Isnin, Oktober 28, 2013

Agar-Agar Vico

Assalamualaikum... & selamat malam...semua
Bersua lagi pada n3 di malam-malam hari ini...saja je nak bg semangat utk berblog kembali...x tau lah  kot hangat2 sementara jeee ;p. Utk hari ini zana nak share resepi agar2 yg mudah je utk mengediakannya, dari segi bhn dan pengediaannya. Anak2 dah tentu menyukainya.

Agar-Agar Vico/Milo

Sumber: dari kakak
Olahan: sendiri ler...

Bahan2nya:
  • 1 paket agar2 serbuk (10gm)
  • 6 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu segar (nak guna susu sejat pun boleh)
  • 1 cawan serbuk Vico / Milo
Cara2nya:

1.  Masak serbuk agar2 bersama 6 cawan air sehingga mendidih dan dikacau
2.  Kemudian masukkan gula,  susu segar dan serbuk vico/milo dan dikacau rata, biarkan sehingga mendidih,
     tutupkan apinya dan masukkan kedalam bekas. Biarkan sejuk, kemudian masukkan kedlm peti sejuk            sehingga agar2 mengeras.
3.  Potong dan bolehlah dihidangkan - sedap dimakan sejuk



Ahad, Oktober 27, 2013

Gulai Itik

Assalammualaikum...wth,
Selamat bersua kembali dan selamat berhujung minggu pd semua rakan2 sama ada rakan2 blogger/bukan blogger yg singgah ke villa ini, terima kasih kerana sudi berkunjung kedapur zana yg dah lama tak berasap di alam maya ni..eeee...  :P , nampaknya zana ni tenggelam timbul2 jee..lah rasa2 ada masa terluang barulah dapat zana update, itu pun ikut pd mood kalau terlebih rajin  eee....Oklah! hari ni zana nak sharekan resepi ibunda ku Gulai Itik. Sebenarnya daging itik tu zana dah beli semasa balik kekampung Hari Raya Haji ari tu...barulah hari ini dapat dimasak, itu pun sbb my mum ade kat sini, so godek2 resepi darinya lah gamaknyo. Kita semak resepinya..ek!


Gulai Itik

Sumber : Resepi Ibuda
Bahan2nya:

  • Seekor Itik sederhana besar yg telah dibersihkan dan dipotong2
  • Santan dari 2 biji kelapa / 1kg santan pekat
  • 4 batang serai yg diketuk
  • 2" lengkuas - dihiris2
  • 2 peket kecil rempah kari daging babas yg telah dibancuh dgn sedikit air
  • garam & gula secukup rasa
Bahan2 kisar:
  • 20 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 3-4" kunyit hidup
  • 2" halia
  • 2" lengkuas
  • 3 sudu besar kerisik
  • sedikit belacan
Cara2 membuatnya:
1.  Masukkan daging itik kedalam periuk dgn sedikit air dan direbus sehingga empuk dan taburkan sedikit gula.
2.  Setelah empuk masukkan bahan2 kisar, rempah kari, serai dan lengkuas yg dihiris dan kacau sebati..
3.  Apabila kuahnya merenih, masukkan pula santan pekat dan kacau lagi..jaga dan jangan sampai pecah minyak.
4.  Perasakan dengan sedikit garam & gula,, setelah kuah agak pekat dan masak tutup apinya dan bolehlah dihidangkan bersama nasik panas dan ikan masin..wauu.. memang sodap! dapat kuahnya pun dah sodap makan lak dgn lempeng lembut/kelapa.Selamat mencuba...