get this widget here
Memaparkan catatan dengan label dessert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dessert. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 28, 2013

Agar-Agar Vico

Assalamualaikum... & selamat malam...semua
Bersua lagi pada n3 di malam-malam hari ini...saja je nak bg semangat utk berblog kembali...x tau lah  kot hangat2 sementara jeee ;p. Utk hari ini zana nak share resepi agar2 yg mudah je utk mengediakannya, dari segi bhn dan pengediaannya. Anak2 dah tentu menyukainya.

Agar-Agar Vico/Milo

Sumber: dari kakak
Olahan: sendiri ler...

Bahan2nya:
  • 1 paket agar2 serbuk (10gm)
  • 6 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu segar (nak guna susu sejat pun boleh)
  • 1 cawan serbuk Vico / Milo
Cara2nya:

1.  Masak serbuk agar2 bersama 6 cawan air sehingga mendidih dan dikacau
2.  Kemudian masukkan gula,  susu segar dan serbuk vico/milo dan dikacau rata, biarkan sehingga mendidih,
     tutupkan apinya dan masukkan kedalam bekas. Biarkan sejuk, kemudian masukkan kedlm peti sejuk            sehingga agar2 mengeras.
3.  Potong dan bolehlah dihidangkan - sedap dimakan sejuk



Jumaat, November 11, 2011

Bingka Roti Kukus Pandan..

Hai!!! assalamualaikum...bersiaran lg nampaknya zana hari ni.. :)) dah minum ptg ke belum? malaslah pulak nak bercerita kat sini panjang2 nanti jemu lak nak membacanyakan..hehehe.. cuma ptg ni zana nak n3 resepi bingka roti ni pulak..almaklumlah banyak entry2 yg dah terlepas baru nak update kat sini, kebetulan hari ni zana 1/2day pening pla sbb sakit gigi..ni barulah terasa reda sikit...jd masa yg terluang ni zana rajin2kn diri utk mengupdatenya...(kenalah ambik kesempatan yg ade tuu : p) tunggu apa lagi jom semak resepi yg zana ambik dari dapur kat kak UMMI 
Bingka Roti Kukus Pandan
(resepi asal: Notabilia /sumber: kak ummi)
by: ZanaRose
Bahan2nya:

  • 8-10 keping roti gardenia (x perlu disiat kecil)
  • 200ml santan pekat (zana guna santan kotak KARA)*
  • 200ml air*
  • 1 cwn gula (zana pun bubuh 3/4 cwn gula kastor)*
  • 4 biji telur dibuang tali pusat*
  • 1 st garam halus*
  • 1/2 st pes pandan*
  • 2 helai daun pandan disimpul
Cara menyediakan:
  1. Dalam mangkuk besar kacau bahan2 bertand * sehingga sebati dgn menggunakan whisk saja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti kedalam adunan di atas dan biarkan sekurang2nya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yg direndam tadi kedalam loyang bulat berukuran 8" yg telah disapu mentega, tuangkan lebihan adunan sehingga habis.
  4. Letakkan daun pandan di atas adunan roti tadi
  5. Sediakan kukusan, bila air mendidih kukus adunan roti selama 15-20 min (balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di atas permukaan bingka)
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan..(simpan dlm peti sejuk dulu baru sedap dimakan)


Khamis, Oktober 27, 2011

Puding Roti Bersos Kastard

Assalamualaikum semua.. dan salam sejahtera pd semua rakan2 yg selalu berkunjung ke villa nie, minta maaflah sebab selalu aje ketinggalan nak mengn3kan ape2je yg berkenan dihati nie...tu yg membuatkan makcik nie terpikir2 ape yg nak din3kan, biasanya kalau bab masak memasak nie, memang banyaklah menu2 ulangan..hehehe!!! Ni haa... "Puding Roti Bersos Kastard" pun dibuat atas permintaan KakLong..itu pun kalau bab puding2 nie kat adik2nya x berapa jalan..yg makannya kite berdua jerlah! jawapnye... tp sesekali makan macam tu sedap jugakan! oklah! jom tengok resepi kat bawah ni.. mudah aje membuatnya, manalah tahu ade kawan2 yg ingin mencubanya.
Puding Roti Bersos Kastard
sumber rujukkan: Buku Hidangan Sesuci Lebaran (Chef Sara)
by: zanarose
Bahan A (Puding)

  • 6 keping roti disapu mentega (guna roti gardenia)
  • 2 cawan susu segar
  • 3 biji telur
  • 30gm gula halus
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • 100gm buah2an campuran
Bahan B (Sos Kastard)
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 2 sudu makan mentega
Cara Membuat Puding
  1. Potong roti kepada beberapa bahagian kecil dan susun didalam loyang yg telah disapu mentega
  2. Panaskan susu segar di atas api yg sederhana dan jangan biarkan sehingga mendidih
  3. Kemudian, pukul telur dan gula hingga kembang dan masukkan susu segar yg telah dipanaskan
  4. Selepas itu, masukkan tepung kastard dan kacau sehingga sebati
  5. Tuangkan adunan ke atas susunan roti dan taburkan buah2an campuran. Biarkan selama 15 hingga 20 minit sehingga roti kembang.
  6. Kemudian, bakar adunan selama 20-30 min. pd suhu 180`C. Apabila masak, biarkan sehingga sejuk.
Cara Membuat Sos Kastard
  1. Campurkan bahan B dan masak di atas api yg sederhana sehingga pekat
  2. Untuk menghidang, potong puding roti dan tuangkan sos kastard keatasnya..sedap dimakan sejuk.
*p/s: ...zana punya sos kastard tu terlalu pekatlah pulak!! hehehe....^_^

Selasa, April 12, 2011

Dadih Strawberry


Salam dan selamat t/hari pd rakan2 yg berkunjung keblog zana yg serba kekurangan nie, harap maaplah ya!! Baru2 ni.. zana buat dadih utk anak2, memang dah lama zana x membuatnya. Dimakan sejuk memang sedap...tp zana guna yg instant dadih tu aje... :)) :D pastuu...zana hiaskan dgn belahan buah strawberry.

Dadih Strawberry
Bahan2nya:
  • Sepeket instant dadih strawberry
  • 3 liter air
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • strawberry utk hiasan
Cara2nya:
  1. Ikut arahan pd paket dadih tu aje.... masakkan air bersama gula sehingga mendidih dan masukkan susu, kacau sehingga lagi ..
  2. Bila mendidih tutupkan api dan masukkan instant dadih tadi dn kacau selama 2 minit dan bolehlah dimasukkan kedlm bekas.
  3. Sejukkan dlm peti sejuk dan hiaskan dgn potongan buah strawberry.
  4. Hidangankan sebagai pencuci mulut.


Jumaat, Julai 30, 2010

Agar-agar Cendol...



Dessert selapas makan t/hari, sedap dimakan... sejuk aje! resepi asal dari chef wan.. sekiranya berminat bolehlah mencubanya!
Agar-agar Cendol
(sember: Chef Wan)
Bahan2nya:
  • 1 bungkus serbuk agar-agar
  • 1 1/2 cwn cendol (kalau boleh kurangkan sikit)
  • 2 helai daun pandan
  • 200ml santan
  • 1/2 st garam halus
  • 3 cwn air
  • 150 gm gula melaka (zana guna 120gm aje)
  • 1/2 cwn gula halus

Cara penyediaan:

  1. Didihkan santan, serbuk agar2, gula halus, air dan daun pandan di dalam periuk.
  2. Bahagikan kepada 2 bahagian, 2/3 bahagian dicampur cendol dan garam ~ tuangkan kedalam loyang dan sejukkan. Sementara 1/3 bahagian tadi dicampurkan dula melaka dan dimasak semula hingga memdidih.
  3. Setelah memdidih, tuangkan bahagian ini (coklat) di atas yang putih dan disejukkan semula selama 2 jam.
  4. Hidangkan agar-agar ini ketika sejuk.

Selasa, Julai 27, 2010

Bingka Roti Berjagung


Bismillahirahmannirahim....assalamualaikum pada rakan2 yg selalu berkunjung kesini...dah agak lama zana x memblog...rumah pun dah nampak bersawang sana sini....hihihikk!!! rindu..rindunyer utk memblog, bersembang2 dan jalan2 ke rumah kwn2...tp apakan daya...hanya DIA yg tahu. Oklah! petang nie zana nak entrykan menu minum ptg zana ari sabtu lepas...

Bingka Roti Berjagung
(resepi asal: chef Azimah mansor/sumber: Rinnchan Fp)

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur
  • 150gm gula castor
  • 100gm mentega (dicairkan)
  • 1/2 tsp garam halus
  • 300-400gm roti
  • 200gm tepung gandum
  • 1 liter santan (atau 1 liter susu segar atau 500ml santan + 500ml susu segar...... )
  • 200gm jagung krim dlm tin

Cara-cara:
  1. Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan atau susu segar, tepung gandum dan garam halus.
  2. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min-20min.
  3. Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
  4. Sapukan mentega pada loyang bingka dan alaskan dasarnya dengan kertas kek
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darj celcius selama lebih-kurang sejam.

Selasa, Jun 29, 2010

Puding Jed


Untuk dessert...zana buat puding nie...rasanya lemak2 manis...sedap bila dimakan ketika sejuk...

Puding Jed
(sumber: Majalah Saji Jan 2002)

Bahan2 A:
  • 300gm gula pasir (zana guna 250gm)
  • 450 ml air
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit pewarna hijau
  • 1/2 sdt pes pandan (nie zana tambah)

Bahan2 B:

  • 100 gm tepung green pea ]
  • 650 ml air ] ~ dibancuh sebati

Bahan2 C:

  • 500 ml santan ]
  • 40 gm tepung green pea ] ~ dibancuh sebati
  • 80 gm gula
  • secubit garam

Cara menyediakan:

  1. Bahan2 A dimasukkaan kedalam periuk dan dijerang di atas api yg sederhana sehingga gula larut.
  2. Kecilkan api dan masukkan bahan2 B dan kacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat ~ ketepikan.
  3. Masukkan bahan2 C ke dalam periuk yg berasingan, kemudian kacau di atas api yg perlahan sehingga adunan menjadi pekat dan nampak berkilat.
  4. Tuangkan adunan hijau ke dalam acuan berselang seli dgn adunan putih. Goreskan dgn tangkai sudu agar adunan kelihatan bercorak sebelum didinginkan di dalam peti sejuk.
  5. Bila sudah beku, barulah dipotong dan bolehlah dihidangkan...

Rabu, Jun 23, 2010

Dulce De Leche....



Salam & salam sejahtera semua...bertemu lagi!! semalam zana cuba buat benda alah nie.. tergoda tengok hana dan along buat, jd kite pong nak try jugak! resepi asalnya boleh tengok sini. Memang kite x pernah tengok sebelum nie..hehehe!!! namanye pun pelik sikit, alahai..mcm jakun pulak!. Apa2 pun rasanya memang sedap lemak2 manis gitu, betul cpk hana tuu...rasa seakan2 "cloud 9" kalau makan dgn roti pun sedap. Lepas nie...ape zana nak buat ye!! nak buat......... brownies lah jawapnye.......hihihik!!!!

Dulce De Leche
Bahan2nya:
  • 1 tin susu pekat manis...
  • air secukupnya
  • periuk kukus

Cara-caranya:

  1. Buangkan kertas pembalut tin susu pekat manis tersebut.
  2. Masukkan tin susu ke dalam pengukus. Letak ditengah2 rack. (hana baringkan tin). Isi air sehingga paras tin susu tenggelam.
  3. Tutup pengukus dan kukus selama 3 jam atau lebih! lagi lama kukus, kaler akan makin gelap. Pastikan air kukusan tidak kering. Jika tak cukup, masukkan air panas.
  4. Tunggu sejuk baru buka penutup tin.
  5. Keluarkan dan simpan dalam botol jem atau bekas yang bersesuaian sehingga saat hendak digunakan.


***UPDATE>> 'Jika menggunakan preasure cooker kukus sejam sahaja.' >>> delay penyataan ini wat sementara waktu yer! curios sket! UPDATE AGAIN: from wikipedia >> A home-made form of dulce de leche is sometimes made by boiling an unopened can of sweetened condensed milk for 2 to 3 hours (or 30 to 45 minutes in a Pressure cooker), particularly by those living in countries where it cannot be bought ready-made. It is dangerous to do this on a stove: if the pot is allowed to boil dry, the can will overheat and explode.[2]

Selasa, Jun 01, 2010

Nuget Madu Rice Crispy


Malam tadi zana cuba buat crispy nie.. memandangkan stok coklat yg masih banyak. Lama jugak zana x mengcoklat...saje aje nak mencuba resepi dari Majalah SEDAP nie utk kudapan anak2...kite tengok resepinya ya...& selamat mencuba...

Nuget Madu Rice Crispy
(sumber: Majalah SEDAP)
Anggaran: 20 potong

Bahan2nya:
  • 50 ml madu
  • 25 gm mentega tawar
  • 250 gm coklat masak susu (zana guna milk choc. jenama~Berly's)~ dipotong2
  • 75 gm coklat putih / white choc. ~ dipotong2
  • 75 gm rice crispy
  • 25 gm marshmallow ~ dipotong 2 bahagian
  • 15 gm marshmallow ~ dipotong 2 utk taburan

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan madu hingga pekat. Masukkan mentega tawar, kacau sehingga mencair dan bolehlah matikan api.
  2. Masukkan coklat masak susu dan coklat masak putih ~ kacau sehingga coklat cair/larut.
  3. Tuangkan kedalam campuran rice crispy dan marshmallow ~ kacau rata.
  4. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 16x16x4 cm yg telah dialas dgn kertas kuih. Taburkan potongan marshmallow~ bekukan. Kemudian dipotong2.

Rabu, Mei 19, 2010

Emping Beras...


"Emping Beras" memang dah lama x makan... teringat masa kecik2 dulu pernahlah makan mak buat...waktu tu musim padi baru dituai, beras barulah katakan..tp kini cuma tinggal tapak sawah aje yg digantikan dgn kebun sayur.. sampaikan anak2 sekarang pun tak kenal macam mana rupa pokok padi kan! ok lah! sebenarnya masa jalan2 kat pekan Alor Gajah 2 minggu lepas, zana terjumpa sebuah kedai yg menjual emping beras nie...masih baru lagi jadi zana pun belilah..balik ke sini barulah zana buat. Memang sedap dimakan ketika emping tu masih panas lagi, sedap juga dimakan dgn susu...macam oat tuuu...nak membuatnya senang aje!
Bahan2nya:
  • 1 paket 200 gm emping beras.
  • 1/2 biji kelapa parut (kelapa tua-yg buat inti tu)
  • 1 ketul gula melaka (seeloknya taruh gula merah)
  • secubit garam

Cara menyediakan:

  1. Emping beras dicelur dgn air panas selama 2 minit ~ tos dan ketepikan.
  2. Gula melaka dihiris2 atau dicincang halus.
  3. Masukkan kelapa parut, gula melaka, garam kedalam emping yg telah dicelur dan gaul sebati dan bolehlah dihidangkan..sedapp!!!

Rabu, Mac 31, 2010

Jelly Mangga...


Salam & selamat pagi...bertemu lagi kita di alam maya ini. Dalam diam x diam, pejam celek2 dah pun akhir bulan Mac 2010...sekejap aje masa berlalukan, macam tu jugaklah usia kita meningkat sehari lagi alhamdulillah. Ok lah!!! "Jelly Mangga"....dessert zana hujung minggu lalu, saje aje buat utk anak2.
Bahan2nya:
  • 1 paket instant jelly - 20gm
  • 950ml air
  • 200gm gula
  • 3 sb jus mangga ( zana guna cosway juice)
  • Nata perisa mangga secukupnya.

Cara membuatnya:

  1. Masakkan air sehingga mendidih dan masukkan instant jelly dan gula pasir kemudian kacau sehingga sebati.
  2. Setelah mendidih barulah masukkan jus mangga dan kacau lagi
  3. Tutupkan api dan bolehlah letakkan dalam acuan yg telah dimasukkan nata terlebih dahulu - buat sehingga siap.
  4. Masukkan dlm peti sejuk ~ hidangkan bila hendak makan.

Isnin, Mac 15, 2010

Puding Coklat


Haa!!! yg ini pulak "Puding Coklat/Rich Choc. Pudding"...dessert lps makan t/hari semalam...sedap!! sejuk aje masuk kat tekak nie..sesekali buat puding coklat mcm ni laku jugak, selalunye kalau buat puding mcm tu anak2 krg sikit. Masa singgah ke rumah Maria jumpa lak resepi puding nie, sumbernye pulak dpt dari rumah K.Jun..tkasih ye, rasanya dah ramai yg mencubanya...
Bahan-bahan: ( 1 loyang sederhana besar )
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat. -Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

*psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

Rabu, Mac 10, 2010

Blueberry Cheese Cake aka Yogurt...


Salam pd semua kwn2 yg berkunjung...waa..kah!!kah!!! Blueberry Cheese Cake ku yg x menjadi!!!simpan dlm aisbox...sehari semalam pun masih tetap lembut..mcm rasa mcm ais krim atau yogurt pun ade..resepinya zana tah dpt dr mana?? x tau...ape sleknye...or.. gara2 menokok tambah lerr nie!!! terlebih2 pandai lerr pulak!!! tapi..kan! kan! rasanye masih tetap sedap tauu!!!!!! cuba tengok resepi nie...betul kerr!!! zana buat...
Bahan2 utk base:
  • 150gm biskut oreo dibuang inti & dihancurkan
  • 1-2 sb butter

Bhg. tengah:

  • 250gm cream cheese
  • 250ml whipping cream
  • 120gm gula caster
  • 1 sb jus perahan lemon
  • 1 st esen vanilla
  • 1 st gelatin (halal)
  • 1/4ml air panas

Toppingnya:

  • Blueberry filling & air panas secukupnya

Cara2 membuatnya:

  1. Biskut orea yg telah dihancurkan + dgn butter yg telah dipanaskan sekejap dan digaul sebati..kemudian masukkan dlm spring foam tin dan tekan2kan sehingga rata dan padat ~ simpan dlm fridge.
  2. Bhg. tengah : campurkan gelatin dlm air panas - kacau hingga gelatin sebati dgn air
  3. Putar cream cheese & gula caster hingga kembang, masukkan whipping cream dan putar lagi, kemudian masukkan bahan2 lain - jus lemon, esen vanilla & akhirnya gelatin - putar lagi sehingga sebati dan kembang - masa lebih kurang 10-15 min.
  4. Keluarkan biskut base dari fridge. Curahkan adunan cream cheese keatas biskut base - ratakan dan simpan dlm fridge semalaman.
  5. Topping : campurkan blueberry filling & air panas - agak2 aje sukatan yg diperlukan dan curahkan di atas cheese cake yg telah dikeluarkan dr spring foam tin.

tengok tuu!!! blueberrynye...terlebih-lebihlah banyak!!!

Isnin, Mac 01, 2010

Urap Jagung...


Hai!!!! salam semua & selamat petang??... dah minum ptg blm?..jom kita makan "Urap Jagung"... sekali rasa mcm ABC... la pulak!! resepinya zana cedok dlm majalah SEDAP...tp diolah semula ikut citarase kite ler!!! kita tengok resepinye ok!
Bahan2 yg diperlukan:
  • 1 cawan beras pulut }
  • 1 cawan beras pulut hitam} ~ direndam selama 1 jam
  • 1 cawan jagung yg telah direbus dan dikopek isinya (dlm setongkol jagung manis)
  • 120gm kelapa parut
  • 1/2 - 3/4 cwn air/secukupnya
  • 1/2 sk garam

Bahan utk sos: (optional)

  • 150gm gula melaka dihiris2
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 cwn air
  • secubit garam
  • susu cair secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Selepas sejam toskan beras pulut & pulut hitam~digaul sekali, kemudian dikukus sehingga pulut betul2 masak.
  2. alihkan pulut kedalam bekas dan gaulkan bersama jagung dan kelapa parut sehingga rata atau sebati, kemudian masukkan air dan garam~gaul lagi biar sebati.
  3. Kukus semula ~ selama 30 minit atau sehingga masak...dan bolehlah ditutup apinya.
  4. Utk sos: Masakkan gula melaka bersama air dan daun pandan sehingga gula cair dan agak pekat sedikit.
  5. Bila nak makan ~ hidangkan bahan kukus tadi dan curahkan sos bersama susu cair - sdp dimakan ketika masih panas atau sejuk..

Khamis, Februari 25, 2010

Homemade Strawberry Ice-cream


Salam semua...hai!!! selamat petang... Jom makan ice-cream ~ cuaca panas2 gini memang sedap kalau pekena ais krim nie...uhh!!!!!!!!! segar sikit rasanyer...pertama kali membuatnya tau!!! resepinya zana amik dr rumah HANA-Jepun yg telah diubah suai ikut seleranye...resepi asalnya ikut resepi CMG kat MyR , rasanye dah ramai yg telah mencubanyakan!! mmg sedap... mcm ais krim yg jual kat kedai tuu....thanks yea..., sorilah hana, akak CnP ajerrr resepinye kat sini...hehehe!!!
Bahan-bahan:
  • 270 g coffemate (creamer tepung)
  • 500 ml susu segar perisa strawberry
  • 30-50g gula - bergantung tahap kemanisan susu berperisa
  • beberapa biji strawberry

Cara-caranye:

  1. Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam (sehingga 3/4 beku).
  2. Potong strawberry kecil2 n lecek/blend hingga hancur/separa hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu.
  3. Perlahankan speed. Masukkan strawberry dan putar 1 - 2 minit hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.


Khamis, Februari 11, 2010

Bubur Durian Berjagung..


Salam semua...semalam zana buat bubur nie.."Bubur Durian Berjagung".. sebebenarnya..kan..kan zana nak perabihh..kan doyan yg dah beku tu kat dalam peti ais tuu...jalan2 kat MyR jumpa resepi dari harligt "bubur jagung isi durian" tp zana olahkan semula...resepi asalnya boleh klik kat SINI...ok! sorilah tuan empunya resepi sbb zana tukar tajuknya tu..krn ia lebih rasa "Doyan" dan sesekali rasa macam serawa lah pulak...hehee!!! thanks yea..harligt.
Bahan2nya:
  • 2 batang jagung manis ~ disagat
  • 10 ulas durian
  • 1/2 cwn sagu biji direndam terlebih dahulu
  • sekeping gula "gerek"
  • 2-3 sb gula pasir (ikut manis)
  • sedikit garam
  • 1 cwn santan pekat
  • 2-3 cwn air
  • 2 helai daun pandan disimpul

Cara membuatnya:

  1. Masukkan jagung parut, daun pandan kedalam periuk bersama air dan masak sehingga jagung empuk dengan api sederhana.
  2. Masukkan pula sagu biji, gula gerek, gula pasir dan sedikit garam kemudian dikacau sebati ~ sehingga sagu kembang.
  3. Akhir sekali kecilkan api dan barulah masukkan durian diikuti santan pekat..dan dikacau lagi sehingga ia merenih.
  4. Masak sehingga ia sedikit pekat dan siap untuk dihidangkan.
  5. Boleh juga dimakan bersama roti/roti jala.

Isnin, Februari 01, 2010

Puding Roti Pelangi...


Haa...yg ini pulak "Puding Roti Pelangi"...resepinya zana ceduk kat rumah Hana...tergoda tengok hana buat...dan dah ramai yg mencuba, so kite cubalah pulak..,memang sedap dimakan ketika sejuk...thanks hana.
Bahan2nya:
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gm serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sb butter/marjerin dicairkan
  • 3 1/2 cawan air (guna cwn biasa 230ml)
  • pewarna merah, kuning dan hijau

Cara membuatnya:

  1. Didihkan 3 cwn air, serbuk agar2 dan gula kedalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yg sudah didih td..
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih..matikan api.
  4. Bahagikan kepada 3 bhgn, masukkan pewarna pilihan anda..
  5. Tuang kedalam loyang secara berselang seli...sesenduk demi sesenduk, ulang sehingga habis..(ketika melapis hendaklah dgn cepat sbb puding nie, mudah sejuk dan membeku...
  6. Bila siap, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam dan enak dimakan ketika sejuk.

Sabtu, Januari 23, 2010

Bubur Pulut Hitam Durian...


"Bubur Pulut Hitam Durian" yg ini pulak utk minum ptg zana dan keluarga...kena pulak dgn roti keping dan air nescafe....
Bahan2nya:
  • 2 cawan pulut hitam dicuci bersih dan taruh air sekucupnya..
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 15-20 ulas durian...+ lempuk durian kalau x ckp rasanya..
  • 1 cawan gula pasir
  • santan pekat secukupnya + secubit garam (optional)

Cara menyediakan:

  1. Masakkan pulut hitam + daun pandan sehingga mendidih..
  2. Masukkan durian ~ dan dikacau selalu...kemudian tambahkan gula pasir.
  3. Kacau dan biarkan sehingga pulut empuk dan barulah tutup apinya...
  4. Bila nak hidang ~ curahkan sedikit santan pekat dan sedia utk dimakan.....

Silakan...bismillah.....yummy2..

Jumaat, Januari 01, 2010

Bubur Jagung Berpisang


Emmp... yg ini pulak "Bubur Jagung Berpisang"...menu untuk minum ptg tadi, lama x pekena mmg sedap makan bersama roti bun kosong...tahu2lahkan kalau cuti2 nie x kemana, dok kat rmh mmg asyik nak makan dan buat makan aje...kalau p jenjalan pun cari makan jugak betul x.....??? betoool....ape2 je lah!!! kite tengok resepinya ye....mudah aje...
Bahan2nya:
  • 2 batang jagung manis ~ disagat
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 2 cawan air
  • 2 biji pisang dipotong2
  • 1/2 cawan sagu biji (yg warna-warni tu)
  • 4 sb gula pasir
  • santan pekat secukupnya

Cara menyediakannya:

  1. Masak jagung bersama daun pandan dan 2 cawan air ~ sehingga mendidih
  2. Masukkan pisang, sagu biji dan gula pasir dan dikacau sebati...kemudian masukkan santan pekat dan biarkan sehingga masak.
  3. Apabila masak bolehlah dihidangkan untuk minum ptg/ pagi...yummy..yummy

Ahad, Disember 06, 2009

Puding Roti & Epal


Puding nie.., zana buat untuk minum petang..rasanya sedap dan ade ump..resepinya ade dalam simpanan dan sumbernya dari CMG..
Bahan2nya:
  • 10 keping roti dipotong dadu
  • 2 cawan susu segar
  • 1 biji epal hijau (zana guna epal biasa) dipotong dadu
  • 1 biji lemon - parut kulitnya aje (zana guna separuh)

Bahan utk dikacau rata:

  • 135gm gula halus
  • 90 gm margerin dicairkan terlebih dahulu
  • 4 biji telur gred A (guna 3 biji)
  • 2 sk esen vanilla

Bahan utk diayak:

  • 50gm tepung gandum
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 sk cinnamon (zana masukkan sikit aje, sbb x brp suka)

Cara menyediakan:

  1. Satukan roti dan susu segar, gaul rata dan biarkan terendam selama 5 minit.
  2. Masukkan bahan yang dikacau rata dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan bahan yang diayak dan gaul sehingga sebati, akhir sekali masukkan epal dan parutan kulit lemon. Kacau sehingga semua mesra.
  4. Masukkan kedalam acuan yang telah dilenser dgn mentega (zana guna loyang 8")
  5. Bakar dalam oven pada suhu 175`C selama 25 minit (bergantung pd oven msg2)