Selasa, Jun 15, 2010

Banana Apple Cake



Memandangkan buah pisang kat rumah nie dah terlalu masak, kesian tengoknye...tak bermakan! tengok2kan resepi yg ade...jumpalah resepi nie...dah agak lama zana simpan tp x pernah mencubanya, kebetulan buah epal pun ade. Sumber resepi dpt dari kak rinnchan fp, tp resepi asalnya dari LynnHassan. Rasa keknye memang lembut dan sedap.

Banana Apple Cake
(Sumber : Lynnhassan)

Bahan A :
  • 2 biji telur
  • 1 3/4 cawan gula halus (zana guna 1 1/4 cawan... )
  • 1 cawan minyak jagung (ganti soya oil)
  • 3 biji epal hijau kecil didadu kecil (zana buh 2 biji aje)
  • 1 cawan pisang berangan yg telah dilecek

Bahan B :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 camca teh baking soda
  • 1/2 camca teh cinnamon powder (zana x buh pun)
  • secubit garam
  • 100g walnut dipatah-patah (tak payah toast) (50gm dah cukup)

Cara-cara : **Semua guna hand whisk sahaja.

  1. Pukul telur dan gula sampai hancur. Masukkan minyak jagung, kacau lagi.
  2. Masukkan epal hijau dan pisang dalam adunan tadi.
  3. Ayakkan bahan B , Gaul dengan walnut . Masukkan semua bahan dalam bahan A tadi. Walaupun adunan kelihatan pekat, tidak mengapa.
  4. Bakar dlm acuan yg telah diglis, pada suhu 160 selama 1 jam 20 min. (zana guna loyang bulat 8"x 3"). Sejukkan di dalam loyang sebelum dikeluarkan. Hias ikut citarasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan