Salam n salam sejahtera...bertemu lagi kita...d minggu pertama bln Jun 2010 nie.. dua~tiga hari lagi bermulalah cuti persekolahan penggal pertama, rasa begitu cepat masa berlalukan!! Oklah..nie antara menu2 yg terlepas ~ x sempat zana nak uplodekan. Jom layannn.......
Roti aka Pau Goreng
(Sumber Resipi : Ilhamdapur~Maz)
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan air suam* (-/+)
- 2 cawan tepung gandum (-/+)
- 2 sudu kecil yis kering (kita guna brand mauripan)*
- 3 sudu besar susu tepung
- 2 sudu besar butter cair / minyak zaitun
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 sudu besar gula*
- inti red bean paste secukupnya - simpan dalam peti dulu baru senang nak bulatkan - kita beli yg dah siap kat bakeri
- minyak untuk mengoreng
Cara-cara membuatnya:
- Dalam mangkuk satukan bahan-bahan yang bertanda *. Biarkan seketika (1-2 minit) kemudian masukkan butter cair, kacau sebati.
- Satukan tepung, garam dan susu tepung. Masukkan sedikit-sedikit kedalam no 1 sambil dikacau guna garfu (kacau buat bulatan jam) sehingga adunan tadi bersatu (menjadi seketul) tapi tidak keras. Kemudian boleh la diuli dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat pada tangan (adunan ni mesti lembut, kalau lembik tambah tepung sikit-sikit je, sapu kat tangan gtuw).
- Tutup mangkuk dengan plastik wrap atau kitchen towel dan biarkan selama 30 minit. Kemudian tumbuk-tumbuk sedikit doh yang telah naik tadi.
- Ambil sebesar bola golf pastu leperkan sedikit, letak inti yang telah dibulatkan tadi dan tutup elok-elok. Bila nak goreng leperkan sedikit dulu
- Panaskan minyak dalam kuali dan boleh lah digoreng sebiji-sebiji sambil simbah minyak panas ke atasnya (supaya ianya jadi kembang dan lembut). Goreng sampai habis. Siap..sedap makan yang panas2 tuuu...
thanks ya maz ~ share resepi nie....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan