Jumaat, Mei 28, 2010

Murtabak Mee Segera...



Assalamualaikum, salam ptg Jumaat n salam sejahtera...bertemu lagi utk hari nie...hari cuti....x kemana-mana....duduk mengadap lappy aje ler!!! jawapnye, jln2 kat blog rakan2 cari makan hihihi!!!! Oklah! petang semalam.., balik kerja zana buat "Murtabak Mee Segera" nie... teringin nak makan...tergoda tengok kat rmh MamaHawa n rmh Hana. Oleh itu zana kena buatlah jugak...teringat masa zaman remaja dulu selalu gak buat sbb malas nak masak...kite buat yg mudah aje.
Bahan2nya:
  • 1 paket mee segera
  • 2 biji telur
  • 1 paket perencah ayam
  • 2 biji bwg merah]
  • 1 biji bwg putih] dihiris halus
  • 3 sb sayur campur
  • 3 sb daging cincang
  • sedikit hirisan daun bwg n sadri

Cara membuatnya:

  1. Rebuskan mee maggie sehingga kembang dan toskan airnya. Letak ketepi dahulu
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan hirisan bwg sehingga wangi dan masukkan daging cincang bersama2 sayur campur dan digaul sebati sehingga agak kering.
  3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk bersama perisa maggie dan pukul hingga sebati.
  4. Masukkan bahan tumisan td, daun sup, daun bawang, mee maggie yg sudah direbus tadi dan gaul hingga sebati.
  5. Panaskan sedikit minyak, tuang adunan dan gorengkan sehingga masak di dalam non-stick pan seperti membuat telur dadar.

Selasa, Mei 25, 2010

Strawberry Muffin...


Salam & salam sejahtera...bertemu lagi di t/hari selasa ini.. Semalam malam zana cuba buat muffin versi yatiememories pulak., bahan2nya yg simpel dan mudah..rasanya boleh tahan sedap macam muffin2 yg lain. "Strawberry Muffin" resepinya ikut yatie punya resepi "Blueberry Muffin"~ cuma zana tukarkan dia punya filling.


Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh garam
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1/3 cawan minyak sayuran
  • 1/2 cawan fresh blueberry(zana guna strawberry jem aje)

Cara-cara:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (zana gunakan suhu 180’C)
  2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
  3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi.
  4. Gaul menggunakan whisk sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan whisk sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit dan gaul sebati...jngn guna mixer.
  5. Tuangkan adunan 3/4 penuh kedalam mangkuk muffin.
  6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan...saya bakar 30 minit

p/s*~ zana taburkan choc cip dan choc rise sebab atas tu nampak kosong aje...tengok tu strawberry jem tu nampak tenggelam aje~x pe nanti leh cuba lagi!! thanks yatie.......

Ahad, Mei 23, 2010

Selingan>>>>>Khasiat Durian Belanda

Salam semua...article yg zana baca di blog kak yon ~ zana panjang2kan lagi utk tatapan semua...

DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'.
Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser.
Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik. Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini.

Fakta yang membingungkankan adalah:
Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya.

Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini, selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza. Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Sabtu, Mei 22, 2010

Sayur Campur


Sayur Campur...biasanya zana suka buat sop2 sayur aje atau zana rebus dah mencukupi...sbb anak2 pun x berapa suka yg pedas2...tp kalau ade sop tu laju sikit dia makan...kite letaklah jugak resepinye disinikan bolehlah buat rujukan anak2 suatu masa nanti.
Bahan2nya:
  • 1/4 biji kobis bulat dipotong kasar
  • 1/2 biji lobak merah dipotong nipis
  • 2 tangkai sawi manis
  • 1 biji cili merah dihiris serong
  • 3 biji bwg merah]
  • 1 biji bwg putih]~dihiris halus
  • sedikit hirisan daging
  • 1 keping kek ikan]
  • 3 biji bebola ikan]~dipotong2
  • 1 st sos tiram
  • garam secukup rasa
  • sedikit air

Cara2nya:

  1. Panaskan minyak ~ tumis hirisan bwg merah dan putih sehingga wangi dan masukkan daging, hirisan kek dan bebola ikan dan dikacau rata.
  2. Masukkan sos tiram, sedikit garam dan sedikit air ~ kacau..dan masukkan sayur2an dan dikacau lagi...
  3. Setelah masak tutup api dan bolehlah dihidangkan...

Udang Goreng Ala Mama....



Salam semua...hai! bertemu lagi... dan selamat berhujung minggu...dah makan t/hari ke belum? oklah! hari ni...zana nak entrykan menu makan t/hari td.., ade udang goreng berempah, sop ayam, sayur campur juga sambal..lengkapkan..! "Udang Goreng Ala Mama" sebenarnya zana saja aje mencuba idea nie gunakan rempah2 ratus...bila buat terasa sedap pulak!! kalau kwn2 nak mencuba silakanlah......
Bahan A:
  • 10-15 ekor udang kertas
  • 1 st serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 sb minyak zaitun

Bahan B: [ dikisar halus]

  • 4 biji bwg merah
  • 2 biji bwg putih
  • 1cm halia
  • 1 st ketumbar
  • 1 st lada hitam
  • 1/2 st jintan manis
  • 1/2 st jintan putih

Bahan C:

  • Kicap manis & sos tomato secukupnya
  • 8 biji tomato ceri dibelah dua
  • daun sadri dan bawang dihiris kasar

Cara menyediakan:

  1. Bahan A digaul rata dan diperap selama 10-15 minit ~ kemudian digoreng selama 1-2 minit, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak...dan tumiskan bahan2 kisar sehingga berbau wangi.
  3. Masukkan kicap manis, sos tomato, tomato ceri dan digaul mesra ~ sekiranya kering tambahkan sedikit air.
  4. Akhir sekali masukkan udang yg telah digoreng td bersama daun sadri/bawang dan digaul rata.
  5. Angkat dan bolehlah dihidangkan....

Khamis, Mei 20, 2010

Fish Chip & Coleslaw


Salam & salam sejahtera pd kwn2 yg berkunjung n selamat t/hari...masa jalan2 kat Tesco tempohari zana beli fillet ikan Dorri....bila tengok kakak zana selalu beli fillet ikan ni tok buat sop., tp zana buat nie... nak sebut pun x tau hehehe!!!! "Fish Chip + Coleslaw"... so layannnn......
Bahan2nya:
  • 2 keping fillet ikan Dorri ~ sekeping dibahagi pd 3 bhgn.
  • tepung gandum secukupnya
  • sebiji putih telur dikocok]
  • 1 st serbuk lada hitam]
  • sedikit garam]*
  • Breadcrums warna oren secukupnya +
  • sedikit serbuk kelapa parut kering (letak banyak pun sedap)
  • minyak secukupnya utk menggoreng terendam

Cara menyediakan:

  1. Fillet ikan Dorri dikeringkan dgn tisu dapur ~ salutkan kedalam tepung gandum dan ketepikan...
  2. Bahan ]* digaul sebati ~ kemudian celupkan fillet ikan kedlm adunan telur pulak n salutkan dgn breadcrumbs yg telah dicampurkan serbuk kelapa parut
  3. Goreng di dalam minyak yg banyak sehingga kekuningan
  4. Hidang bersama coleslaw, french fries n kacang panggang.

Bahan utk coleslaw:

  • 1/2 biji kobis bulat kecil ~ dihiris halus
  • 1 btg carrot ~ disagat halus
  • 1/2 biji jus limau nipis
  • 3-4 camca makan mayonis
  • 2 biji bwg putih ditumbuk halus
  • sedikit garam
  • 1/2 st serbuk lada hitam

Cara menyediakan:

Campur semua bahan dan digaul sebati dan simpan di dalam peti sejuk...sebelum dihidangkan.

Rabu, Mei 19, 2010

Emping Beras...


"Emping Beras" memang dah lama x makan... teringat masa kecik2 dulu pernahlah makan mak buat...waktu tu musim padi baru dituai, beras barulah katakan..tp kini cuma tinggal tapak sawah aje yg digantikan dgn kebun sayur.. sampaikan anak2 sekarang pun tak kenal macam mana rupa pokok padi kan! ok lah! sebenarnya masa jalan2 kat pekan Alor Gajah 2 minggu lepas, zana terjumpa sebuah kedai yg menjual emping beras nie...masih baru lagi jadi zana pun belilah..balik ke sini barulah zana buat. Memang sedap dimakan ketika emping tu masih panas lagi, sedap juga dimakan dgn susu...macam oat tuuu...nak membuatnya senang aje!
Bahan2nya:
  • 1 paket 200 gm emping beras.
  • 1/2 biji kelapa parut (kelapa tua-yg buat inti tu)
  • 1 ketul gula melaka (seeloknya taruh gula merah)
  • secubit garam

Cara menyediakan:

  1. Emping beras dicelur dgn air panas selama 2 minit ~ tos dan ketepikan.
  2. Gula melaka dihiris2 atau dicincang halus.
  3. Masukkan kelapa parut, gula melaka, garam kedalam emping yg telah dicelur dan gaul sebati dan bolehlah dihidangkan..sedapp!!!

Talam Gula Merah


Salam semua...bertemu lagi!!..dah lama nak buat kuih nie.. selalu tengok kwn2 aje yg buat, zana pun nak jugak. Resepi kuih "Talam Gula Merah" nie dah lama zana simpan...amik dari blog kak liza dulu2 lagi..hihihi!! baru la nie mencubanya dan hasilnya memang memuaskan. Thanks ya kak liza.. resepinya boleh jugak tengok kat SINI.

Lapisan Bawah:
  • 1 cawan gula merah ] masak dan sejukkan
  • 1/2 cawan gula pasir ]
  • 5 cawan air biasa ]
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu kecil kapur

Cara-caranya:

  1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
  2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
  3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
  4. Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.

Lapisan Atas:

  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu kecil garam

Cara-caranya:

  1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja..
  2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
  3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
  4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau pelastik dan hidangkan.

Isnin, Mei 17, 2010

Kuih Bakar Pisang...



Salam semua...kali ini zana, entrykan kuih yg zana buat baru2 nie...utk minum ptg. Memandangkan stok pisang kat rumah nie banyak lagi so zana pun cubalah buat kuih ini "Kuih Bakar Pisang" resepinya asalnya dari Cikgu zana tp zana amik resepinya dari rumah Kak Ummi, thanks ya pd kakak2 berdua. zana CnP aje dr rmh kak ummi....
Bahan:- (next time kena guna loyang 7x7 in, baru nmpak tebal sikit)
  • 1 sisir pisang masak (Ummi guna 8 biji pisang berangan)
  • 1 cwn tepung*
  • 3/4 cwn gula*
  • 1 cwn santan*
  • 1 cwn susu sejat/cair* (Ummi guna fresh milk)
  • 1 biji telur*
  • 2 sudu besar butter*

Cara-Cara:-

  1. Blend semua bahan*
  2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter. (*Ummi panaskan kejap loyang 2 -3 minit selepas lenser butter then baru tuang adunan)
  4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
    Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt!!

Ahad, Mei 16, 2010

Butter Prawn...


Assalamualaikum & salam sejahtera buat kwn2 yg selalu berkunjung ketarak nie....n selamat malam. Kali ini zana nak entrykan menu makan t/hari zana sekeluarga..."Butter Prawn"... sebenarnya dah lama teringin nak membuatnya...tp baru sekarang dpt dilaksanakan..emm memang sedap! resepi asalnya amik kat rumah Rinnchan Fp, tp zana dah ubah suai sikit ikut selera kite ler...hehehe!!!

Bahan A:

  • 10 ekor udang kertas~sederhana besar
  • 1/2 st gula pasir
  • 1/2 st garam
  • 1 sb minyak zaitun

Bahan B:

  • 3 sb tepung jagung
  • 1 st serbuk kari ikan

Bahan C:

  • 1 biji telur
  • 3 sb susu segar
  • 1/2 st garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 2 sb butter
  • 1 biji bawang putih dicincang
  • 1 tangkai daun kari
  • 5 biji cili padi dicincang

Bahan Perisa:

  • 1 sb sos tiram
  • 1/2 st gula
  • sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara menyediakan:

  1. Bersihkan udang, buangkan kakinya dan keringkan dengan menggunakan kitchen towel.
  2. Perap udang dengan bahan A selama 20 minit. Campurkan bahan B dan masukkan udang yang telah diperap kemudian digaul rata.
  3. Goreng terendam udang tadi sehingga masak dan tuskan minyaknya.
  4. Gaul rata bahan C. Ketepikan. Panaskan kuali, masukkan butter. Kemudian, masukkan bahan C.
  5. Kacau campuran C dengan cepat untuk mendapatkan telur goreng yang halus dan rangup. Angkat dari kuali.
  6. Panaskan kuali dengan 2 sudu besar butter. Goreng bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi. Masukkan udang dan bahan perisa~gaul rata
  7. Masukkan telur goreng tadi ~ gaul rata dan hidangkan ketika masih panas.

Sabtu, Mei 15, 2010

Ikan Kerapu Masak Sweet Sour


Salam & selamat sejahtera...pd kwn2 cyber semua...bertemu lagi pd petang ari nie...sambil relex2 tu zana nak entrykan menu makan t/hari zana sekeluarga, salah satunya ialah " Ikan Kerapu Masak Sweet Sour".... anak2 zana memang suka kalau ikan dimasak sebegini,,. kalau dimasak gulai2 tu agak kurang sikit...dia makan kuahnye aje...ikannye x dimakan pulak tu...geram jugak dibuatnye.!!! layan aje ok!

Bahan2nya:
  • 1 ekor ikan Kerapu yg telah dibersihkan
  • 4 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih* ~ ditumbuk halus
  • sedikit belacan*
  • 1/2 labu bwg besar dihiris2
  • 1/2" halia dihiris macam mancis
  • 2-3 sb cili mesin
  • sos tomato secukupnya
  • gula dan garam secukup rasa
  • 6 biji tomato ceri dipotong 2 (atau 1 biji tomato biasa dipotong 4)
  • 3 biji tamar dipotong 4
  • sedikit kismis

Cara membuatnya:

  1. Ikan kerapu digaul dgn garam dan serbuk kunyit ~ digoreng sehingga masak
  2. Panaskan minyak ~ tumis bahan tumbuk sehingga naik aroma dan masukkan cili mesin dan dikacau sehingga lada masak.
  3. Masukkan sos tomato, sedikit air, garam dan gula secukup rasa ~ dikacau rata
  4. Akhir sekali, masukkan buah tamar, tomato ceri dan kismis dan dikacau lagi.
  5. Setelah masak, tutup api dan curahkan diatas ikan kerapu yg telah digoreng td..kemudian bolehlah dihidangkan.

Jumaat, Mei 14, 2010

Gulai Ikan Merah dgn Pengaga...



Ini pulak! menu makan t/hari zana dan keluarga ari Sabtu lepas...hihihi!!! "Gulai Ikan Merah dgn Pengaga". Sedap sesekali makan macam nie..kan kena pula dgn pengaga dan nasi panas...tapi lauknyer tentulah dah habis!!!!!!!!!!kan...resepinyer..macam masak gulai2 cili api yg lain tu..lah cuma gantikan ikan dan tambah sayur pengaga..resepinye boleh ikut kat SINI jugak.

Bahan2nya:

  • 5 biji bawang merah*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 inci belacan*
  • 10 biji cili padi*
  • 4 cwn santan
  • 3 kabung/potong ikan merah
  • secekak pengaga dicuci dan disimpul

Cara membuatnya:

  1. Kisar bahan * sehingga halus
  2. Masukkan bahan kisar bersama serai kedalam periuk bersama sedikit air dan masak di atas dapur dengan api yang sederhana sehingga ia berbuih/merenih
  3. Kemudian masukkan ikan parang dan kecutkan sebentar, biarkan merenih
  4. Pastu masukkan santan dan bila merenih, masukkan pengaga.
  5. Kacau lagi sehingga ia mendidih..jangan dibiarkan nanti ia pecah minyak

Bila dah masak bolehlah dihidangkan dan sedap dimakan bersama nasi panas.

Chocolate Chip Muffin


Assalamualaikum buat semua kwn2 yg berkunjung....dah hampir 2 minggu zana x update blog nie...dah bersawang nampaknye!!! disebabkan beberapa perkara yg x dpt dielakkan dan dgn keadaan zana x mengizinkan. Oklah! jom layan gambar dan resepi nie..."Chocolate Chip Muffin"- dibuat minggu lepas.
Bahan A:
  • 500 gm tepung premix chocolate chips muffin
  • 2 cawan tepung naik sendiri/ SRF

Bahan B:

  • 3 biji telur [pukul sedikit]
  • 150 ml minyak
  • 200 ml susu segar
  • sedikit hirisan badam [optional]

Cara membuatnya:

  1. Panaskan oven 190'C [api atas bawah - jgn gunakan blower/kipas oven]
  2. Gaulkan bahan A supaya sama rata.
  3. Masukkan bahan B dan gaulkan sebati. [gunakan whisker saja]
  4. Masukkan adunan dalam acuan muffin kertas hampir penuh [kira2 80% acuan].
  5. Bakar selama 20 minit atau ikut oven masing2
  6. Sejukkan dan hidangkan.