Sabtu, Jun 05, 2010

Menu Makan Malam....

Assalamualaikum & selamat malam...pd kwn2 yg berkunjung di mlm hari....waktu siang agak bizi, so di malam harilah kite berkesempatan utk jalan2 ke rmh kengkawan dan entrykan menu makan malam tadi...so jom kite layan mata yg x mau tidur lagi nie...hihihik!!!


Daging Masak Lada Hitam
Bahan2nnya>>>>:

  • 200gm daging batang pinang ~ dipotong kecil
  • 1 labu bwg besar ~ dipotong bulat
  • 3 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih*
  • 1 sdt lada hitam* ] ~ ditumbuk halus
  • sedikit hirisan lada banggala hijau dan merah
  • 2 btg kacang buncis dihiris serong
  • 2 sdb sos manis asli (ABC~heinz)
  • 2 -3 sdb kicap manis

Cara-caranya:

  1. Gaulkan hirisan daging batang pinang dgn garam dan serbuk kunyit ~ ketepikan sementara.
  2. Panaskan minyak ~ tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya, kemudian masukan daging dan dikacau rata/sebati.
  3. Tambahkan sos manis dan kicap dan digaul lagi...
  4. Apabila agak kering masukan pula lada banggala hijau dan merah, hirisan bwg besar diikuti kacang buncis dan digaul sebati.
  5. Setelah masak bolehlah dihidangkan.

dan satu lagi!!!

Ikan Goreng Paprik
Bahan2nya>>>>:
  • 3 ekor ikan kerisi ~ digaul kunyit dan garam
  • 1 labu bwg besar dipotong bulat
  • 2 biji bwg putih dihiris halus
  • 1" halia dihiris halus
  • beberapa kuntum bunga kobis ~ dihiris kecil
  • 2 batang kacang buncis dipotong serong
  • sedikit hirisan lobak merah
  • 2 helai daun limau purut
  • sedikit hirisan lada banggala hijau
  • sos cili dan tomato secukupnya
  • sedikit air dan garam secukup rasa.

Cara-caranya:

  1. Ikan kerisi digoreng terlebih dahulu ~ letakkan di dlm bekas/pinggan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak ~ tumiskan hirisan bwg besar, putih dan halia sehingga berbau wangi.
  3. Masukan sos cili dan tomato dan digaul sebati ~ masukan bunya kobis, lobak merah, kacang buncis, lada banggala dan daun limau purut ~ dikacau sebati.
  4. Masukan sedikit air dan tambahkan garam secukup rasa
  5. Setelah masak, curahkan di atas ikan yg telah digoreng tadi dan bolehlah dihidangkan.

1 ulasan:

  1. sedapnya menu makan malam. Mau daging lada itam tu

    BalasPadam