Memaparkan catatan dengan label kuih talam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuih talam. Papar semua catatan

Selasa, Mei 29, 2012

Kuih Lapis ~ Resepi Kak Fida

Assalammulaikum dan salam sejahtera semua...bersua kembali di petang hari selasa yg mendung jee kat luar tuu...ptg nie nak mengopi ngan ape ek!! ape kata  pekena ngan kuih lapis yg zana buat utk sarapan pg tadi..dan selebihnya di sedekahkan pd jiran sebelah...juga bagi kat abg, kalau kuih2 lembut cam gini kat umah zana ni tak berapa lakulah! tapi zana suka!suka! & suka! mencubanya dan teramat2lah suka kalau apa yg dibuat tuu menjadi eeee..... ^-^ :) jom layan resepi yg zana amik dari kak fida MyR nie.. lemak, lembut, kenyal dan yang penting ia sedap!!


Kuih Lapis

Bahan-bahan ( loyang 8”ΓΈ )
BAHAN A :-
250 g gula pasir (resipi asal 300 g )
200 ml santan pekat (KARA)
250 ml air + 1 sk garam

BAHAN B :-
150 g tepung beras
150 g tepung ubi (tapioca flour)
20 g tepung pulut
300 ml santan pekat (KARA)
150 ml air

BAHAN C :-
beberapa pewarna pilihan
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara:
  1. Bahan2 A dimasak dengan daun pandan hingga gula larut dan biar suam.
  2. Bahan B disatukan dan kacau rata.
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan tapis.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.
  4. Kukus adunan selapis2 berselang-seli warna pilihan, 5 min tiap lapis dan 10 min untuk lapisan terakhir.Biar kuih sejuk di dalam loyang sebelum dipotong.



Rabu, Mei 23, 2012

Talam Roti Paun

Assalammualaikum semua...apa khabar ari ni..? harap semuanya sihat hendaknya. Bersiaran lagi utk ari ni..dah hampir seminggu zana tak masukkan apa2 n3 kat sini, sekejap aje ku rasakan. Oklah n3 zana utk hari ini ialah "Talam Roti Paun" yg zana buat malam td..pg ni barulah dapat dipotong2kan :) betul memang sedap kata K1, makan 1 nak 2 hehehe...., zana buat nie, sebab terhidu kat dapoq K1 semalam..sebelum ni tengok ade kat dapoq yatie memories, pastu sampai lak kat dapoq kak azlita masam manis tuu...resepi dari chef asma nie sememangnya zana dah ade tp dapat nak membuat sbb dlm sukatan yg banyak..tak pandailah kawan nak mengagak2 gitu hehehe...ape2 pun terima kasih pd chef asma juga pd yatie dan kak azlita dgn memberikan sukatan bahan utk kuantiti yg sedikit, sesuai utk satu family...ok! jom kita semak resepinya pulak!


TALAM ROTI PAUN
By : Chef Asma
(sumber: Kak Wan/yatie/kak azlita)
Lapisan Bawah
4  keping roti Butterscotch ~ resepi asal roti putih (zana buh 5 kpg)
3 keping roti Choco Raisin ~ resepi asal roti putih (yg nie zana buh roti putih tu 2 kpg)
1 biji telur
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
100 ml santan pekat
125 ml air
1/4 sk vanilla essence
25gm kismis + 1 sdb coklat chip (yg ni zana tambah)
Panaskan kukusan
Sediakan loyang bulat berukuran 8 inc
Oleskan minyak makan pada loyang dan lapik dasar loyang dengan plastik.
Oleskan juga minyak pada plastik.

Roti dipotong kecil atau di carik-carik. Ketepikan
Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisker hinga sebati
Masukkan roti tadi dalam adunan dan rendam roti selama 30 minit atau sehingga roti lembut dan adunan telah meresap kedalam roti.
Tuangkan adunan dalam loyang.
Tutup loyang dengan aluminium foil atau balut tutup kukusan dengan kain (utk mengelakkan air menitis atas kuih
Kukus adunan selama 25 minit
Sementara menunggu adunan masak kita sediakan lapisan tengah

Lapisan tengah

1/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan

Satukan semua bahan-bahan
Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api

Apabila lapisan bawah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu
Kemudian tuangkan adunan lapisan tengah
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit lagi.
Sementara menunggu lapisan tengah masak, kita sediakan lapisan atas pula.

Lapisan atas
1/4 cwn tepung kastard
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1/8 sk vanilla essence
2 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau oren ~ tak letak pun takpe

Satukan semua bahan-bahan
Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api

Apabila lapisan tengah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu
Kemudian tuangkan adunan lapisan atas
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30  minit atau sehingga talam masak dengan sempurna
~ Jika tidak tutup permukaan loyang atau tidak balut tutup kukus dengan kain, lap tutup kukus setiap 5 minit untuk menghasilkan permukaan kuih yang kelihatan licin dan rata

Setelah kuih masak sejukkan hingga benar-benar sejuk barulah di keluarkan dari loyang
Potong talam dengan menggunakan pisau plastik yang di oleskan dengan sedikit minyak makan, ini untuk mendapatkan potongan talam yang cantik




Khamis, Mei 17, 2012

Kaswi Labu KakBesah

assalammualaikum semua...selamat ptg...dah makan t/hari? syukur alhamdulillah. Oklah! n3 zana utk ari ni..."kaswi labu kakbesah"...semalam masa BW kat MyR, jumpalah resepi kuih kaswi ni...yg baru kakbesah n3kan kat situ. Jadi fikir2kan kat rumah tu, masih ade lagi 1/2 biji buah labu balance buat kuih bingka tu ari dan bahan2nya pula semuanya ade...so zana buatlah jugak! nampak macam pelik jee..biasanya org buat kuih kaswi yg kaler coklat tuu...tp nii..hok kaler oren, tp mmg sedap tau! tabik spring 3x kat kakbesah :P ^_^ kalau kwn2 nak mencuba, resepinya boleh tengok kat SINI.


Kaswi Labu KakBesah
(sumber: kakbesah MyR)
Bahan2nya:

  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1 cwn labu manis lecek (yg telah direbus/kukus)
  • 2 cwn santan (zana buh 1 paket santan serbuk + 2 cwn air)
  • 1/2 st garam
  • 1/2 st air kapur
  • secawan kelapa parut putih + sedikit garam (zana guna serbuk kelapa kering jee) 


Cara membuatnya:

  1. Panaskan pengukus terlebih dahulu ~ memdidih
  2. Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut dan gaul rata ~ guna whisk
  3. Sediakan loyang 10" yg telah disapukan dgn sedikit minyak (zana guna loyang 8" dah memadai) kemudian masukkan adunan td dan kukus selama 25 min atau sehingga masak.
  4. Biarkan betul2 sejuk barulah boleh dipotong dan golek2kan dlm kelapa parut ~ hidangkan.
**p/s: sesuai buat minum ptg/sarapan pagi
**p/s: sebagai bekalan :))


Selasa, Mac 20, 2012

N3...yg lalu

Assalamualaikum semua...bersua lagi.. :)) hehehe dah macam biskut jerr...kejap ade jap xde...tkasih pd rakan2 yg selalu singgah kat dapoq zana ni. Hari ni.., zana nak update blog jugak! memandangkan ade sikit masa yg terluang kat opiss nii...soo tunggu ape lagi!!! :P Ok! mcm biasalahkan nak n3kan menu yg lepas2 jer nie...jangan marah ekk!! dah banyak sangat yg tertunggak, dah basiii... dah a.k.a dah jadi baja... hehehe..
Resepi Sardin Gulung
Bahan2 Inti

  • 1 tin sardin cap ayam sederhana kecil
  • 1 labu bwg besar *
  • 1 biji buah tomato*
  • 1/4 biji capsicum hijau* (* didadu kecil)
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • garam secukup rasa (jika perlu)
  • sebiji limau kasturi (d ambil jusnye)
  • sedikit minyak utk menumis
Cara2nya:
  1. Keluarkan isi sardin - buangkan tulang dan dihancur2kan asingkan sosnya
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bwg putih, bwg besar sehingga wangi dan sedikit layu. Kemudian masukkan buah tomato dan capsicum dan dikacau rata.
  3. Masukkan sardin bersama sosnya dan dikacau rata, kemudian rasakan dgn sedikit garam dan masukkan jus limau - kacau rata dan tutup api. Biarkan ia sejuk sebentar
Bahan lain (sampingan)
  • Roti keping secukupnya
  • serbuk roti warna oren secukupnya
  • sedikit tepung dibancuh dgn sedikit air (jd paste/sebagai pelekat)
  • 2 biji putih telur dikocak sedikit
  • minyak penuh utk menggoreng
Cara menyediakan:
  1. Mula2 gelekkan beberapa keping roti, ratakan inti sardin dan gulung kemudian gamkan dgn paste, ketepikan dahulu - buat sehingga inti habis.
  2. Kemudian golek2kan roti yg telah digulung td didlm putih telur dan golek2kan pula di dlm serbuk roti -buat sehingga habis.
  3. Masukkan didlm bekas dan simpan di dlm peti sejuk, pastu bolehlah digoreng sehingga kekuningan.
  4. Hidangan bersama2 sos cili, sesuai utk sarapan pg dan bekalan anak2 sekolah.

Resepi Kuih Sagu (Bronok)

Bahan-bahan: ( Loyang 22 cm )
  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah (zana buh sirap rose)
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose (x perlu buh lae)

Cara-cara:
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.
Kuih Talam Pisang
(sumber: TryMasak)

Bahan2nya:
  •  Pisang (1 sikat) – dlm 8 biji
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn gula merah (zana guna gula melaka)
  • 1 butir telur
  • ½ cwn kelapa parut (kelapa yg buat inti tuu...)
  • 1 cwn santan 
  • sedikit  garam

 Cara membuatnya:
  1. Lenyek pisang hingga hancur dan gaulkan dengan gula merah.
  2. Apabila sebati, masukkan pula kelapa parut, diikuti dengan telur dan sedikit garam. Gaul hingga semua bahan sebati dan masukkan tepung gandum.
  3. Setelah adunan sebati, sapukan sedikit minyak kepada loyang supaya kuih tidak melekat.
  4. Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam loyang tersebut, ratakan dan kukus hingga adunan sedikit masak.
  5. Sementara itu, gaul santan bersama sedikit garam dan 2 sudu tepung gandum. Gaul sebati dan pastikan tepung tidak berketul.
  6. Apabila adunan masak, tuangkan campuran santan tadi ke atasnya. Kukus lagi hingga masak dan kuih talam pisang sedia untuk dihidang.









Khamis, Januari 26, 2012

Talam Pandan Kacang Merah

Assalamualaikum.. & salam sejahtera pd rakan2 yg berkunjung ke villa zana nie.. beberapa minggu nie..mmg agak sibuk sehinggalah CNY so... masa utk berblog amat terbatas, jadi hari ni zana mengambil kesempatan utk mengupdatenya jugak..bila dah agak lama x berupdate jadi rasa malas pun melandalahkan hehehe... : P. Ok! jom layan resepi kuih talam nie.. resepinya zana ambil dari pakar kuih talam kita.. x lain lagi mestilah Pn Yatie ., rasanya dah beberapa org yg mencubanya dan sememangnya sedap. Kita semak resepiya pulak k! zana cnp jer dari dapur yatie..tq
Talam Pandan Kacang Merah
sumber : Yatie
Bahan Utk Lapisan Bawah (Loyang 10"x10"x2"@3")

  • 1 1/2 cwn kacang merah*- yg telah direbus empuk
  • 1 cwn air*(* di kisar bersama)
  • 1 1/2 cwn tepung beras
  • 2 cwn santan sederhana pekat
  • 2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)/tpng jagung
  • 1 cwn gula halus
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna merah
Caranya:
  1. Kisar kacang merah yg telah di rebus bersama 1 cwn air. Biarkan ketepi.
  2. Dalam bekas lain masukkan tepung beras, tpng hoen kwee/tpng jagung, gula, garam bersama santan. Bancuh semua bahan dan tapis.
  3. Masukkan kacang merah yg di kisar tadi dan gaul sebati. Masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana saja- tutup api.
  4. Panaskan pengukus. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu minyak di kelilingnya.
  5. Tuangkan adunan tadi dan kukus selama 25 minit.
  6. Sementara itu, buat utk adunan lapisan atas.
Bahan Utk Lapisan Atas
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cwn gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air (kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan)
  • secubit garam
  • pewarna hijau
Caranya:
  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana je.
  2. Tuangkan adunan ke atas lapisan kacang merah tadi.
  3. Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air bertakung di permukaan kuih. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air.Selepas tu, cakar2 sikit guna garpu barulah tuangkan adunan warna hijau.
  4. Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana saja.
  5. Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dngn api yg belum di tutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
  6. Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.