Isnin, Jun 07, 2010

Apam Tepung Beras...



Assalamualaikum & salam sejahtera pd kwn2 yg berkunjung kesini ~ tkasih...pagi semalam zana cuba buat "Apam Tepung Beras" buat minum ptg ~ memang menjadi..naiknye cantik merekah dan gebu aje..cewah!! puji2 lak nie!! masuk bakul angkat sendirilah nampaknye...hihihi!!!!! oklah! resepi asalnya dtg dari rmh kak watie, tp zana cedok kat umah Chik Mimi ~ ape2 pun tkasih pada mereka berdua.

Apam tepung beras
(sumber : Kak Watie)
Bahan-bahan:

  • 1 cawan nasi
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula putih
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil yis
  • sepeket kecil eno

Cara-caranya:

  1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati.
  2. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi).
  3. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
  4. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
  5. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.

1 ulasan:

  1. askm hana,

    tahniah dah menjadikkk apm tepung beras u ni..akak dah lama tunggakkan tugasan ni..hari ke hari nak buat sampai nasi jadi basi hehehee...mesti buat lepas ni..teruje tengok hana punya apam ni memg marbeles u....

    BalasPadam