Selasa, Jun 29, 2010

Carrot Cake...



assalamulaikum & salam sejahtera utk pengunjung2 blog nie...bertemu lagi setelah empat hari x berupdate...hari ini zana nak entrykan aktiviti2 yg zana buat sabtu lepas utk dibawa pulang ke kampung sempena kenduri arwah ayah n pertunangan anak abang...pada hari minggu lepas.

Carrot Cake with lemon cream cheese frosting
(sumber: tengok kat sini)
Bahan2nya:
  • 240 gm lobak merah (diparut)
  • 120 gm nenas dipotong dadu/dicincang (dibuang airnya)
  • 60 gm kismis dicincang
  • 60 gm walnuts/kekacang (dipanggang sejukkan ~ dicincang)
  • 240 gm self raising flour
  • 1/4 sdt serbuk cinnamon
  • 1/4 sdt serbuk nutmeg
  • 1/2 sdt baking soda
  • 1/2 sdt baking powder
  • 1/2 sdt esen vanilla ( masukkan dlm telur)
  • 3 butir telur
  • 210 gm castor sugar
  • 180 ml minyak masak

Lemon Cream Cheese Frosting

  • 60 gm butter (pd suhu bilik)
  • 230 gm cream cheese (pd suhu bilik)
  • 230 gm icing sugar ~ diayak
  • 1 biji lemon ~ diparut kulitnya

Cara menyediakan:

  1. Ayak tepung bersama soda & baking powder ~ add castor sugar
  2. Dalam mangkuk berasingan pukul telur sehingga kembang dan tambahkan esen vanilla.
  3. Tuangkan telur kedalam campuran tepung dan dikacau sebati.
  4. Kemudian masukkan parutan lobak merah diikuti minyak masak ~ add nenas cincang dan kacau sebati.
  5. Tambahkan kismis dan kekacang ~ digaul rata
  6. Curahkan kedalam tray yg telah dilenser dgn butter dan dialas dgn kertas kuih dan bakar pd suhu 175°C selama 45 min ~ sehingga masak.


Frosting:

  1. Masukkan cream cheese dan butter kedlm mangkuk dan pukul dgn mixer ~ dgn kelajuan pelahan sehingga putih.
  2. Kemudian masukkan icing sugar dan pukul lagi sehingga smooth. Tambahkan esen vanilla dan parutan kulit lemon dan dikacau sebati.
  3. Hiaskan di atas kek.

1 ulasan:

  1. karet kek? waaaa sedap tu....nak minta seganlah pulak...kek yg sedap tentu cepat habis kan kak zana.....xperlah ...lenda mjamu mata je...

    BalasPadam