Jumaat, April 20, 2012

Ayam Black Pepper

Assalamualaikum semua...bersua lagi di petang hari jumaat, apa kabar semua? semoga ceria2 selalu, sekejap jer dah masuk minggu ketiga bulan April...minggu depan dah cukup bulan, sekejap aje rasanya..kan. Oklah! hari ni zana nak n3kan lg menu yg masih juga tertunggak tuu...tengok ajelah ya apa yg ada, nak ikutkan memang banyak gambar2 dlm folder tuu, tp x diedit lagi.. :)) ok!


AYAM BLACK PEPPER
sumber: kak liza
Bahan-bahan: 
  • 500 gm isi ayam 
  • 300 gm brokoli [potong kecil] /zana + hirisan lobak merah je
  • 2 biji tomato [belah 4]
  • 1 biji lada capsicum [hiriskan]
  • 1 sudu besar kicap pekat 
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar tepung jagung ] bancuh 
  • 1/2 cawan air ] 
  • 2 sudu besar lada hitam [tumbuk] 
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis 
  • garam secukup rasa 
 Bahan Tumis [mayangkan/hiriskan]
  • 5 ulas bawang merah/kecil 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia 
  • 1 labu bawang besar 
 Cara membuat
1. Isi ayam potong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan brokoli dan gorengkan sehingga masak/lembut.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan tomato dan kapsicum.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

Rabu, April 18, 2012

Sayang KelisaKu...... alahai sedihnya.

Assalamulaikum dan salam sejahtera...sehari dua, kat opiss nie sungguh memboringkan...al-maklumlah hari rabu ari tu cuti pertabalan agong dan ari selasa tu...tunggu ya akan ku ceritakan...nak katakan x de keje kat opis ni...ade banyakler jugak...memandangkan boss lak x dee..lg2lah boring hehehe :p kita buat kitalah yg semak semula, kalau keje mcm zana nie buat pelan MnE kalau sikit je salah atau ade perubahan maka semuanye kena diperbaiki semula..kalau dah buat schematic lagilah tension!!! oklah STOP bab tuu..ekk..layan pulak cerita zana nie..tragedi yg berlaku pd hari selasa yg lalu....bertarikh 10 April 2012... Pagi tu aku bersiap2 utk ketempat kerja, seperti biasa aku akan menghantar waher dahulu ke nessari sebelum ketempat kerja. Hari tu pulak jalan dari kota damansara ke jalan sg.buloh - kepong(jln Kuala Selangor) jem ya amat...(nak ikutkan memamg hari2 jln tu jem). Jalan pulak tersekat2 mcm kura2 sikit2...tp  terpaksa ke tumpohi juga.. bila hampir sampai ke bandar Sri Damansara, aku himpitkan kereta ku kesebelah kiri jalan menuju ke lebuhraya LDP...masa tu trafik light merah dan jem memanjang, apabila melepasi kuil di sebelah kiri jln tu..tiba2 mataku terlayang dan dlm beberapa saat jeee...dumm!!! Allah huakbar! rupa2nya aku telah tercium sebuah kereta myvi didepanku....aku lihat keluar seorang pemuda berbangsa tionghua dan bertatu di tangan...Hanya Allah yg tahu perasaanku ketika itu...aku tarik handbrek, tarik nafas panjang dan terus keluar mengangkat tangan memohon maaf jesteru aku tahu kesilapanku...Sangkaan ku satu kereta tapi dua...aduhai...rupa2nya depan Myvi tu kereta Toyota/Stome, maka terhimpitlah Myvi tuu kat tengah2...alhamdulillah tiada apa2 berlaku pd kami...nasib baiklah juga pemuda itu jenis cool orgnya...tetapi pemilik stome tuu...sebaliknya, nampak garang dan sebangsa dgnnya. Kereta Stome tu x de ape2pun kerosakkan.. aku lihat pemuda itu berbincang dan beberapa minit kemudian kereta itu pun beredar.. lepas tu kami alihkan kereta masing2 ditempat yg lebih selamat sementara menunggu bapanya dan hubbyku sampai...sementara menunggu tuu..kami pun berkenalanlah dan bincang2 ape yg patuttt dan bersetuju utk membuat laporan di Balai Polis KD, barulah ku tahu rupanya kereta Myvi tuu...milik fathernya, so terpaksalah aku bercakap dgn fathernya melalui telepon, apa yg boleh katakan hanyalah say sorry...benda dah terjadi...nasiblah fathernya faham, lebih kurang mcm dia...orgnya pun cool aje..alhamdulillah..tp aku x taulah nanti mcmne pulak! Setelah hampir setengah jam..suamiku tiba dan berbincang dgnnya dan kami pun beredar menuju ke balai polis utk membuat laporan. Selesai aje..aku pun balik kerumah dgn membawa keretaku sementara menunggu kren dtg dan membawanya ke workshop. Hingga kini setelah hampir seminggu, keretaku masih lg di sana... x tau ape2 cerita lg...mcmne lepas x insurantku ni..??? Aduhh!! patah kaki dibuatnya...Tolonglah hambamu ini Ya Allah...permudahkanlah segala urusan, amin2 ya rabbal `alamin...
inilah keadaan kereta kesayanganku....kelisa......setelah hampir sembilan tahun aku memilikinya
yg ini pula kereta Myvi yg menjadi mangsa ketidak sengajaan akuuuu...
tengok tuuu...keadaan di bahagian hadapan Myvi..yg tercium kereta Stome yg tiada apa2 kecacatan pun...
Adoiiii!!!! sorry laa kawan...benda dah terjadi...x boleh nak dielakkan...yaa...ampunnnn
begitulah ceritanya...**p/s sorry baru hari ni zana publiskan :D



Khamis, April 05, 2012

Kek Kukus HawFlakes

Assamualaikum semua....dan salam 1Malaysia... petang ini kat opis..agak memboringkan hehehe... bukannya x de keje...tp mood tu de kureng sikit. Ni ade lagi entry yg terlepas pandang hehehe...Kek kukus hawflakes yg zana buat 2 minggu lepas, rasanya sedap dan gebuss..gitu..resepinya zana amik dari dapoq kak watie, jom kita semak resepinya ok!


Kek Kukus Hawflakes 
(Versi yang telah diolah yer!)
sumber: Kak watie

Bahan-bahan ( loyang 7x7 )-zana guna loyang 6x6" sbb tu kek tuu nampak tinggi 
  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata sahaja yg Akak gunakan)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata-zana guna tepung hong kong)
  • 1 sk rata baking powder*(zana tak taruh)
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair (zana guna fresh milk)
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb serikaya (yg nie zana tambah)
  • 70 ml minyak masak (ni pun dah adjust) asal 100ml – zana guna minyak canola
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna merah,coklat( ikut suka ) – zana buh warna trafik light
  • secukup hawflakes


Cara-caranya:
  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.

***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

Rabu, April 04, 2012

Kuih Cara Manis..

Assalamualaikum dan salam ptg rabu...cuaca mendung je kat luar tu, sejuk je kat dlm opis ni + sunyi + sepi...aduhhh!!! boringnya...apa kabar semuanya? dah minum ptg? petang2 mcm ni kalau pekena teh tarik pun sodap segar sikitkan? ekk..eleh!! baru pas makan tengah/harilah..perut pun terasa kenyang laeeee... : p oklah! ari ni, zana nak masukkan n3 yg tertunggak lagi  : p Inilah first time zana membuatnya, nak djd kan cerita.. sebenarnya acuan kuih cara ni..kan2!! dah bertaun zana membelinya dan menyimpannya, baru laa ni zana membuatnya, nak ikutkan xlah susah mana pon...tuk menyediakannya hehehe...tengok2 resepinya yg bermcm2 sukatan jd kite pon buat sukatannya sendiri yg mudah2 jer..


Kuih Cara Manis
Bahan2 yg diperlukan:
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 paket santan serbuk
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 cwn penuh air
  • 1 sudu kecil pes pandan
  • sedikit pewarna hijau
  • gula pasir secukupnya
Cara2nya:

  1. Campurkan semua bahan sehingga menjadi adunan yg sama rata kecuali gula pasir, then tapiskan terlebih dahulu dan ketepikan. 
  2. Sementara itu, panaskan acuan kuih cara dan oleskan dgn sedikit minyak. Apabila acuan panas..kecilkan api dan masukkan sedikit adunan, sudukan sedikit gula pasir dan tutup semula dgn sedikit lagi adunan. 
  3. Tutup acuan tu..dgn tudung periuk dan masak selama 2 min...then olehlah diangkat. Alhamdulillah acuan kuih ku..itu tidak melekat.


p/s** Ada sesetengah org kata..kalau tidak mahu acuan tu melekat terlebih dahulu direndamkan dgn air asam jawa semalaman atau pun penuhkan acuan tu dgn minyak masak dan dipanaskan...cubalah! insya`allah...adunan itu tidak melekat.