Selasa, Jun 01, 2010

Banana Cupcakes....


Menu minum ptg ari Sabtu lepas....siap leh bawak kg lagi buat mak....tkasih buat kakwan.

Banana cupcakes
(Sumber :
resipi citarasawan)

Bahan-bahan:
  • 225gm tepung gandum
  • 112gm mentega
  • 112 gm gula kastor
  • 125 ml susu segar
  • 1 tbsp cuka makan
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
  • 1 cawan pisang lecek

Hiasan Crumble :

  • 50gm tpg gandum
  • 20gm gula kastor
  • 20gm mentega(gaul semua bahan dengan hujung jari menjadi serbuk roti)

Cara-cara membuatnya:

  1. Satukan susu segar dan cuka makan. Kacau rata dan ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan pisang lecek di ikuti campuran susu segar dan cuka.
  3. Masukkan tepung gandum dan soda bikabonat. Gaul adunan hingga rata.
  4. Sudukan ke dalam acuan cupcake 3/4 penuh, taburkan dengan crumble dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga kekuningan.

1 ulasan:

  1. crumb tu lepas kuar oven rangup jek kan..sedap nih

    BalasPadam