Jumaat, Oktober 19, 2012

Rindunya..........

Bismillahirahmanirahim.......
Assalamualaikum...dan salam hari Jumaat... penghulu segala hari...Rinduuu...nya..... Kembali bersiaran setelah beberapa bulan x dapat nak mengupdate dan x bersiaran di villa kesayanganku nie...sehingga berlalunya bulan ramadhan dan syawal juga bulan2 yg terdahulu, kini bulan Zulkaedah..pun dah berlalu Zulhijjah pula menjelma ini bermakna musim org2 pergi menunaikan Rukun Islam ke 5, pd mereka2/blogger2 antaranya Kak Ummi yg pergi menunaikannya..zana ingin mengucapkan selamat pergi dan kembali, semoga mereka diberikan kesihatan yg baik dan mendapat haji yg mabrur..Labbai kALLah Humma LabBaik!!! Aku rindu untuk kesana lagi... dan macamne dgn Anda semua... sihat? Harapan zana semuanya berada dlm keadaan sihat wal`afiat hendaknya, Alhamdulillah..,
Oklah! jom layan gambar2 zana semasa pergi mengerjakan Umrah & Ziarah ke Baitul Maqdis/Madinah/Mekah (15 -29 jun 2012 yg lepas.) Nak tengok foto yg lebih detail leh tengok kat fb zanarose ok! kat bawah ni di antara gambar yg ade semasa berada di Baitul Maqdis (di hadapan Masjid Dorm Of Rock dan di perkarangan Masjid Al Aqsa, di bawah sekali tuu..lah Tembok Ratapan ~ nak tau lebih lanjut tentang tembok ratapan tu leh tengok kat SINI dan juga kat SINI) nak tengok lebih lg kat fb zanarose.. ok!! tkasih..bye..jangan jemu ke Villa ini lagi ya. :)


Rabu, Ogos 08, 2012

Perihal Krim Putar atau Whipping Cream



Salam Ramadhan kpd rakan2 yg berkunjung ke villa zana yg sepi jee...sejak sebulan dua ni..Insya`Allah zana akan bersiaran kembali selepas hari raya nanti. Walau bagaimana pun zana tetap poskan info berguna
ini... sebagai rujukkan saya dan rakan2 yg seperti saya di luar sana...zana c&p aje dari SINI tq

Whipping Cream atau krim putar  terdiri daripada 2 jenis iaitu
  • Non-Dairy Whipping Cream
  • Dairy Whipping Cream.
Perbezaan diantaranya adalah kandungan lelemak (fats content) yang ada di dalamnya. Untuk menghias kek sebaiknya menggunakan Non-Dairy Whipping Cream.
Non-Dairy Whipping Cream
Non-Dairy Whipping Cream (atau juga dikenali sebagai Fresh Cream @ Whip Topping For Cakes and Pastries @ Whipped Topping @ Whipped Cream) adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia akan kembang 3-4x ganda dari kuantiti cecair asalnya jika dipukul, jadi jangan dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda. Ia juga menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci (lebih kurang 300g krim dalam bentuk cecair). Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati (kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu.

Cara guna:
Selalunya krim jenis ini sudah ada perasa gula, jadi apa yang perlu anda lakukan adalah colek sedikit rasa kemanisannya, tak perlu ditambah gula. Jika tak cukup maka boleh tambah gula halus dan pukul. Jangan terlebih putar kerana ia akan menghasilkan krim yang kasar dan sukar untuk dilepa di atas kek. Cukup memadai jika ia kembang, gebu dan likat. Jika anda terlebih pukul krim putar jenis bukan tenusu ini, masukkan sedikit krim (yang masih dalam bentuk cecair) ke dalam krim yang terlebih pukul tadi. Pukul pada kelajuan perlahan hingga krim menjadi lebih cair dan halus (seeloknya keluarkan separuh krim yang terlebih pukul tadi dan simpan dalam freezer untuk elak pembaziran. Guna sebanyak mana yang perlu saja).

  • Mewarna:
Jenis non-dairy whipping cream ini juga boleh diwarnakan sebaik saja dipukul dengan kembang dan gebu. Ambil sedikit pewarna cecair atau serbuk (biasa saya guna pewarna cecair) dan kacau dengan perlahan guna sudu (bagi kuantiti yang sedikit). Simpan dalam peti sejuk sebentar untuk 'mematangkan' warna kerana dari permerhatian saya, krim yang diwarnakan dan dibiarkan untuk sehari atau beberapa jam lebih terang dan cerah berbanding jika digunakan terus. Ini juga dapat mengelakkan kita dari terlebih letak pewarna dan menambahkan kuantiti cecair dalam krim. Ia juga akan lebih mudah digunakan selepas dibiarkan dalam peti sejuk.
  • Penyimpanan:
Krim yang telah dipukul sebaiknya disimpan selama sehari dalam peti sejuk. Keesokkannya boleh gunakan untuk menghias cupcakes ataupun kek. Tips ini supaya anda dapat krim yang lebih mantap atau juga boleh terus digunakan.  Bergantung kepada jenama krim yang digunakan, kebanyakannya boleh tahan 6 bulan setelah dipukul hingga gebu dan disimpan dalam bekas kedap udara di dalam freezer (contohnya jenama Flavor Right ) Walau bagaimanapun, elok jika anda tanya si penjual di kedai bakeri supplier untuk keterangan yang lebih tepat.
  • Jenis/Jenama:
Antara contoh jenama atau jenis non-dairy whipping cream/whip topping/fresh cream yang boleh didapati di pasaran di Malaysia adalah seperti Rich's Whip Topping (Gold Label), Red Man Whip Topping for Cakes and Pastries, Anchor Baker's Mix Krim Putar untuk Hiasan Atas Bukan Tenusu/Non-dairy Whip Topping, Value Pride Ready To Whip Topping, Flavor Right Premium Dessert and Pasrty Topping, Vivo Topping Ace, Presto Toppin' Pride Ready To Whip Topping, dan lain-lain. 

Presto Toppin' Pride Ready to Whip Topping (picture courtesy of Google)
Vivo Topping Ace keluaran Singapore – yang biasa saya gunakan  dan sekarang dah berubah warna(picture courtesy of Google)
Value Pride Ready To Whip Topping (picture courtesy of Google)

Red Man Whip Topping for Cakes and Pastries (picture courtesy of Google)
Rich's Whip Topping (Gold Label) (picture courtesy of Google)

Flavor Right Premium Dessert and Pastry Topping (picture courtesy of Google)

Anchor Baker's Mix Krim Putar untuk Hiasan Atas Bukan Tenusu/Non-dairy Whip Topping (picture courtesy of Google)
  • Harga:
Bergantung juga pada jenama, sesetengahnya lebih mudah digunakan untuk paip hiasan atas kek dan lebih tahan pada suhu bilik berbanding yang lain. Bergantung pada anda untuk memilih yang mana satu. Harga di pasaran bagi 1liter whip topping antara RM10-RM12, juga bergantung pada tempat. Salah satu tip untuk memilih whipping cream untuk hiasan atas kek adalah lihat pada labelnya. Jika tertera perkataan 'for topping', 'whip topping' atau 'non-dairy', ia sesuai digunakan untuk hiasan.


Dairy Whipping Cream @ UHT Whipping Cream 
Dairy Whipping Cream atau UHT whipping cream adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi kandungan lemak yang lebih berbanding dengan Non-Dairy Whipping Cream (35 % lemak susu).
  • Kegunaan:
Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu (kerana lebih lemak berkrim dan tidak manis) atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat. Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama dan mudah cair pada suhu bilik. [citation]
Dairy Whipping Cream (yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream) tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang saya telah jelaskan diatas. Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar.
Selain itu, whipping cream atau thick/double cream kerap digunakan dalam pembuatan kek untuk digunakan sebagai thickening agent (ejen pemekat). Ia boleh digantikan (substitute) dengan bahan lain, namun tidak boleh digantikan sebarangan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kuantiti cecair dalam masakan.
  • Penyimpanan dan cara guna:
Seperti non-dairy whipping, krim jenis ini perlu disimpan di dalam freezer. Gunakan sebelum tarikh luput yang tertera pada kotak krim tersebut. Sebaiknya sebelum putarkan krim, simpan bekas mixer, beaters dan krim putar di dalam peti sejuk bahagian bawah. Ini kerana krim putar akan lebih mudah mengembang dalam keadaan yang sejuk. Kek yang menggunakan krim putar jenis tenusu ini (contoh: triffle atau tiramisu) mudah cair pada suhu bilik, jadi sebaiknya simpan kek tersebut dalam peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan sahaja.
  • Jenis/Jenama:
Antara contoh jenama Dairy Whipping Cream yang selalu kita jumpa di pasaran di Malaysia adalah Anchor UHT Whipping Cream, Emborg Whipping Cream, Arla Whipping Cream, President UHT Whipping Cream dan lain-lain. di pasaran di Malaysia adalah dalam RM15-RM16 bagi 1liter cecair; walau bagaimanapun ia bergantung pada tempat.
  • Jika terlebih pukul:
Jangan terlebih pukul adunan whipping cream kerana ia akan cair semula, dan boleh 'seperate' atau terpisah, menghasilkan butter (yang berupa gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang putih-kekuningan). Jika ini terjadi, jangan dibuang. Sebaiknya tapis dan gunakan homemade 'butter' anda itu untuk melepa roti dan gunakan cecair buttermilk yang terhasil untuk menggantikan susu segar atau cecair di dalam sesuatu resepi contoh pancake, kek, biskut dan lain-lain. Buttermilk rasa seakan susu basi kerana kemasamannya, namun ia akan menghasilkan kek yang lembut dan gebu kerana tindakbalas kimia antara buttermilk (asid) dengan leavening agent seperti soda bikarbonat (alkali).

Contoh website untuk membuat homemade butter dan buttermilk guna whipping cream
http://juliesamani.com/homemade-butter/
http://www.motherearthnews.com/Real-Food/2007-09-01/How-to-Make-Butter-at-Home.aspx

Arla Whipping Cream (picture courtesy of Google)

Anchor UHT Whipping Cream (picture courtesy of Google)


President UHT Whipping Cream (picture courtesy of Google)

Emborg Whipping Cream (picture courtesy of Google)

Info daripada: 
http://citarasawan.blogspot.com/2010/03/whipping-cream.htmlhttp://zachoes.blogspot.com/2011/05/cara-guna-simpan-dan-warna-fresh-cream.htmlhttp://resipimamaleza.blogspot.com/2008/09/mengenai-whipping-cream.htmlhttp://www.motherearthnews.com/Real-Food/2007-09-01/How-to-Make-Butter-at-Home.aspxhttp://myzajresepi.blogspot.com/2011/11/perihal-krim-putar-atau-whipping-cream.html





Selasa, Mei 29, 2012

Kuih Lapis ~ Resepi Kak Fida

Assalammulaikum dan salam sejahtera semua...bersua kembali di petang hari selasa yg mendung jee kat luar tuu...ptg nie nak mengopi ngan ape ek!! ape kata  pekena ngan kuih lapis yg zana buat utk sarapan pg tadi..dan selebihnya di sedekahkan pd jiran sebelah...juga bagi kat abg, kalau kuih2 lembut cam gini kat umah zana ni tak berapa lakulah! tapi zana suka!suka! & suka! mencubanya dan teramat2lah suka kalau apa yg dibuat tuu menjadi eeee..... ^-^ :) jom layan resepi yg zana amik dari kak fida MyR nie.. lemak, lembut, kenyal dan yang penting ia sedap!!


Kuih Lapis

Bahan-bahan ( loyang 8”ΓΈ )
BAHAN A :-
250 g gula pasir (resipi asal 300 g )
200 ml santan pekat (KARA)
250 ml air + 1 sk garam

BAHAN B :-
150 g tepung beras
150 g tepung ubi (tapioca flour)
20 g tepung pulut
300 ml santan pekat (KARA)
150 ml air

BAHAN C :-
beberapa pewarna pilihan
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara:
  1. Bahan2 A dimasak dengan daun pandan hingga gula larut dan biar suam.
  2. Bahan B disatukan dan kacau rata.
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan tapis.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.
  4. Kukus adunan selapis2 berselang-seli warna pilihan, 5 min tiap lapis dan 10 min untuk lapisan terakhir.Biar kuih sejuk di dalam loyang sebelum dipotong.



Rabu, Mei 23, 2012

Talam Roti Paun

Assalammualaikum semua...apa khabar ari ni..? harap semuanya sihat hendaknya. Bersiaran lagi utk ari ni..dah hampir seminggu zana tak masukkan apa2 n3 kat sini, sekejap aje ku rasakan. Oklah n3 zana utk hari ini ialah "Talam Roti Paun" yg zana buat malam td..pg ni barulah dapat dipotong2kan :) betul memang sedap kata K1, makan 1 nak 2 hehehe...., zana buat nie, sebab terhidu kat dapoq K1 semalam..sebelum ni tengok ade kat dapoq yatie memories, pastu sampai lak kat dapoq kak azlita masam manis tuu...resepi dari chef asma nie sememangnya zana dah ade tp dapat nak membuat sbb dlm sukatan yg banyak..tak pandailah kawan nak mengagak2 gitu hehehe...ape2 pun terima kasih pd chef asma juga pd yatie dan kak azlita dgn memberikan sukatan bahan utk kuantiti yg sedikit, sesuai utk satu family...ok! jom kita semak resepinya pulak!


TALAM ROTI PAUN
By : Chef Asma
(sumber: Kak Wan/yatie/kak azlita)
Lapisan Bawah
4  keping roti Butterscotch ~ resepi asal roti putih (zana buh 5 kpg)
3 keping roti Choco Raisin ~ resepi asal roti putih (yg nie zana buh roti putih tu 2 kpg)
1 biji telur
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
100 ml santan pekat
125 ml air
1/4 sk vanilla essence
25gm kismis + 1 sdb coklat chip (yg ni zana tambah)
Panaskan kukusan
Sediakan loyang bulat berukuran 8 inc
Oleskan minyak makan pada loyang dan lapik dasar loyang dengan plastik.
Oleskan juga minyak pada plastik.

Roti dipotong kecil atau di carik-carik. Ketepikan
Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisker hinga sebati
Masukkan roti tadi dalam adunan dan rendam roti selama 30 minit atau sehingga roti lembut dan adunan telah meresap kedalam roti.
Tuangkan adunan dalam loyang.
Tutup loyang dengan aluminium foil atau balut tutup kukusan dengan kain (utk mengelakkan air menitis atas kuih
Kukus adunan selama 25 minit
Sementara menunggu adunan masak kita sediakan lapisan tengah

Lapisan tengah

1/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan

Satukan semua bahan-bahan
Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api

Apabila lapisan bawah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu
Kemudian tuangkan adunan lapisan tengah
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit lagi.
Sementara menunggu lapisan tengah masak, kita sediakan lapisan atas pula.

Lapisan atas
1/4 cwn tepung kastard
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1/8 sk vanilla essence
2 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau oren ~ tak letak pun takpe

Satukan semua bahan-bahan
Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api

Apabila lapisan tengah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu
Kemudian tuangkan adunan lapisan atas
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30  minit atau sehingga talam masak dengan sempurna
~ Jika tidak tutup permukaan loyang atau tidak balut tutup kukus dengan kain, lap tutup kukus setiap 5 minit untuk menghasilkan permukaan kuih yang kelihatan licin dan rata

Setelah kuih masak sejukkan hingga benar-benar sejuk barulah di keluarkan dari loyang
Potong talam dengan menggunakan pisau plastik yang di oleskan dengan sedikit minyak makan, ini untuk mendapatkan potongan talam yang cantik




Jumaat, Mei 18, 2012

Telur Dadar Sardin

assalammulaikum semua...bersiaran lagi di hari jumaat ini, penghulu segala hari..harap semuanya sihat wal`afiat hendaknya..k sekejap jer rasanya dah hari jumaat balik..mcm tuu..lahkan.., masa x menunggu kita, kita kenalah mengejarnyakan? Oklah! n3 zana kali ni..masih lagi n3 yg tertunggak...yg zana nak kongsi bersama rakan2 yg singgah ke `villa' nii...tak taulah kalau anda pernah mencubanya sebelum ini..kalau berminat sudi2lah mencubanya...jom layan.

Telur Dadar Sardin
Bahan2nya:
  • 3 biji telur
  • 1 labu bwg besar ~ dihiris halus
  • sedikit hirisan daun bawang
  • sedikit hirisan cili merah
  • 1/2 tin tuna mix ayam brand (baru utk nasi goreng)
  • secubit garam
Cara2nya:
  1. Telur dikocak2kan ~ masukkan semua bahan2 yg ada dan tambahkan sedikit garam jika perlu, kemudian dadarkan di atas non stick pan ( bila adunan separuh masak lipatkan mcm buat murtabak tu)
  2. Setelah masak bolehlah dihidangkan...bersama nasi panas - mudah je :))


**p/s: ini tuna mix yg zana guna.. ^_^

Khamis, Mei 17, 2012

Kaswi Labu KakBesah

assalammualaikum semua...selamat ptg...dah makan t/hari? syukur alhamdulillah. Oklah! n3 zana utk ari ni..."kaswi labu kakbesah"...semalam masa BW kat MyR, jumpalah resepi kuih kaswi ni...yg baru kakbesah n3kan kat situ. Jadi fikir2kan kat rumah tu, masih ade lagi 1/2 biji buah labu balance buat kuih bingka tu ari dan bahan2nya pula semuanya ade...so zana buatlah jugak! nampak macam pelik jee..biasanya org buat kuih kaswi yg kaler coklat tuu...tp nii..hok kaler oren, tp mmg sedap tau! tabik spring 3x kat kakbesah :P ^_^ kalau kwn2 nak mencuba, resepinya boleh tengok kat SINI.


Kaswi Labu KakBesah
(sumber: kakbesah MyR)
Bahan2nya:

  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1 cwn labu manis lecek (yg telah direbus/kukus)
  • 2 cwn santan (zana buh 1 paket santan serbuk + 2 cwn air)
  • 1/2 st garam
  • 1/2 st air kapur
  • secawan kelapa parut putih + sedikit garam (zana guna serbuk kelapa kering jee) 


Cara membuatnya:

  1. Panaskan pengukus terlebih dahulu ~ memdidih
  2. Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut dan gaul rata ~ guna whisk
  3. Sediakan loyang 10" yg telah disapukan dgn sedikit minyak (zana guna loyang 8" dah memadai) kemudian masukkan adunan td dan kukus selama 25 min atau sehingga masak.
  4. Biarkan betul2 sejuk barulah boleh dipotong dan golek2kan dlm kelapa parut ~ hidangkan.
**p/s: sesuai buat minum ptg/sarapan pagi
**p/s: sebagai bekalan :))


Rabu, Mei 16, 2012

Masak Lemak Pucuk Manis & Sambal Daging

Salam...n3 tertunggak lg, menu makan t/hari zana dan keluarga hari minggu lepas..jom layan dulu sat lagi jom kita p makan pulak ok!! :p
Masak Lemak Pucuk Manis
Bahan2nya:

  • seikat  pucuk manis - dipetik dan dibersihkan
  • sebiji kentang / keledek didadu
  • 3 biji bwg merah*
  • 1 ulas bwg putih*
  • sedikit ikan bilis* (ditumbuk halus)
  • 1 biji cili merah dipotong serong
  • santan secukupnya
  • garam secukup rasa

Cara2:
  1. Panaskan periuk dgn sedikit minyak dan tumiskan bhn2 tumbuk sehingga wangi, masukkan sedikit air bersama kentang/keledek dan biarkan ia merenih ~ sehingga separuh empuk
  2. Kemudian masukkan santan ~ kacau, dan bila mendidih masukkan pucuk manis diikuti dgn hirisan cili merah.
  3. Perasakan dgn sedikit garam, dan tutup api. Hidangkan bersama sambal daging...

Sambal Daging
Bahan2nya:
  • 500gm daging lembut ~ dihiris/potong kecil
  • 4-5 sudu besar cili kisar
  • 5 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1/2" belacan*  (tak buh pun x pe) (bahan* ditumbuk halus) 
  • sedikit paste asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 labu bwg besar dihiris bulat
Cara2:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi, masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili garing
  2. Masukkan daging ~ kacau, tunggu sehingga daging empuk dan masak, kemudian masukkan sedikit paste asam jawa, kacau rata dan masukkan hirisan bawang besar.
  3. Rasakan dgn sedikit garam dan gula ~ kacau sebati, bila masak bolehlah dihidangkan...
***p/s: jom makan!


Salam dan salam sejahtera semua...apa kabar hari ni? adakah anda semuanya sihat? semoga apa yg kita lakukan hari ini, adalah lebih baik dari semalam...insya`allah.., hari ni sempena hari guru, zana ingin mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru2 di luar sana juga blogger2 yg bergelar guru, jasamu mendidik anak2 bangsa, agar jadi insan yang berguna dan cemerlang, tanpa rasa jemu amat2 saya hargai. Jasamu guru tetapku kenang. Terima kasih Cikgu...Renungilah lirik lagu nasyid adik2 ini...

Jasa Guru
Dari Album : Alif Ba Ta
Jasa guruku tak terhingga
Aku tidak melupakannya
Banyakku dapat ilmu dari padanya
Jasanya ku kenang sampai bila-bila

Guruku mengenalkan ku pada Tuhanku
Rasul dan wali juga diberitakan
Para malaikat dan juga akhirat
Segala suratan Allah yang menentukan

Guruku mengajar berakhlak mulia
Berkasih sayang sesama manusia
Bertolong bantu dan juga bersatu
Berkorban berkhidmat menabur jasa

Guruku menanamkan cinta akhirat
Menyedarkan aku dunia sementara
Jangan lalai jangan terpesona
Bertaqwa sebagai bekalan ke sana

Aku berdoa kepada Tuhanku
Agar dosa guruku di ampunkan
Jasanya padaku diberi pahala
Di akhirat darjat guruku ditinggikan





Selasa, Mei 15, 2012

Donut vs Roti

Assalammualaikum dan selamat petang pd pengunjung2 yg sudi dtg ke villa zana yg serba kekurangan ini. Walaupun zana jarang update blog kesayangan ni, tapi zana tetap mengemaskinikan... :p Hari ni zana nak tayangkan donut vs roti yg zana buat baru2 ni, resepinya boleh juga rujuk kat SINI juga. Resepinya serupa aje macam resepi2 donat yg zana pernah buat sebelumnya, cuma bezanya zana bakar dan selebihnya zana buat mcm donat biasa.


Donut vs Roti

Bahan:A

300 g tepung high protein
200 g tepung gandum
80 g castor sugar
5 g garam
20 g susu tepung
1 peket(11 g) instant yeast

B
230 ml air,1 telur grade B

C
40 g shortening

D
Paste kacang merah
1 biji telur untuk sapuan
Bijan secukupnya
Potongan ceri merah (jika suka)
 Cara membuatnya:

1.  Satukan bahan A dalam mangkuk. Gaul rata speed slow.
2.  Masukkan B dan pukul high speed. Masukkan C. Pukul sehingga dough menjadi lembut
3.  Tutup mangkuk dengan cling wrap selama 20 minit atau sehingga saiz menjadi dua kali  ganda.
4.  Tumbuk dough untuk keluarkan angin. Bahagikan dough seberat 70 g setiap satu.
5.  Untuk setiap bahagian, gelek dan masukkan paste dan buat macam bebola dan leperkan sedikit dan kelar2kan. Sapukan telur dan taburkan bijan, hiaskan dgn ceri merah.
6.  Biarkan dalam dulang selama 20 minit lagi. Kemudian bakar dalam ketuhar pd suhu 180 C sehingga masak.
*Cara akak,masukkan semua ke dalam BM dan teruskan dengan langkah ke empat.



Rabu, Mei 09, 2012

Assalammualaikum pada semua rakan2 blogger yg berkunjung, diharap hari nie semuanya sihat dan dapat menjalani tugasan di rumah mahu pun tugasan di pejabat..Sebenarnya kuih nie zana buat untuk minum petang minggu lepas,.. terlambat nak di n3kan kat sini :D mungkin dah ramai yg mencubanya kuihnya memang sedap dan terasa lemak manis jee..resepinya amik dari dapur Ana wahid, resepi asalnya dari Cik Mat Gebu, pd rakan2 yg belum pernah mencuba bolehlah membuatnya...ok! layannn....

Kuih Bakar Labu @ Bingka Labu
(sumber: anawahid, resepi: cmg)

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 5 biji telur (zana buh 3 biji telur grid `A')
  • 500 ml santan (atau 200 ml santan kotak + 300 ml air)
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus (nak manis boleh tambah sikit lagi)
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 450 g labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga halus
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan aluminium foil, lenser juga permukaan aluminium foil tadi (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan...
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata.
  3. Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin. Potong ikut kreativiti masing2 dan hidangkan.


Selasa, Mei 08, 2012

Kek Oren Blended Kukus

Assalammualaikum dan selamat petang semua...anda sihat.., minum ptg apakah hari nii ek!!? Lama dah x keudara di laman blog kesayanganku nii, banyak benda yg tertangguh..uuhhh..tp apakan daya tak mampu nak update selalu rasanya..namun zana akan tetap menjenguk2 sini dan update walaupun terlambat..insya`Allah. Oklah! untuk hari nie zana nak kongsikan bersama2 rakan yg mungkin dah mencuba atau belum resepi kek oren kukus ni, mmg lembut dan gebu jer tuu...hari ni buat, esok dah abisss........lariss :D Jom kite semak resepinya ya..sebelum nie, zana pernah buat tp versi bakar punya di SINI




KEK OREN BLENDED KUKUS
(sumber: Raina Irdina MYR)

Bahan-bahan: (loyang 7”x7”)
  • 1 biji buah oren sunkist
  • 1 cwn butter cair- zana guna minyak canola
  • 1 cwn gula
  • 3 biji telur- buang pusat telur nya
  • 1 sb serbuk penaik
  • 2 cwn tepung gandum

Cara-cara:
  1. Cuci buah, potong & buang biji serta urat2 putih ditengah. Ambil kulit nya..buang yg warna putih. Potong buah kecil2.
  2. Masukkan buah & kulit nya skali dlm blender bersama minyak, gula, telur & kisar hingga halus
  3. Siap kisar, masukkan dlm bekas, bersama tepung & serbuk penaik yg tlah diayak..sedikit demi sedikit. kacau hingga sebati
  4. Kemudian masukkan dlm bekas yg tlah digris & dilapik. Kukus selama 1jam atau hingga masak.


Jumaat, April 20, 2012

Ayam Black Pepper

Assalamualaikum semua...bersua lagi di petang hari jumaat, apa kabar semua? semoga ceria2 selalu, sekejap jer dah masuk minggu ketiga bulan April...minggu depan dah cukup bulan, sekejap aje rasanya..kan. Oklah! hari ni zana nak n3kan lg menu yg masih juga tertunggak tuu...tengok ajelah ya apa yg ada, nak ikutkan memang banyak gambar2 dlm folder tuu, tp x diedit lagi.. :)) ok!


AYAM BLACK PEPPER
sumber: kak liza
Bahan-bahan: 
  • 500 gm isi ayam 
  • 300 gm brokoli [potong kecil] /zana + hirisan lobak merah je
  • 2 biji tomato [belah 4]
  • 1 biji lada capsicum [hiriskan]
  • 1 sudu besar kicap pekat 
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar tepung jagung ] bancuh 
  • 1/2 cawan air ] 
  • 2 sudu besar lada hitam [tumbuk] 
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis 
  • garam secukup rasa 
 Bahan Tumis [mayangkan/hiriskan]
  • 5 ulas bawang merah/kecil 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia 
  • 1 labu bawang besar 
 Cara membuat
1. Isi ayam potong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan brokoli dan gorengkan sehingga masak/lembut.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan tomato dan kapsicum.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

Rabu, April 18, 2012

Sayang KelisaKu...... alahai sedihnya.

Assalamulaikum dan salam sejahtera...sehari dua, kat opiss nie sungguh memboringkan...al-maklumlah hari rabu ari tu cuti pertabalan agong dan ari selasa tu...tunggu ya akan ku ceritakan...nak katakan x de keje kat opis ni...ade banyakler jugak...memandangkan boss lak x dee..lg2lah boring hehehe :p kita buat kitalah yg semak semula, kalau keje mcm zana nie buat pelan MnE kalau sikit je salah atau ade perubahan maka semuanye kena diperbaiki semula..kalau dah buat schematic lagilah tension!!! oklah STOP bab tuu..ekk..layan pulak cerita zana nie..tragedi yg berlaku pd hari selasa yg lalu....bertarikh 10 April 2012... Pagi tu aku bersiap2 utk ketempat kerja, seperti biasa aku akan menghantar waher dahulu ke nessari sebelum ketempat kerja. Hari tu pulak jalan dari kota damansara ke jalan sg.buloh - kepong(jln Kuala Selangor) jem ya amat...(nak ikutkan memamg hari2 jln tu jem). Jalan pulak tersekat2 mcm kura2 sikit2...tp  terpaksa ke tumpohi juga.. bila hampir sampai ke bandar Sri Damansara, aku himpitkan kereta ku kesebelah kiri jalan menuju ke lebuhraya LDP...masa tu trafik light merah dan jem memanjang, apabila melepasi kuil di sebelah kiri jln tu..tiba2 mataku terlayang dan dlm beberapa saat jeee...dumm!!! Allah huakbar! rupa2nya aku telah tercium sebuah kereta myvi didepanku....aku lihat keluar seorang pemuda berbangsa tionghua dan bertatu di tangan...Hanya Allah yg tahu perasaanku ketika itu...aku tarik handbrek, tarik nafas panjang dan terus keluar mengangkat tangan memohon maaf jesteru aku tahu kesilapanku...Sangkaan ku satu kereta tapi dua...aduhai...rupa2nya depan Myvi tu kereta Toyota/Stome, maka terhimpitlah Myvi tuu kat tengah2...alhamdulillah tiada apa2 berlaku pd kami...nasib baiklah juga pemuda itu jenis cool orgnya...tetapi pemilik stome tuu...sebaliknya, nampak garang dan sebangsa dgnnya. Kereta Stome tu x de ape2pun kerosakkan.. aku lihat pemuda itu berbincang dan beberapa minit kemudian kereta itu pun beredar.. lepas tu kami alihkan kereta masing2 ditempat yg lebih selamat sementara menunggu bapanya dan hubbyku sampai...sementara menunggu tuu..kami pun berkenalanlah dan bincang2 ape yg patuttt dan bersetuju utk membuat laporan di Balai Polis KD, barulah ku tahu rupanya kereta Myvi tuu...milik fathernya, so terpaksalah aku bercakap dgn fathernya melalui telepon, apa yg boleh katakan hanyalah say sorry...benda dah terjadi...nasiblah fathernya faham, lebih kurang mcm dia...orgnya pun cool aje..alhamdulillah..tp aku x taulah nanti mcmne pulak! Setelah hampir setengah jam..suamiku tiba dan berbincang dgnnya dan kami pun beredar menuju ke balai polis utk membuat laporan. Selesai aje..aku pun balik kerumah dgn membawa keretaku sementara menunggu kren dtg dan membawanya ke workshop. Hingga kini setelah hampir seminggu, keretaku masih lg di sana... x tau ape2 cerita lg...mcmne lepas x insurantku ni..??? Aduhh!! patah kaki dibuatnya...Tolonglah hambamu ini Ya Allah...permudahkanlah segala urusan, amin2 ya rabbal `alamin...
inilah keadaan kereta kesayanganku....kelisa......setelah hampir sembilan tahun aku memilikinya
yg ini pula kereta Myvi yg menjadi mangsa ketidak sengajaan akuuuu...
tengok tuuu...keadaan di bahagian hadapan Myvi..yg tercium kereta Stome yg tiada apa2 kecacatan pun...
Adoiiii!!!! sorry laa kawan...benda dah terjadi...x boleh nak dielakkan...yaa...ampunnnn
begitulah ceritanya...**p/s sorry baru hari ni zana publiskan :D



Khamis, April 05, 2012

Kek Kukus HawFlakes

Assamualaikum semua....dan salam 1Malaysia... petang ini kat opis..agak memboringkan hehehe... bukannya x de keje...tp mood tu de kureng sikit. Ni ade lagi entry yg terlepas pandang hehehe...Kek kukus hawflakes yg zana buat 2 minggu lepas, rasanya sedap dan gebuss..gitu..resepinya zana amik dari dapoq kak watie, jom kita semak resepinya ok!


Kek Kukus Hawflakes 
(Versi yang telah diolah yer!)
sumber: Kak watie

Bahan-bahan ( loyang 7x7 )-zana guna loyang 6x6" sbb tu kek tuu nampak tinggi 
  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata sahaja yg Akak gunakan)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata-zana guna tepung hong kong)
  • 1 sk rata baking powder*(zana tak taruh)
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair (zana guna fresh milk)
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb serikaya (yg nie zana tambah)
  • 70 ml minyak masak (ni pun dah adjust) asal 100ml – zana guna minyak canola
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna merah,coklat( ikut suka ) – zana buh warna trafik light
  • secukup hawflakes


Cara-caranya:
  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.

***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.