Isnin, Disember 26, 2011

Gulai Siput Sedut

Assalamualaikum dan selamat ptg semua... haa..ari nie bercuti lg kita sempena sambutan hari Natal semalam, bila terasa lama bercuti rasa malas lah pulak hendak p kerja esok.. : p nak update blog nie pun perasaan M tuu..masih ade hehehe!!! Ok! tengok n3 zana utk hari nie ya.. Gulai Siput Sedut..dgn keladi..... hehehe!!! sememangnya sudah lama zana x membuatnya apatah lagi merasainya..biasalah zana niii...makanannya dah abiss barulah nak tepekkan resepinya, jom layannn.
Gulai Siput Sedut
by: ZanaRose
Bahan2nya:

  • 1 bungkus siput sedut (+- 1kg)
  • 4 pokok keladi batang
  • 1000ml santan
  • 5 biji bawang merah*
  • 1-2" kunyit hidup*
  • 1-2" belacan* (ditumbuk halus)
  • 1 1/2 sudu makan cili padi kisar
  • 2 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa
Cara penyediaannya:
  1. Siput dicuci sehingga bersih ~ masukkan kedalam periuk dan diisikan sedikit air, kemudian dicelur sebentar dan ketepikan.
  2. Keladi dan batangnya dipotong dan dibersihkan ~ kemudian dicelur bersama sedikit garam sehingga layu ~ tos dan ketepikan.
  3. Panaskan periuk.. masukkan bahan tumbuk, asam keping dan cili api kisar dgn sedikit air biarkan ia merenih sebentar.
  4. Kemudia masukkan siput dan kacau sehingga rata, lepas itu, masukkan pula santan dan kacau sehingga mendidih.
  5. Akhir sekali masukkan keladi ... dan perasakan dgn sedikit garam. Bila telah masak bolehlah tutupkan apinya dan hidang bersama nasi panas.



Jumaat, Disember 23, 2011

Ais Krim Goreng..

Salam semua...hai!! musim2 hujan ni pun zana nak tunjukkan ais krim goreng nie..hehehe...sebenarnya ais krim goreng nie dah beberapa minggu zana buat, bendanya dah pinish...cuma zana nak tayangkan jer kat sini..orang lain dah selalu buat zana jer yg masih ketinggalan. Memang sedap dimakan waktu cuaca yg sedang panas, sejuk jer masuk kat tekak ni..kan! zana buat ais krim goreng nie guna perasa mocha & vanilla..emmm sedapnya..Jom layan gambar ni... :))

Donut Gebu..

Salam..semua... dah banyak kali mendonut, tp dari banyak2 adunan donut ni zana lebih suka menggunakan resepi dari alex goh, rasa donutnya yg lembutkan gebu aje...walaupun sehingga esok hari. Tp kalau kat rumah nie, donut nie x sempat nak deco2 atau kata lainnya x sempat nak disimpan2 lg, sekejap je dah abis...lebih2 lg musin cuti sekolah ni..perut anak2 nie..lapar memanjang jer... : p donut  ni zana buh dgn inti kastard dan disadur gula jer...tu pun dah sedap.. ^_^
Donut Gebu
(resepi: Alex Goh)

Bahan-bahannya:
  • 280ml air
  • 300gm tepung roti (high protein flour)
  • 200gm tepung gandum
  • 10gm garam
  • 60gm gula halus
  • 20gm susu tepung
  • 1/2 s/b baking powder
  • 3 1/2 s/t instant yeast
  • 2 biji kuning telur
  • 50gm lemak sayur (shorterning)

Bahan untuk hiasan:
  • gula halus
  • coklat cair
  • gula hiasan
  • lemod curd/cream custard

Cara membuatnya:
  1. Satukan kesemua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh yang lembut. Masukkan lemak sayur sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat-bulatkan doh, masukkan dalam satu bekas dan biarkan 1 jam (hingga naik 1 x ganda)
  2. Keluarkan doh tadi dan uli sekejap, rehatkan 5 minit. Bagi doh kepada 2 bahagian. Canai satu bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan penerap donut dan alihkan kedulang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap, rehatkan selama 30 minit hingga naik lagi.
  3. Goreng donut dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar 3-4 biji saja. Untuk mengelakkan suhu jatuh mendadak. Bila kuning keemasan pada kedua-dua permukaan, bolehlah diangkat dan toskan atas paper towel.
  4. Donut yang siap digoreng boleh disalut dengan gula halus, dituang coklat, dibelah dan dimasukkan cream custard/lemon curd atau mengikut kreativiti masing2..kita salut ngan gula aje..


Khamis, Disember 22, 2011

Blended Orange Cake

Assalamualaikum...semua bersua kembalii...dah hampir 2 minggu zana x update blog ini... lewat lgiiiiiiii...adoiiii dah ujung2 taun ni keja lak melambak-lambak, ni zana pun ngah demam/selsema/batuk (3in1) hehehe poning2 palo ni. Oklah! zana maleh nak cakap banyak memandangkan air hidungku ni dah meleleh geli, tp apokan dayo zana terpakso gagahkan jugak utk mengupdatekannyoo..demi blog ni. Hari ni zana nak n3kan kek oren blended yg zana buat semalam, resepinya zana amik dari rumah Hana..yg dah lama menyepikan diri tu...kemana tah dia menghilang...juga tkasih pd rakan2 yg sudi berkongsikan resepi ini.
Blended Orange Cake
(resepi asal dari KakFida MyR)
sumber: Hana

Bahan-bahan:

  • 1 bji buah limau - hana perah ambil jus, kulit ambil yg kaler oren shj utk elakkan kek pahit
  • 1 cawan minyak - hana letak 1/2 cwn butter cair, 1/2 cwn myk msk biasa
  • 2 cawan gula halus- hana letak 11/4 cwn - next time nk kurangkan 1 cwn je
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum* - hana guna tepung SRF + 1sk baking powder
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )


Cara-cara:

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.
  2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  3. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  5. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.



Selasa, Disember 13, 2011

Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Assalamualaikum..bersiaran lagi, tiada apa yg zana nak tuliskan di sini...cuma zana nak n3kan resepi kek lapis yg zana buat ini sempena hari lahir anak sulungku pd 17 Nov. lepas, semoga dipanjangkan umur dan ceria selalu. Oklah! jom kite semak resepinya, zana cnp jer dari dapur yatiememories...hasilnya memang memuaskan, abaikan je deconya tuu...ya hehehe... ^__^ .

Kek  Lapis Kukus Cream Cheese
Sumber :YATIEMEMORIES

Bahan A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sb tpng gandum

Bahan B (KEK)

2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder

Cara-caranya:
  1. Pkl cream cheese bersama dngn gula.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.Biarkan sebentar.
  3. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  4. Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
  5. Masukkan air panas,susu dan minyak
  6. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
  7. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.

 Cara Memasak:
  1. Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
  2. Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
  3. Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
  4. Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan boleh di hidangkan....



Isnin, Disember 12, 2011

Cheese Tart

Salam...n selamat petang..semua, dah minum petang ke? hari nie Selangor cuti dah tentu ramai yg masih lagi berada di Kampung..kan ade juga yg mengambil kesempatan membeli barang2 keperluan sekolah anak2. Oklah! jom tengok resepi cheese tart ni.. zana cnp je dari blog kak azita tq kak.
Tart Crust / Shell
(sumber: azita kitchen)
by: ZanaRose
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling 

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :

Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.


Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Assalamualaikum semua...apa khabar? Bersua lagi kita di bulan Dis ini...lama zana x update blog kesayanganku ini. Haiii!!! pejam/celik2 sekejap je dah penghujung tahun 2011 kan...nii dah pun pertengahan bulan Muharram 1433H terlalu cepatku rasakan... Oklah! hari ni, zana nak n3kan menu2 yg dah lama tertunggak dan foto2 yg duduk tersimpan elok dlm folder minta diuploadkan hehehe.... :p
Nasi Tomato
(sumber: kak liza)
by: ZanaRose

Bahan-Bahan: 
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

Bahan tumis
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 5 ulas bawang merah - hiris
  • 1 inci halia - hiris
  • 3 biji Buah pelaga
  • 3 biji Bunga cengkih
  • 1 inci Kulit kayu manis
  • 2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Boleh dihidangkan bersama lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..
Ayam Masak Merah
(sumber: kak Liza)
by: ZanaRose
Bahan-bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat




Ahad, November 13, 2011

Pulut SeKaya

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..bersiaran lagi, hari ni zana tak nak bercerita banyak..cuma zana nak n3kan resepi pulut sekaya yg zana buat baru2 ni..sekali tengok macam kuih serimuka, rasanya juga seakan sama,, cuba semak resepinya, zana ikut kat MyR tp zana olah semula ikut kesesuaiannya.
Pulut SeKaya
(sumber: MyResipi)
diolah semula by: ZanaRose
Bahan A (bhgn Bawah) :

  • 2 cwn pulut ~ dicuci dan direndam 2-3 jam
  • 1 cwn santan pekat + 2-3 cwn santan cair
  • 1 st garam
Bahan B (bhgn Atas) :
  • 6 biji telur grid B
  • 5-6 sudu besar gula pasir
Bahan C
  • 6 helai daun pandan + 5 helai daun pandan serani
  • 1/2 btg kulit kayu manis ditumbuk / 1 st serbuk kulit kayu manis
  • 1 st serbuk jintan manis (zana x letak)
  • 1 cwn air
  • 1/2 cwn santan pekat
Cara menyediakan:
  1. Panaskan kukusan ~ masukkan beras pulut kedalam loyang dan masukkan santan bersama sedikit garam. Pastikan santan mestilah menutupi keseluruhan beras dan kukus seperti biasa, sehingga pulut masak.
  2. Sementara menunggu beras pulut masak, blender bahan B sehingga kembang dan ketepikan. Blend pula bahan C, kemudian ditapis dan ambil airnya dan satukan dgn bahan B (ketepikan)
  3. Setelah pulut masak ~ rata dan padatkan didalam loyang yg telah disapu sedikit minyak dan dialas dgn plastik.
  4. Kukus semula selama 5-10min ~ kemudian barulah dicurahkan dgn aduan sekaya dan kukus semula selama 30 min atau sehingga adunan sekaya masak.
  5. Biarkan adunan betul2 sejuk barulah boleh dipotong dgn pisau plastik..tengok cantik jer!! nampak ade layer pd sekayanya...cubalah rasanya memang sedap!
*p/s : tkasih pd tuan punya resepi..kalau nak tengok lebih detail boleh tengok di SINI

Jumaat, November 11, 2011

Paprik Sotong

assalammualaikum..& selamat malam..semua, n3 penutup utk mlm ni,,hari nie kite terlebih rajin lak pulak, sambil melayan mata niii....hehehe... jom layan resepi paprik sotong nie, kite main agak2 jer! ikut rasa janji ade rasa macam lauk paprik : p minta maaf ler jika ade kekurangan pd resepi nye ya...
Paprik Sotong
by: ZanaRose
Bahan2nya:

  • 4 ekor sotong sederhana besar ~ dibersihkan dan dipotong2
  • 1 labu bwg besar dipotong bulat
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 2cm halia dimayang halus
  • sos cili dan tomato secukupnya
  • sedikit sos tiram
  • 2 sb cili mesin
  • sedikit lobak merah
  • 5-6 btg kacang buncis
  • 3-4 helai daun limau purut
  • garam dan gula secukup rasa
Cara2nya:
  1. Gaul sotong dgn sedikit serbuk kunyit dan garam dan ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak masak, tumis bwg putih, halia bersama bwg besar sehingga layu dan wangi
  3. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar, kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram ~ kacau rata. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan lobak merah, kacang buncis dan daun limau purut ~ kacau, biarkan ia merenih sebentar
  5. Barulah masukkan sotong dan dikacau, tambahkan sedikit garam dan gula. Memasaknya tidak perlu lama..cukuplah 2 atau 3 min dan tutupkan apinya
  6. Hidangkan bersama nasi panas..

Bingka Roti Kukus Pandan..

Hai!!! assalamualaikum...bersiaran lg nampaknya zana hari ni.. :)) dah minum ptg ke belum? malaslah pulak nak bercerita kat sini panjang2 nanti jemu lak nak membacanyakan..hehehe.. cuma ptg ni zana nak n3 resepi bingka roti ni pulak..almaklumlah banyak entry2 yg dah terlepas baru nak update kat sini, kebetulan hari ni zana 1/2day pening pla sbb sakit gigi..ni barulah terasa reda sikit...jd masa yg terluang ni zana rajin2kn diri utk mengupdatenya...(kenalah ambik kesempatan yg ade tuu : p) tunggu apa lagi jom semak resepi yg zana ambik dari dapur kat kak UMMI 
Bingka Roti Kukus Pandan
(resepi asal: Notabilia /sumber: kak ummi)
by: ZanaRose
Bahan2nya:

  • 8-10 keping roti gardenia (x perlu disiat kecil)
  • 200ml santan pekat (zana guna santan kotak KARA)*
  • 200ml air*
  • 1 cwn gula (zana pun bubuh 3/4 cwn gula kastor)*
  • 4 biji telur dibuang tali pusat*
  • 1 st garam halus*
  • 1/2 st pes pandan*
  • 2 helai daun pandan disimpul
Cara menyediakan:
  1. Dalam mangkuk besar kacau bahan2 bertand * sehingga sebati dgn menggunakan whisk saja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti kedalam adunan di atas dan biarkan sekurang2nya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yg direndam tadi kedalam loyang bulat berukuran 8" yg telah disapu mentega, tuangkan lebihan adunan sehingga habis.
  4. Letakkan daun pandan di atas adunan roti tadi
  5. Sediakan kukusan, bila air mendidih kukus adunan roti selama 15-20 min (balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di atas permukaan bingka)
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan..(simpan dlm peti sejuk dulu baru sedap dimakan)


Kek Lapis Strawberry Cheese

Kek lapis lagi!!! bila dah buat kek lapis nie..terasa nak buat lagi walaupun penat tp seronok bila menjadi, tu yg kena cuba lagi... layann...ya

KEK LAPIS STRAWBERRY CHEESE
Sumber: Bro Rozzan
Bahan-Bahan
450 gm mentega
250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft)
1 sudu makan ovalette
150 gm gula halus
10 biji telur
1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis
300 gm tepung Hong Kong
100 gm Horlick
180 gm jem strawberry (reduced sugar- kurang manis)
1 sudu teh esen strawberry
sedikit pewarna merah/merah jambu (lebih baik jenis yg pekat atau serbuk)

Cara :
1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.
2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.
3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.
4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.
5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh jem strawberry, esen strawberry dan pewarna merah.
7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7” atau 8”x8” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius.
8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak. Utk l;apisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi.
9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan strawberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.
*p/s: tak tau kenapalah lapisan yg bawah tu gelap terlebih bakar agaknye..hehehe buat tak nampak je ler ya! :p 
Nota:
Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 merah atau 1 plain 1 merah, terserah pada kreativiti dan citarasa anda.

Cheesy Wedges..


Salam....Hai!! bersiaran lagi di pagi hari Jumaat ni.., penghulu segala hari. Semoga apa yg dirancangkan hari ni berjalan lancar. Oklah! pagi ni, zana nak n3 resepi cheesy wedges pulak, guna frozen wedges jee. Nak ikutkan frozen wedges ni dah selalu dibeli, tp baru nii..lah dapat buat cheesynyer.. :)) resepinya dah lama peram kat dlm folder tuu..amik dari fp kak rinn. Biasanya kalau makan 'KFC' baru dpt merasa cheesy wedges niikan? itu pun x puas, ni dah tau kene buat sendirilah nampaknyer hehehe :p tp awasss!!! x boleh buat selaluu... eeeee :))) jom!! semak resepinye..
Cheesy Wedges
(sumber: fb kak Rinnchan)
by: ZanaRose
Bahan2nya:

  • 500gm frozen wedges
  • 200gm shredded cheddar chees "Embrong" brand ~ yg bewarna oren ( zana ganti dgn cheese slice yg warna oren jugak)
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 125ml susu segar (1/2 cwn)
  • 2 sudu besar sour cream / yogurt perisa asli
  • Mayonis secukupnya utk dihidang bersama sos ini
Cara-caranya:
  1. Goreng Wedges sehingga masak dan ketepikan.
  2. Panaskan non stick pan ~ cairkan butter dan masukkan tepung, gaul sebati
  3. Kemudian masukkan susu dan kacau sehingga pekat.
  4. Masukkan cheese dan kacau sehingga cheese mencair
  5. Masukkan sour cream/yogurt dan kacau hingga elok kepekatannya
  6. Paipkan sos cheese dan mayonis keatas wedges yg telah digoreng tadi, bolehlah dihidangkan.
Kalau nak tengok step by stepnya kat SINI ya!! :p 


Khamis, November 10, 2011

Kek Lapis Bumi Kukus

assalamualaikum.. bersiaran lagi kita, rasanya dah hampir 2 minggu zana x masukkan apa2 entry di sini..hai!! sibuk memanjang je zana nie, kerja x habis2. Nak masukkan n3 kat rumah, intenet lak problem terkemut2..lambatnya Ya Allah..tulah sebabnya mcm malasss jee...hehehe!!! Oklah! sebenarnya zana nak n3kan resepi kek lapis yg zana buat utk dibawa balik kekg Hari Raya Haji tu ari..first time buat kek lapis versi kukus nie.. lapisannya pun main agak2 je.. tulah sebabnya nampak x sama tebal, rasanya memang sedap..resepinya zana C&P aje dari dapur Hasue..tq sue


Kek Lapis Bumi Kukus
(sumber: Hasue)
by: ZanaRose
Bahan2 (8" x 8")
  • 450g Mentega (sy guna butter scs)
  • 1 Gelas / 180g gula halus-boleh kurangkan ke 3/4 gelas kalo x suka manis
  • 2 / 220g Gelas tepung gandum
  • 10 Biji telur
  • 1 Tin sederhana seri kaya-boleh guna tin kecil kalo nak kurang manis,tp gula jgn kurgkan
  • 1 Tin kecil susu pekat manis-dalam 10sudu makan
  • 3/4 Cawan serbuk nescafe(campurkan dengan 1 sudu air panas untuk mencairkannya)-tambah browning sugar untuk pewarna tambahan[optional]
  • 1 Sudu makan esen vanilla
  • Sedikit Pewarna Hijau dan Kuning

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang(putih).
  2. Masukkan telur satu-persatu..(sambil adunan masih dipukul dgn kelajuan sederhana)
  3. Masukkan esen vanila,seri kaya dan susu pekat manis dan diadun sekata..
  4. Setelah itu,masukkan pulak tepung gandum.. (pastikan tepung dah diaayak)
  5. Bila adunan dah sebati,bahagikanlah kpd 3 bahagian.. (i)warnakan hijau (ii)warnakan kuning (iii)masukkan nescafe(letak browning sugar untuk warna lebih gelap)
  6. (Pastikan pengukus dah mendidih sebelum mula mengukus ye puan2) Ambil 1 cawan adunan hijau,kukus di dalam loyang yg sudah dioles mentega atau dilapik kertas minyak..kukus kejap je,jgn lama sgt sbb nanti lapisan mdh trtanggal. Tp pastikan la adunan dah tak cair dah ye..asal nampak msk ok la tu.
  7. Lepas tu ambil pulak 1 cawan gak adunan nescafe,kukus lagi. Diikuti adunan kuning. Ulang lagi warna hijau,nescafe dan kuning sampai habis..
  8. Masak selama 1jam-1stgh jam selepas lapisan terakhir dikukus 
Tips:

>Tutup loyang kek menggunakan aluminium foil semasa sdg mengukus utk mengelakkan air pengukus menitik di atas kek.
> Untuk kek lapis yang mempunyai perisa(yg nih perisa nescafe),semakin banyak ulangan lapisan...atau semakin nipis setiap lapisan..rasanya semakin sedap dalam setiap gigitan.. :)

Sabtu, Oktober 29, 2011

Bawal Goreng Dgn Sos Salsa

Assalamualaikum semua...bersua lagi kita pd malam hari minggu ini..hai!!! aduhai penatnyalah hari ni... asyik buat projek2 yg tertangguh jerr hehehe.. : p apo nak katokan!! ni barulah dapat rest sikit.., sambil tu jalan2 ke dapur kwn2 sekejap, bolehlah relist tension tuuu...oklah! jom tengok menu mkn mlm tadi, buat yg simpel2 je abih cito.. ^__^ layan kkkk..
Bawal Goreng Dgn Sos Salsa
by: zanarose
Bahan2nya:

  • 1 ekor ikan bawal sederhana besar ~ dibersihkan dan dipotong kepada beberapa bahagian
  • 1 labu bwg besar dipotong dadu
  • 2  ulas bwg putih dicincang
  • 1 biji mangga tua yg hampir masak dipotong dadu
  • 1 biji buah tomato dipotong dadu
  • 1 biji cili merah dipotong serong
  • sos cili, sos tomato secukupnya
  • + sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
  • daun salat utk hiasan
Cara Menyediakan:
  1. Ikan bawal dilumur dgn serbuk kunyit dan garam, kemudian digoreng sehingga masak ~ ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak ~ tumis bwg putih sehingga wangi, masukkan bwg besar dan dikacau rata
  3. Masukkan pula sos cili, sos tomato secukupnya ~ kacau lg, kemudian masukkan buah tomato, buah mangga dan hirisan cili merah dan dikacau sebati.
  4. Tambahkan sedikit air, perasakan dgn garam dan gula. Tutupkan apinya
  5. Curahkan diatas ikan yg telah siap digoreng tadi dan hiaskan bersama daun salat.

Jumaat, Oktober 28, 2011

Khasiat Serai

Serai dan Khasiatnya

Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau.

Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang beliau bagi kegunaan perubatan.

“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada pihak ISRAEL21c. “Inilah tempatnya diseluruh Israel dimana kita boleh memperolehi serai yang segar.”
Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon didalam rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit.

Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).

“Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon didalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).

Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam bekas kajian.


Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, dimana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi didalam surat khabar yang paling popular di Israel.

Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.
“Dalam sel didalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel didalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Didalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati didalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.

Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser didalam badan kita.

Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben Gurion (BGU) didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk melawan penyakit ini.
Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser. Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta kata-kata semangat buat mereka.

“Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia untuk mereka. Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai ini setiap hari.”

Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian iaitu Tsofar.

“Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.”

Dalam lawatan beliau ke Europa pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan ketumbar.

Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “dimana ini adalah satu kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.

Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan kesihatan di negaranya.

Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan kebaikkan “citral” untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan kenapa “citral” berfungsi.

Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang terbaik untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak lapan gelas sehari sebagai amalan.”

Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan beliau sendiri.

Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”


Khamis, Oktober 27, 2011

Lasagna Bolognese

Semalam hari cuti Deepavali...oopp!!! lupa lak! Happy Deevali..zana ucapkan pd kawan2 yg beragama Hindu. Pagi2 lg zana dah buat "Lagasna Bolognese" nie utk anak2, bahan2nya dah lama zana sediakan tapi asyik tertangguh jer nak membuatnya...sampaikan anak2 daraku tu.. asyik tertanya-tanya bilalah mama nak membuatnya, tetapi barulah semalam terlaksana sudah..hehehe... : p siap bawa bekal lg utk anak2 ke Bukit Malawati (jalan2 cuci mata ke Kuala Selangor)
Oklah! cuba tengok bahan2 yg zana gunakan ni...
Lasagna Bolognese
by:zanarose
sumber : sos putih (dari Dapur Ku SaYang)
Bahannya:

  • 400gm daging ayam cincang (jenama Ramley)
  • sebotol Pasta Bake (creamy tomato & mozzarella) jenama Leggo's
  • 2 ulas bwg putih cincang
  • 3-4 sudu makan minyak zaitun (zana guna flake seed oil)
  • 3 biji cendawan butang dihiris kecil
  • sedikit hirisan lobak merah
  • 6-8 keping lasagna

Bahan sos putih:

  • 2 cwn susu segar (zana buh lebih sikit sbb tu lee ia agak lembik je..)
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air
  • 1 slice cheesedale @ 30gm cream cheese
  • sedikit garam dan gula
  • lain2 keju chedder secukupnya dan oregano
Cara2nya:
  1. Panaskan minyak zaitun ~ tumiskan cincangan bwg putih, kemudian masukkan ayam dan dikacau sehingga airnya kering.
  2. Masukkan sos pasta, cendawan dan lobak merah dan digaul rata, kacau sehingga kuahnya pekat dan tutupkan api.
  3. Sementara itu, utk sos putih: cairkan mentega didlm periuk, kemudian masukkan cheesedale atau krim keju ~ kacau sehingga cair, barulah tuangkan susu segar. Masak sehingga susu mendidih, masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
  4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. Tutupkan apinya..ketepikan
  5. Setelah siap semuanya, rebuskan 6-8 keping lasagna sehingga lembut.
  6. Sediakan loyang berukuran 8"x8" yg telah disapu mentega, susun 2 keping lasagna dan tuangkan sos pasta..ratakan, diikuti sos putih dan ratakan, tutupkan dgn 2-3 keping lasagna dan diulangi lg sos pasta & sos putih, diakhiri dgn 2-3 kpg lasagna
  7. Akhir sekali, tuangkan sos putih dan taburkan dgn parutan keje cheddar secukupnya dan oregano. 
  8. Bakar pd suhu 160'C selama 30-40 minit atau sehingga keperangan.



Puding Roti Bersos Kastard

Assalamualaikum semua.. dan salam sejahtera pd semua rakan2 yg selalu berkunjung ke villa nie, minta maaflah sebab selalu aje ketinggalan nak mengn3kan ape2je yg berkenan dihati nie...tu yg membuatkan makcik nie terpikir2 ape yg nak din3kan, biasanya kalau bab masak memasak nie, memang banyaklah menu2 ulangan..hehehe!!! Ni haa... "Puding Roti Bersos Kastard" pun dibuat atas permintaan KakLong..itu pun kalau bab puding2 nie kat adik2nya x berapa jalan..yg makannya kite berdua jerlah! jawapnye... tp sesekali makan macam tu sedap jugakan! oklah! jom tengok resepi kat bawah ni.. mudah aje membuatnya, manalah tahu ade kawan2 yg ingin mencubanya.
Puding Roti Bersos Kastard
sumber rujukkan: Buku Hidangan Sesuci Lebaran (Chef Sara)
by: zanarose
Bahan A (Puding)

  • 6 keping roti disapu mentega (guna roti gardenia)
  • 2 cawan susu segar
  • 3 biji telur
  • 30gm gula halus
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • 100gm buah2an campuran
Bahan B (Sos Kastard)
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 2 sudu makan mentega
Cara Membuat Puding
  1. Potong roti kepada beberapa bahagian kecil dan susun didalam loyang yg telah disapu mentega
  2. Panaskan susu segar di atas api yg sederhana dan jangan biarkan sehingga mendidih
  3. Kemudian, pukul telur dan gula hingga kembang dan masukkan susu segar yg telah dipanaskan
  4. Selepas itu, masukkan tepung kastard dan kacau sehingga sebati
  5. Tuangkan adunan ke atas susunan roti dan taburkan buah2an campuran. Biarkan selama 15 hingga 20 minit sehingga roti kembang.
  6. Kemudian, bakar adunan selama 20-30 min. pd suhu 180`C. Apabila masak, biarkan sehingga sejuk.
Cara Membuat Sos Kastard
  1. Campurkan bahan B dan masak di atas api yg sederhana sehingga pekat
  2. Untuk menghidang, potong puding roti dan tuangkan sos kastard keatasnya..sedap dimakan sejuk.
*p/s: ...zana punya sos kastard tu terlalu pekatlah pulak!! hehehe....^_^

Rabu, Oktober 19, 2011

Sotong Lada Hitam..

Assalamualaikum & salam sejahtera pd rakan2 yg singgah di dapur kecil zana ni. Alhamdulillah, pejam celik2 dah pun pertengahan bulan oct dah, sekejap aje masa tu berlalukan? Musim haji  pun dah bermula.. menandakan bln zulhijjah bakal menjelma tak berapa lama lagi.. yakni "Hari Raya Idul Adha" akan tiba..sudahkah kita membuat korban? Bagi zana tahun ni belum lagi kesampai mungkin next akan dtglah..insya`allah. Ok! dah lama zana x n3kan apa2 menu lauk kat sini. Jadi hari ni zana nak masukkan resepi lauk sotong masak lada hitam. Masak lauknya dah lama, tp barula ni nak n3kan..hehhe!! resepinya main campak2 jer!! :))
Sotong Lada Hitam
by: zanarose
Bahan2nya:

  • 3 ekor sotong sederhana besar ~ dibersihkan dan dipotong bulat
  • 1 labu bawang besar ~ dipotong kasar
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 1 sudu teh lada hitam biji ~ ditumbuk halus
  • 1/2 biji lada merah dihiris serong
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit
  • minyak utk menumis
Cara2nya:
  1. Sotong digaul bersama sedikit garam dan serbuk kunyit dan ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak ~ tumis bwg putih dan bwg besar sehingga wangi
  3. Masukkan serbuk lada hitam diikuti dgn sotong dan kacau sehingga sebati.
  4. Masak selama 2-3 min, kemudian tutupkan apinya dan bolehlah dihidangkan. Jangan biarkan ia terlalu lama..dimasak (kalau x liat nanti)
  5. Hiaskan dgn hirisan lada merah dan daun sadri.

Selasa, Oktober 11, 2011

Kek Lapis Batik Kenyalang

assalamualaikum dan salam sejahtera.. bersiaran lg pd malam yg sunyi ini utk memenuhi kehendak pemblogger hehehe!!! :)) entry zana pd mlm ni ialah kek lapis batik kenyalang yg zana buat hari minggu yg lepas...apabila melihat DJ membuatnya, terdetik di hati utk membuatnya juga, tetapi ade kisah disebaliknya.. semasa membuat kek ini...jeng! jeng!! oklah! kite tengok gambarnya duluu...ape yg kurang ye..hehehe...tapi rasanya tetap sedap dan lembut jer..bak kata DJ next time kena buat lagi sampai puas hati.. betul! betul! betul! jom semak resepinya pulak ya.. Ape2 pun tkasih pd DJ dan Bro`Rozzan dgn resepi ni., zana c&p jer dari DapurKu SaYang.. :))
Kek Lapis Batik Kenyalang
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber lain : Bro. Rozzan@RSR
by: zanarose
bahan-bahan : loyang 8" x 8" atau 9" x 9"

  • 10 biji telur A
  • 300 g tepung hongkong/gandum
  • 500 g mentega berkualiti tinggi 
  • 160 g gula kastor (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
  • 340 g susu pekat manis
  • 150 g serbuk horlicks
  • 150 g jem strawberi
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna merah, kuning dan hijau
Cara-cara :
  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. 
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. 
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
  4. Setelah itu masukkan jem dan horlicks. Putar sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
  6. Ambil 12 senduk lauk adunan dan ketepikan untuk dibuat 3 lapisan bawah dan 3 lapisan atas(1 lapis 2 senduk adunan). Lapisan ini dibiarkan kosong. Lebihan adunan tadi dibahagikan 3 bahagian diberi warna hijau, merah dan kuning. Kermudian dimasukkan ke dalam piping bag atau botol sos. (Atau terpulang mengikut citarasa anda untuk membahagikan adunannya. Boleh juga menggunakan warna-warna pilihan sendiri)
  7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan 2 senduk adunan kosong tadi ke dalam loyang dan bakar/grill hingga masak keperangan dengan menggunakan api atas. Ulangi proses hingga 3 lapisan.
  8. Kemudian, paipkan adunan merah, hijau dan kuning secara berselang seli dan menyerong hingga menutupi ruang lapisan bawah. Grill/bakar lagi hingga masak. Kemudian paipkan semula adunan tadi secara menyerong tetapi bertentangan dan setelah itu dibakar lagi hingga masak. Ulangi proses hingga habis. (boleh tengok step ini DI SINI atau DI SINI)
  9. Untuk lapisan atas, bakar/grill lebihan adunan kosong (6 senduk tadi) sebanyak 3 lapisan(1 lapis=2 senduk) seperti lapisan bawah. Setelah masak keperangan, bakar lagi 10 minit dengan menggunakan api bawah. (suhu mengikut jenis oven masing-masing)



Ahad, Oktober 09, 2011

Kurma Ayam..

Assalamualaikum..hai!! bersua lagi.. malam nie zana x de apa yg nak diceritakan cuma nak n3kan menu makan t/hari semalam, dan hari nie barulah zana dpt uplodekan. Mungkin ramai yg dah tau membuatnya... zana masukkan resepinya juga sebagai rujukan anak2 ku. Kurma Ayam ni..adalah lauk kegemaran anak2 terutama sekali anak sulungku.. resepinya mudah aje..
Kurma Ayam
by: zanarose
Bahan2nya:

  • 400-500gm ayam dicuci dibuang kulit dan dipotong kecil
  • 3 sudu makan rempah kurma
  • sebiji kentang dipotong 4
  • 2 labu bawang besar (1biji di belah 4 & 1biji lagi dimayang*)
  • 1 biji lada merah dibelah2
  • 3 ulas bwg putih dihiris halus*
  • 2cm halia dihiris halus*
  • 3 cwn air
  • 1/2 cwn santan pekat
  • sedikit garam
Cara2nya:
  1. Panaskan minyak ~ tumis bahan bertanda * sehingga layu dan wangi
  2. Masukkan rempah kurma dan kacau rata, kumudian masukkan sedikit air dan biarkan merenih sebentar.
  3. Selepas itu bolehlah masukkan ayam dan kentang diikuti air dan kacau ~ tutup sebentar dgn tutup periuk sehingga mendidih dan ayam/kentang empuk.
  4. Masukkan santan pekat dan kacau lagi, masukkan juga bawang besar yg dipotong 4 td bersama lada merah dan rasakan dengan sedikit garam. Setelah masak bolehlah dihidangkan..


Jumaat, Oktober 07, 2011

Donut Kentang...yg gebu...

assalamulaikum & salam sejahtera pd pengunjung2 yg singgah di blog zana ni... bersiaran lagi ... kali ni di mlm hari :) dah 2 di waktu2 mcm nie jer dpt meronda2 diblog kwn2 dan masa mcm ni jugalah zana boleh update blog ini..x kesian ker!! minggu ni x sempat2 zana nak bukak blog bzi memanjang jer..di ofis dari hari isnin sampailah ke hari ni..] nak bukak  tengok fb pun x de masa., hai!! tuu..lah kan kalau dah terlalu banyak kerje kan? oklah! jom layan kuih donut kentang yg zana buat dua hari lepas, memang gebu dan lembut aje bila dimakan.. x rugi mencubanya. resepinya dtg dari seberang dan zana ade buat penambahan sedikitlah :p ok!
Donut Kentang
resepi: Fatmah Bahalwan
by: zanavilla
Bahan2nya:

  • 500gm tepung roti (zana buh 300gm tpg roti + 200gm tpg gandum)*
  • 50gm susu tepung*
  • 11gm yis mauripan*
  • 200gm kentang, kukus dan dilecek halus
  • 100gm gula halus*
  • 75gm mentega
  • 1/2 st garam
  • 1/2 st ovellate (ni zana tambah)
  • 4 butir kuning telur (zana buh 2 butir je)
  • 100ml air sejuk (zana buh 100ml air sejuk + 75ml santan sawit)
Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan * kedlm mangkuk dan digaul rata, masukkan kentang kisar, kuning telur dan air sejuk ~ diuli rata
  2. Masukkan mentega dan garam, diuli terus sehingga tak melekat ditangan. Rehatkan selama 15 min.
  3. Bagikan adunan, masing2 seberat 50gm dan bulat2kan. Biarkan selama 20 min hingga mengembang.
  4. Buatkan lubang ditengahnya, menjadi bentuk donut, kemudian segera digoreng sehingga kuning kecoklatan.
  5. Angkat dan toskan. Taburkan gula atau hiaskan dgn coklat.
Cara yg zana buat mudah je..masukkan semua bahan2 tu dlm BM dan tekan butang doh dan tunggu hingga siap..kemudian zana terap guna penerap donut... :p :) then goreng...


Ahad, Oktober 02, 2011

Kerabu Mangga

 Assalamualaikum & selamat berhujung minggu semua... bersiaran lagi, mungkin disaat dan ketika ini ade yg sedang menjamu selera bersama ahli keluarga..dan bersantai2 di rumah aje..dan ade juga yg bersiap2 utk kerumah kenduri kahwin atau kerumah terbuka (hehehe..sbb ade sesetengah tu masih lg membuatnya)..oklah! ape2 pun selamat berhujung minggu :)) n3 utk hari ni zana ialah "kerabu mangga". zana buat nie pun sbb ptg semalam hubby petik buah mangga dr pokok di depan rumah ni..ingatkan dah tua! rupanya masih muda..so buatlah kerabuu...layan jee lerr....
Kerabu Mangga
sumber: zanavilla
Bahan2nya:

  • sebiji mangga muda diparut
  • 1 biji buah tomato didadu
  • 5 biji cili padi dihiris2*
  • 2 sudu teh gula*
  • 2 sudu teh sos manis*
  • 1 sudu teh serbuk belacan*
  • 3 sudu makan udang kering dicelur dan tumbuk sedikit
  • 4 sudu teh kacang tumbuk
  • 2 sudu teh jus limau kasturi
Cara2nya:
1. Satukan bahan2 * dan gaul sebati
2. Masukkan mangga, buah tomato dan kacang tumbuk ~ digaul rata
3. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi ~ gaul lagi dan bolehlah dihidangkan...

Jumaat, September 30, 2011

Kek Lapis Sisik Ikan

 Salam...semua, hari nie zana nak n3kan resepi kek lapis yg zana buat baru2 nie...first time buat tuu..alhamdulillah menjadi jugak nampaknya hehehe.. :P biasanya dok tengok jer kakak buat tapi kali ni kene dok prektis sendirilah! mmg menguji kesabaran kita bila membuatnya...bayangkanlah nak membakar kek nie zana mengambil masa lebih kurang 4 jam, buat adunannya x lah lama sangat.. oklah! jom kita tengok resepinya...
Kek Lapis Sisik Ikan
resepi asal: dr Buku Rabiah Amit
sumber: Maryam81@MyR
by: zanavilla
Bahan2nya: (utk acuan 8'x8"x3")

  • 10 biji telur*
  • 250 gula halus*
  • 1 sudu makan ovellete*
  • 75 ml air sejuk*
  • 1 tin seri kaya (zana guna 250gm)*
  • 1/2 botol kecil horlicks (zana guna dlm 160gm jer)*
  • 250gm tepung hong kong
  • 360gm mentega dipukul dgn 4 sudu makan susu pekat
  • 4 bungkus manisan hawflakes ( zana guna hawflakes yg size duit 50sen secukupnya)
Cara2nya:
  1. Pukul bahan2* sehingga kembang
  2. Masukkan mentega yg telah dipukul yg kembang dan gaul sehingga sebati
  3. Kemudian masukkan tepung sedikit2 ~ gaul lagi sehingga sebati
  4. Sediakan loyang yg telah disapu dgn mentega dan dialas dgn kertas kuih
  5. Ambil sesenduk adunan dan ratakan ~ bakar dgn api atas/bwh pd suhu 180C selama lebih kurang 7-8 min sehingga kekuningan.
  6. Buat dua lapisan dan dicucuk dgn hawflakes secara menyerong (zana buat 4 lapisan pertama barulah dicucuk hawflakes) diikut dgn 2 lapisan lg barulah dicucuk hawflakes.( lapisan seterusnya - zana bakar dgn api grill je)
  7. Buatlah sehingga habis (utk lapisan yg terakhir zana buat 4 lapisan kosong)
  8. Utk lapisan yg terakhir tu zana tutup dgn alum.foil dan dibakar dgn api atas/bwh selama 15min.

Mood M melanda lagi & Good Luck buat Along

Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum dan salam sejahtera pd pengunjung2 yg setia ke blog zana ini.. bersua kembali di alam maya ini, aduhh!! lama zana tak update blog ni, sawang2nya pun dah nampak sana sini.. inilah akibatnya bila mood M telah melanda sejak hari raya ari tuu..... :D hari ni dah masuk 2 zulkaedah, menandakan syawal telah pun berakhir.... sekejap ajekan? pejam celik2 dah nak menjejaki...hujung tahun. Minggu depan bermulalah peperiksaan PMR...risau2 tengok anakku yg bakal mendudukkinya...Pada along.. mama sentiasa mendoakan kejayaanmu.. semoga along berjaya seperti yg diharapkan dan jadilah contoh yg terbaik buat adik2mu, jangan lupa solat dan berdoalah pd Allah... sesungguhnya Dialah yg maha pengasih & penyayang hanya padaNya kita memohon pertolongan..Tenangkan hatimu dan try your best ok! Insya`Allah,  yakin.. along boleh!.. Pada along & anak2 yg bakal mendudukki PMR 2011 - Good Luck...semoga berjaya.