a.w lebih menyayangimu..semoga ayah lebih tenang di sana.
Akan ku ingat segala pesan mu ayah..insyaallah kami sepuluh beradik akan sentiasa bersama & bersatu menjaga mak sehingga keakhir hayat.
Ayah...Terasa sunyilah..aku apabila balik kekampung nanti. Tiada lagi senyum dan tawa mu..tiada lagi kata-kata yang boleh ku dengar..tiada lagi teguran2mu dan bermacam-macam lagi..hanya Allah s.a.w sahaja yang tahu..Ayah dan mak..engkaulah segala-galanya, kerana tanpamu tiadalah aku disini..Ya Allah ya Tuhanku,Kau ampunkan dosa ayahku..Kau cucurikanlah rahmat keatas rohnya dan Kau tempatkanlah ia di kalangan orang-orang yang beriman..amin..amin yarabala`lamin..Al fatihah..


Selasa, November 10, 2009

AYAHKU PERGI JUA..PERGI MENYAHUT SERUAN ILAHI…

PADA PAGI YANG HENING DAN SUNYI JAM 3.50am.., HARI RABU TANGGAL 4 NOVEMBER 2009, BERSAMAAN 16 ZULKAEDAH 1430H. AKU DIKEJUTKAN OLEH NURSE YANG BERTUGAS PADA MALAM ITU..MENYURUH AKU JANGAN TERPERANJAT & BERSABAR, KERANA DOCTOR MEMANGGIL KU KETINGKAT BAWAH…KEBILIK ICCU, DI MANA AYAH KU DI TEMPATKAN SELEPAS PEMBEDAHAN – DILATED ISCHAEMIC CARDIOMYOPATHY (3 DARI SALURAN DARAH KEJANTUNG-TERSUMBAT). ALLAH S.A.W SAHAJA YANG TAHU PERASAAN KU KETIKA ITU…AKU KETINGKAT BAWAH BERSAMA-SAMA DUA ORANG KAKAK, SETELAH 15 MINIT SAMPAI DI BAWAH BARULAH AKU DAPAT BERJUMPA DENGAN DOCTOR YANG MERAWAT AYAH…DIA MEMBERITAHU AKU BAHAWA JANTUNG DAN PERNAFASAN AYAH TIBA-TIBA SAHAJA TERHENTI PADA JAM 3.30am & SEBELUM TU PADA JAM 12.30am AYAH ADA MUNTAH DARAH. DIA CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK MEMBANTU DENGAN BANTUAN CPR. DOCTOR KEMBALI SEMULA KEDALAM UNTUK MEMBERI BANTUAN LAGI. SAAT MENUNGGU AKU DAN KAKAK MEMBACA SURAH YASSIN DAN BERDOA AGAR AYAH SELAMAT. JAM MENUNJUKKAN PUKUL 4.50am. DOCTOR KELUAR DAN MEMBERITAHU, HARAPAN UNTUK AYAH HIDUP TIPIS..DIA MASUK SEMULA UNTUK MEMBERIKAN BANTUAN CPR YANG TERAKHIR..TAPI ALLAH S.A.W LEBIH MENYAYANGINYA. AYAH TELAH PERGI UNTUK SELAMA-LAMANYA TEPAT JAM 5.00am. AKU DAN KAKAK RASA SEDIKIT TERKILAN KERANA TAK BERKESEMPATAN BERTEMU DENGAN AYAH DISAAT-SAAT TERAKHIRNYA, MENGAJARNYA MENGUCAP, TAPI ALHAMDULILLAH ADA SEORANG NURSE SEMPAT MEMBISIKANNYA ~ TERIMA KASIH NURSE. AYAH PERGI PADA UMURNYA 81 TAHUN, PERGI TANPA ISTERI & ANAK-ANAK DISISI. AKU BERDOA SEMOGA ROH AYAH DICUCURI RAHMAT DAN DI TEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH SERTA PARA AMBIA, AMIN..AMIN YA RABBAL A`LAMIN. AL’FATIHAH BUAT AYAH....