Jumaat, Januari 21, 2011

Sambal Sotong Kembang


Menu tambahan nie...kalau kena dgn nasi lemak memang sedap! sebenarnya zana jarang buat sambal sotong kembang ni, bila pi pasar...belek2 teringin pulak nak mkn, jd kena beli jugak sekor buat sambal.
Sambal Sotong Kembang
Bahan2nya:
  • Seekor sotong kembang dibersihkan dan dipotong2 ikut suka
  • 5 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • sedikit belacan*} ditumbuk halus
  • 5 sudu makan cili mesin
  • 1 st pes asam jawa
  • sedikit garam dan gula utk perasa
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi
  2. Masukkan cili mesin dan dikacau sebati sehingga cili masak.
  3. Kemudian barulah masukkan sotong dan dikacau rata, masukkan pes asam jawa dan hirisan bawang besar. (msk jgn terlalu lama takut nanti sotong tu liat)
  4. Rasakan dgn garam dan gula dan tutupkan apinya. Hidangkan

Singgang Ikan Parang


Salam hari Jumaat, penghulu segala hari n salam sejahtera bersua lagi...hari nie zana masak yg simpel2 aje buat anak2 mkn t/hari ni, main campak2 aje ape yg ade...hehehe!!!! janji ade lauk berkuah, sambal dan ikan goreng (bebudak nie..bukan sukanye ikan yg bnyk tulang! jawapnyer mak n bapak bdk yg mkn lah!) rasanye resepi dah ade kat sini.

Singgang Ikan Parang
Bahan2nya:
  • 3 potong ikan parang
  • 4 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1" halia*
  • 1cm kunyit hidup*
  • 1/2 st jintan manis*
  • sedikit belacan (ikut suka..x buuh pun x pe)*} ditumbuk halus
  • 1 btg serai dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 3-4 cwn air
  • 1 biji tomato dipotong 4 bhgn.
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 biji cili merah dibelah 2
  • sedikit hirisan daun sadri/bwg
Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak, tumiskan sedikit halba dan bahan tumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan sedikit air diikut ikan dan asam gelugor biarkan ia merenih sebentar.
  3. Masukkan baki air ~ bila mendidih masukkan kacang bendi dan tomato juga cili merah.
  4. Rasakan dgn sedikit garam, kemudian taburkan dgn hirisan daun sadri/bwg.

Selasa, Januari 18, 2011

Cucur Jagung Kak Nor


Salam semua... jom minum petang....dak nak malam pun hehehe!!! Terima kasih pd kak Nor dgn resepi ini.
Cucur Jagung

(sumber: Kak Nor)

  • 1 cawan isi jagung (lebih kurang satu biji jagung fresh)
  • 1/2 cawan isi udang yg dipotong kecik
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1bj telur
  • 1 sudu teh yis
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • daun saderi ~ dihiris
  • daun bawang ~ dihiris
  • 1 bj cili merah ~ dicincang
  • 1/2 labu bawang besar ~ dicincang
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 btg carrot ~ dihiris halus (ni zana tambah sendiri)
  • minyak utk menggoreng
Cara menyediakan:
  1. Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak kedalam sebuah bekas.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
  3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
  4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
  5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda..
  6. Selamat mencuba...


Tart Nanas


Ee.. sedapnya tart nanas nie...buat utk kudapan anak2 masa cuti sekolah ari tu.... kuih kesukaan mereka semua...sehari aje boleh abiss!!!! finish!!

Tart Nanas
(sumber: dari kakak)

Bahan2 Pastri:
  • 240gm tepung gandum
  • 1/2 st garam
  • 140gm butter sejuk dipotong dadu
  • 100gm gula castor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sb susu sejuk
  • 1/4 st esen vanilla
  • 1 biji kuning telur utk disapu pada tart
Bahan utk jem:
  • 2 biji nanas diparut
  • 2 helai daun pandan
  • gula pasir (ikut manis)
  • sedikit gula batu
  • 1 st jus lemon.
Cara Membuatnya:
  1. Masakkan jem nanas terlebih dahulu dan ketepikan..
  2. Ayak tepung gandum dan campurkan dgn sedikit garam
  3. Dengan menggunakan senduk kayu, pukul butter dan gula sampai kembang, kemudian masukkan kuning telur, susu dan esen vanilla.
  4. Selepas itu, masukkan tepung dan gaul sehingga sebati. Sejukkan sementara dalam peti sejuk selama 10 min.
  5. Keluarkan dan bentukkan tart ikut suka sehingga siap. Masukkan semula dalam peti sejuk dalam 15 min.
  6. Keluarkan dan sapukan kuning telur diatasnya dan bakar pd suhu 180 C selama 15 min. atau kekuningan.

Gulai Ikan Patin Pahang


Assalamualaikum dan selamat t/hari...bertemu lagi diruangan ini. Maaf kerana keadaan tidak mengizinkan utk zana selalu berblogger. Makan apa t/hari ini? entry utk ari nie ialah menu2 zana yg telah ketinggalan...hehehe..sorry!!! x sempat nak uplode.

Gulai Ikan Patin Pahang
(sumber: Chef Ismail-Majalah Saji)

Bahan2nya:
  • 2-3 sudu makan tempoyak
  • 3 biji cili merah *
  • 6 biji cili padi *
  • 1" kunyit hidup* } ditumbuk halus
  • 1 btg serai dititik
  • 450ml atau 3 cwn air
  • 1 ekor ikan patin di bersihkan dan dipotong (anggaran 1.5kg)
  • 1 biji tomato - dipotong baji
  • 1 biji timun dibelah dua dan dihiris
  • 1 biji cili merah ]
  • 1 biji cili hijau ] dipotong 2
  • 1 helai daun kunyit disiat2
  • garam secukup rasa
Cara Memasaknya:
  1. Masukkan tempoyak dan bahan-bahan yg ditumbuk bersama serai dan air di dalam periuk.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
  3. Tambahkan ikan, tomato, timun, cili merah dan hijau serta daun kunyit. Renehkan sehingga masak.
  4. Rasakan dengan garam secukup rasa.

Rabu, Januari 12, 2011

Kaswi Pandan


Menu Sarapan pagi...buat anak2
Kaswi Pandan
(sumber: Yatiememories)
(Resepi asal: Cikgu Hafi - MyR)

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air@ air pandan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung beras
  • sedikit pewarna hijau @ pandan emulco
  • 1 sudu kecil air kapur mkn
  • sedikit garam * - gaul bersama kelapa parut
  • 1/2 biji kelapa parut * - putih sahaja

Cara-Cara

  1. Blend semau bahan diatas kecuali kelapa parut & garam.
  2. Tapis bahan yang telah di blend ke dalam loyang & kukus selama 30 - 40 minit.
  3. Setelah masak sejuk kan terlebih dahulu baru potong.
  4. Gaul bersama kelapa yang telah digaul bersama garam.
  5. Boleh la dihidang untk minum ptg @breakfast.
  6. *Kalau masa angkat kuih kaswi ada takungan air di atasnya...sengetkan loyang sedikit, buangkan air takungan guna sudu sedikit demi sedikit dan biarkan seperti asal...tunggu benar2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik supaya cantik dan licin.....Selamat Mencuba..

Opor Sotong


Assalamualaikum & selamat petang semua, bertemu lagi kite...semoga hari nie adalah lebih baik dari semalam dan hari esok lg baik dr hari ni. Utk hari ini, zana nak entrykan menu mkn t/hari merangkap mkn mlm la nie hehehe!!! Sebenarnya zana x pernah lae buat lauk mcm nie...bila disemak2 dan dibaca, teringinlah pulak membuatnya. Kalau kwn2 kat luar tu x pernah mencuba lae...silalah memcubanya...rasanya memang sedap! ala2 rendang gitu...

Opor Sotong
(sumber: koleksi peribadi)

Bahan2nya:
  • 600gm sotong ~ dibersihkan dan dibuang hitamnya.
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 5 sudu makan minyak masak
  • 2 ulas bawng putih*
  • 1 labu bawang besar* } bhn2 ini dikisar halus
  • 1/2" kunyit hidup*
  • 12 tangkai cili kering* ( zana bubuh dlm 2 sb cili mesin)
  • 1/2" lengkuas ~dititik
  • 1 btg serai ~ dititik
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun limau purut
Cara Membuatnya:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi.
  2. Masukkan bahan2 rempah, lengkuas, serai, kerisik dan daun limau purut ~ masak sehingga wangi.
  3. Tuangkan santan dan masak sehingga mendidih...kemudian kecilkan api, kacau dan biarkan kuah pekat.
  4. Masukkan sotong, masak selama 3 minit. Jangan masak terlalu lama takut liat pulak sotong tu.

Khamis, Januari 06, 2011

Selamat Tahun Baru..2011

Assalamualaikum....kwn2 semua, minggu pertama tahun baru...rasanya belum terlewat utk zana mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2011". Biasalah tu dari hujung tahun hinggalah ke awal tahun ni, kite semua agak sibuk dgn persiapan dan persediaan utk anak2 msk kesekolah, baik sekolah rendah atau menengah.. dari segi pakaian, kasut, buku sehinggalah yuran2 persekolahan. Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Bagi zana pula... Tahun 2010 ni...banyak meninggalkan suka duka dan keperitan yg ku lalui tak mungkin zana lupakan, Ya Allah! ya Tuhanku kau kuatkan semangatku dan kau tabahkan hatiku utk ku tempuhi hidup ini demi anak2..., semoga tahun 2011 ni memberi lembaran baru yg lebih bermakna. Amin....