Khamis, Jun 30, 2011

Ikan Masak Tiga Rasa ~ Versi II


Assalamualaikum dan salam sejahtera bersua lagi di sini setelah beberapa hari menyepikan diri ini. Bukan x de..n3..tp kan!kan!kan!!! virus 'M' dah melanda.. aduh!!! pegi2 kau... dari sini!!! hehehe.... :D Rasanya dah banyak zana n3kan resepi ikan 3 rasa ni.. cuma kali nie versi lain sikit jer ... :))
Baru2 nie hubby balik dari Sabah (p mancing ~ seminggu 2) balik2 bawalah ikan besa2 tu.. setelah dibagi2kan dgn kwn2nya... ade yg dpt pale/badan & ekor, ade ikan kerapu, ikan kacang & ikan siakap.. tah ikan ape lg..x tau ape ke namenya... hehehe... oklah! Jom layan ^__^

Ikan Masak Tiga Rasa

(sumber: zanavilla)

Bahan2nya:

  • 2 potong ikan Barracuda/ikan kacang (ikan ni besar~kita potong 4)
  • 1 labu bwg besar dipotong dadu
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 1" halia dihiris halus
  • 1 helai daun pandan
  • 6 biji cili padi dipotong bulat (buh lebih kalau nak pedas)
  • 1 biji tomato didadu
  • 1/4 biji lada banggala merah didadu
  • setangkai daun ketumbar dihiris
  • sos tomato/sos cili secukupnya
  • 2 sudu makan sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit air
  • hirisan daun bwg/ketumbar utk hiasan

Cara2nya:

1. Ikan dilumur dgn sedikit serbuk kunyit dan garam ~ goreng separuh masak dan ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak ~ tumiskan bwg putih, halia dan bwg besar sehingga wangi dan layu. Kemudian masukkan buah tomato, daun pandan, lada banggala dan cili padi ~ dikacau rata. (jika suka boleh tambahkan dgn potongan nanas dadu)

3. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram secukupnya dan tambahkan dgn sedikit air ~ kacau lg sehingga sebati.

4. Taburkan sedikit daun ketumbar, rasakan dgn sedikit garam dan gula. Barulah masukkan ikan dan digaul rata. Tutupkan apinya dan bolehlah dihidangkan.

*p/s : kenapalah google ni.. x boleh save... bad request (eeeee...ari ni baru blh save)

Ahad, Jun 26, 2011

Bebola Donut DJ


Buat donut nie utk minum petang... dah banyak kali zana entrykan resepi donut kat sini tp kali nie zana buat donut ni ikut resepi DJ pulak... teruja utk membuatnya adunannya agak lembut sedikit tp hasilnya sungguh memuaskan tkasih Dayang kerana sudi share resepi donut nie ya.. zana cnp ajelah! :D ....
Bebola Donut DJ
(Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang)
Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)
Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.
*p/s: zana guna 2 adunan kat atas tu....malas nak bulat2kan kite terap aje!!

Kerang Merah Ala Thai...


Assalamualaikum...n selamat petang pd rakan2 yg sudi berkunjung ke villa ini dan bersua lagi... Hari ini zana tak kemana2 pun memandangkan hujan beserta guruh di luar sana, gelap dan dingin aje di sini.. rasanya dah dua hari tak hujan. Nak layan mata kejap kat sini.. jomlah! tengok2 menu yg zana sediakan utk makan t/hari td... antaranya ialah.....
Kerang Merah Ala Thai..
(sumber: K.Nor /CMG )
(resepi asal dari Majalah Jelita)

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 kg kerang, rebus, ambik isinya (mat guna isi kerang = 1 cawan penuh)
  • 3 ulas bawang putih, tumbuk halus
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat
  • 1 camca besar cili kisar
  • 2 camca besar sos tiram
  • 3 camca besar sos tomato
  • 2 camca besar sos ikan (atau secukup rasa/zana letak)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Hirisan daun ketumbar, tinggal kan sedikit untuk hiasan
  • Hirisan cili, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minya, tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos ikan, kacau rata.
  2. Masukkan isi kerang bersama bawang besar, kacau dan letak gula secukup rasa. Tambah sedikit air. Masukkan hirisan daun ketumbar dan gaul rata. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar yang diasingkan tadi bersama cili hiris. Hidangkan panas.....

Sabtu, Jun 25, 2011

Nasi Ayam Berempah


Salam n salam sejahtera dan selamat berhujung minggu...,hari nie masa utk bersama anak2 setelah lima hari bekerja di pejabatkan? tadi pagi zana terfikir2 nak masak ape.. blankkk!!! bukak/tutup peti sejuk x tau nak masak ape? yg ade dlm peti tu cuma ayam!!!! jadi zana pun malas nak pikir2 panjang terus buat nasik ayam, kali ni zana buat yg berempah pulak...kalau ayam goreng berempah ni memang fav.. anak2ku... tengoklah dia makan!! sedap aje... ^_^ :D .....
Nasi Ayam Berempah
(sumber: zanavilla)
Bahan2 utk nasi:
  • +-600gm beras basmathi + wangi
  • 2"halia*
  • 5 ulas bwg putih*} ditumbuk halus
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 kiub ayam maggi + air rebusan ayam
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak + sesudu margerin utk tumisan
Bahan utk sop & ayam berempah
  • 1 ekor ayam dipotong 4 (zana ambil 3/4 bhgn ajer)
  • 1 bunjut rempah sop
  • air secukupnya menutupi ayam
  • garam secukup rasa
  • 4 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1" halia*} ditumbuk halus
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • Minyak utk goreng terendam
Bahan utk sos
  • 6 biji cili merah
  • 5 ulas bwg putih
  • 1 sdt gula pasir
  • 1 sdm sos tomato
  • secubit garam
  • 2 sdm jus limau kasturi
  • sedikit air masak
Bahan sampingan:
  • hirisan timun, salat dan tomato
  • sedikit hirisan daun sadri dan bwg
Cara2 penyediaan:
1. Masukkan ayam dan air menuputi keseluruhan ayam kedalam periuk dan masukkan sop bunjut adabi, kemudian rebus sehingga mendidih.
2. Ayam yg telah empuk dikeluarkan ~ kemudian ketepikan.
3. Ambil bahan2 yg telah ditumbuk dan rempah kari juga sedikit garam ~ gaulkan bersama2 ayam kemudian perapkan selama 20 min.
4. Sementara itu, cuci beras terlebih dahulu... Panaskan minyak + marjerin dlm periuk letrik (atas api gas), tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan masuk daun pandan ~ dikacau rata dan tambahkan sedikit air rebusan, barulah masukkan beras~ kacau rata
5. Alihkan periuk kedlm bekas letrik dan masukkan air sama banyak dgn beras dan tekan on. Biarkan sehingga nasi masak.
6. Ambil ayam yg telah diperap tadi dan goreng dlm minyak panas sehingga masak (tak perlu lama sbb ayam tu telah direbus td, cukuplah nampak sedikit kekuningan)
7. Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama dgn timun, daun salat dan tomato. Siap!! jemputlah....


Jumaat, Jun 24, 2011

Sup Ikan Berempah


Assalamualaikum.. dan bersua lagi... di ptg hari jumaat ni. Sekejap aje dah hari jumaatkan!Dah makan t/hari ke belum? t/hari nie zana makan kue tiau goreng je kat kedai Thailand tu.. naik jemu pulak makan nasi goreng kat situ. Kat area zana keje ni mmg susah nak cari kedai makan! yg ade cume kedai mamak dan kedai thai , selebihnya restoran2 `Cha' nie... tension2. Oklah! cite pasal masak lak ek! hehehe.... pagi tadi zana masak sup ajer utk anak2 makan bila pulang dari sekolah nanti. Cerita pasal sup2 nie kan!, zana mmg belum pernah cuba lagi buat jenis sup berempah., mcm ni, kira first timelah... itu pun sebab rempahnya dah ade, dibeli oleh kakak semasa melawat ke Kebun Nasuha (yg kaya dgn rempah ratusnya atau lebih popular lagi dgn panggilan Rempah Mak Siti) kat Muar. Dulu pernahlah rasa sup yg berempah macam gini.. kat kedai mamak Di Restoran Padang Kota tp "sup kambing" dimakan pula dgn roti perancis. Oklah! kita tengok resepinya.

Sup Ikan Berempah
(sumber: zanavilla)
Bahan2nya:
  • Beberapa potong ikan merah yg telah dibersihkan
  • 5 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1/2" halia*} ditumbuk halus
  • 1 paket kecil rempah sup ikan mak siti ~ digaul dgn sedikit air sehingga menjadi pes
  • sebiji kentang dipotong dadu
  • 1/2 biji lobak merah dipotong dadu
  • 3-4 cwn air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak utk tumisan
  • Daun sadri/bwg dihiris kasar
Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak ~ tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan masukkan rempah sup ~ dikacau sebati, masukkan sedikit air dan biarkan merenih.
2. Masukkan ikan dan kacau sedikit, kemudian masukkan air diikuti kentang dan labak merah.
3. Rasakan dgn sedikit garam, bila mendidih.. taburkan dengan hirisan daun sadri dan bwg.. tutupkan api ~ bolehlah dihidangkan.

Rabu, Jun 22, 2011

Kuih Kaswi Gandum


Salam dan salam sejahtera... hai!! bersua kembali... kuih2 oh! kuih!!! kuih kegemaranku. Jalan2 kerumah teman2 blogger seperti izah muffin, yatiememories, mas n banyak lg.. akhirnya aku tergoda... Lama jugak zana x buat kuih nie.. abis mlm td zana buat juga, nak buatnya pun mudah aje. Kuih ni buat sarapan pagi anak2 tadi... sedapnya... tq kak liza.

Kuih Kaswi Gandum
(sumber: kak liza)

Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan (sbgi tambahan jer)

Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
1 sudu kecil kapur kueh [optional]
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara Membuatnya:
1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang-zana guna loyang 9"dia
]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Kukus sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga kuih sejuk baru boleh dipotong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.


Selasa, Jun 21, 2011

Sambal Goreng MIL..


Salam...jumpa lagi... t/hari nie zana nak n3kan pulak resepi sambal goreng MIL. Sambal nie memang zana dan anak2 cari setiap kali kerumah mentua...mmg special sekali, makan dgn nasik kosong aje dah memadai.. kalau kat rmh zana...pulak anak2 panggil sambal menantu wo.. tpkan..kan!!! walau macamna pun kita masak takkan sama mcm mak masakkan?!!! ^-^ :D .... yg kita buat nie...pon seakan2 sama gitu.. kita tengok cara2 buat & bahan2nya then kita wat sendirik!... tapikan.. tak laratlah nak ikut cara mentua buat rencahnya tu...!!! sebab bahan2nya.. seperti cili kering, bwg, belacan semuanya ditumbuk atau digiling aje... kalau tengok resepinya sama seperti sambal tumis biasa...mungkin perbezaan caranya kot.... sambal nie zana buat dlm kuantiti yg banyak utk bekalan hubby ke sabah...
Sambal Goreng MIL...
(sumber: zanavilla)
Bahan2nya:
  • 250gm ikan bilis ~ dibuang kepala/taik dan belah 2
  • 2 labu bwg besar dibelah 6 bhgn
  • 10 biji bwg merah*
  • 4 ulas bwg putih*
  • 2" belacan*] ditumbuk halus
  • semangkuk cili kisar
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • semangkuk kecil minyak kelapa (zana buat sendiri) baunya harum bila menumis emm..
Cara2nya:
1. Panaskan minyak kelapa ~ tumiskan bahan tumbuk sampai wangi kemudian masukkan bwg besar dan ikan bilis. Kacau rata dan biarkan sehingga ikan bwg besar nampak layu dan ikan bilis sedikit garing.
2. Dengan menggunakan sudip.. ketepikan ikan bilis dan bwg, biarkan kosong di tengah2 kuali tu dan masukkan cili kisar, jika nampak kering tambahkan dgn sedikit minyak. ~ kacau rata.
3. Apabila cili nampak masak, masukkan pes asam jawa dan rasakan dgn sedikit gula. Jika perlu bolehlah tambahkan sedikit garam. (zana x ubuh sbb biasanya ikan bilis tu dah masin)
4. Tutupkan apinya bila sambalnya agak kering. Hidangkan dgn nasik kosong atau boleh dimakan bersama roti. Rasa mcm nasik lemak pun ye...
**ps ~ guna minyak masak biasa pun x pe.. tp lagi sedap jika guna minyak kelapa...cubalah!

Bun Coklat Berinti Krim Coklat


Assalamualikum dan salam sejahatera... bersua kembali, nampaknya 2 atau 3 hari sekali baru nak update blog ni.. org dah jauh kedepan zana masih ketinggalan. Nak ikutkan sepatutnya dah banyak entry2 yg zana masukkan di blog ini.., tapi masa x mengizinkan utk zana berblog selalu.. Oklah! hari nie zana nak n3kan resepi bun coklat berinti krim, yg zana buat seminggu yg lalu... hehehe....dah jadi baja pun.... :D utk resepinya krimnya leh tengok
kat sini . Resepi utk bunnya pulak zana c&p aje dari MyR. Tkasih pd tuan empunya resepi tu...

BUN COKLAT BERINTI KRIM COKLAT (MyR-ROSJINTANMANIS)

Bahan-bahan ( dapat dalam 12 biji bun kecil )

Ø 200 gram tepung roti/ highprotein flour

Ø 50 gram tepung gandum

Ø 1 sudu kecil yis

Ø 2 sudu besar marjerin/butter

Ø 2 sudu besar susu tepung/skim milk

Ø 2 sudu besar gula

Ø 1 biji telur (3/4 biji dimasukkan dalam adunan, bakinya akan digunakan untuk gliss pada permukaan bun nanti

Ø 120ml susu segar atau air suam

Ø 1 sudu kecil bread softner/bread improver ( optional)

Ø 2 sudu besar serbuk koko

*untuk inti*

Ø sedikit krim coklat yang sapu kt roti tu, tak kisah lah jenama ape, nuttella ke van houten ke.

cara-cara

1. Kalau ade BM ( bread maker) boleh masukkan semua bahan kecuali bahan inti dan Pilih menu Dough dan tekan ON. Kalau takde BM boleh ikut cara di bawah.

2. campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli doh biar betul-betul lembut, uli dengan tangan lebih kurang 8 hingga 10 minit.

3. kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh, keluarkan angin dan uli semula doh, kemudian bahagikan pada 12 bahagian kecil dan isikan doh dengan 1 sudu kecil krim coklat, susun atas dulang pembkar dan biarkan naik dua kali ganda.

5. Sebelum dibakar gils permukaan doh dengan baki telur tadi, dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan, anak anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

6. Kalau taknak masukkan inti pun boleh juga, atau boleh campurkan sedikit coklat cip dalam adunan. Ikutlah selera masing-masing.


Sabtu, Jun 18, 2011

Sambal Telur Bersos Nanas


Assalamualaikum n salam sejahtera, bersua lagi di hujung minggu. Pejam celik2 dah pun hari sabtu, ini bermakna dah seminggu anak2 bersekolah...setelah 2 minggu bercuti. Minggu cuti sekolah ari tu mmg x sempat2 nak update blog ni.., lebih2 lagi abang zana buat kerja kawin anaknya...kite pun ikut sibuk jugak! tolong buatkan serba sikit persiapan untuknya. Oh ya berceritakan tentang majlis kawin ari tu.. mmg banyaklah telur yg berlebihan oleh sebab ramai mak2 sedara yg bawa dan beri bunga telur paha, yg x paha pun ade...hehehe... jadi yg berlebihan tu kita bagi2lah. Oklah! panjang pulak cerita zana ni ye.. ape2pun tkasihlah pd yg sudi membaca ngomel zana ni... jom layan resepi sambal telur yg sempoi ni jer!!! rasanya ala2 sweetsour gitu... ^~^ hehek!!! eee.... tenet nie pun lambat mcm kura2 nak uplode gambar pun terkial2... layan2....
Sambal Telur Bersos Nanas
(sumber: zanavilla)
Bahan2nya:
  • 10 biji telur yg siap direbus
  • 1 labu bwg besar dihiris bulat
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 2 biji cili merah*
  • 1 biji cili hijau*} ditumbuk halus
  • 3 sudu makan sos cili nanas (keluaran Aza Pine)
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
Cara2nya:

1. Telur dikupas kulit dan digoreng sehingga berkulit ~ ketepikan
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bahan tumbuk sehingga wangi, masukkan
hirisan bawang besar dan dikacau rata.
3. Masukkan sos cili nanas, sos tomata dan sos tiram dikacau sebati ~ rasakan dgn sedikit garam dan gula ~ jika perlu tambahkan sedikit air.
4. Kemudian barulah masukkan telur yg telah digoreng td dan gaul rata, tutupkan api dan bolehlah dihidangkan.

Ahad, Jun 12, 2011

Udang Goreng Butter ~ Simple Aje


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu... hujung minggu yg sungguh membizikan. Sana sini org buat kerja kawin termasuklah keluarga sebelah zana... pernikahan dan berlangsungnya perkahwin anak saudara zana di Cyberjaya semalam. Oklah! hari nie zana nak entrykan menu udang goreng butter yg mudah ajer, sebagai tambahan buat makan mlm hari jumaat ari tu.., sesekali makan memang sedap tapi awas!!!! kolestrol tinggi.... hehehe... :D
Udang Goreng Butter
(sumber: olahan sendiri)
Bahan2nya:
  • 10 ekor udang kertas ~ dicuci bersih (gaul bersama kunyit dan sedikit gula)
  • 1 labu bwg besar dipotong dadu
  • 1/4 biji lada benggala hijau ~ dipotong dadu
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 biji telur dikocak dulu
  • 3 sudu makan margerin/butter
  • sedikit serbuk lada hitam & lada putih
Cara2 membuatnya:
1. Panaskan sedikit minyak dan butter ke dlm non stick kuali ~ tumis bwg putih, bwg besar dan daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan digoreng sehingga kemerahan dan masukkan lada benggala dan digul sebati.
3. Masukkan telur sedikit-sedikit dan dikacau cepat2 sehingga nampak bersarang (tp zana buat x menjadi pun!! tension2)
4. Akhir sekali renjis2kan dengan sedikit serbuk lada hitam/putih dan dikacau sebati, tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Jumaat, Jun 10, 2011

Jambangan bunga dari Kak Ummi dan Sue


Salam hari Jumaat pd semua rakan2 yg sudi berkunjung di villa zana nie..dlm diam2 aje dah lebih seminggu zana x update blog ni... dan hari ini zana nak n3kan jambangan bunga dan kuntuman bunga biru yg zana kutip dari blog cik kak berdua nie.. tkasih kerana sudi memberinya dan sekalung tahniah dari zana kerana dah mempunyai ribuan follower.

Khamis, Jun 02, 2011

Bun Lembut & Butterscotch Sauce


Salam dan selamat pagi pd rakan2 blogger yg berkunjung kesini.. bersua lagi di pagi hari khamis nie... Hari zana nak n3kan Bun lembut bersama sos butterscotch yg zana buat malam tadi utk anak2 di rumah. Resepinya dah lama zana perap...barulah nie mencubanya. mmg sedap dan gebu aje bun lembut nie dimakan pula bersama butterscotch sedappnyer!! tkasih pd Ros Jintanmanis & Izah Muffin.. dgn resepinya..nanti leh buat lagi...insya`allah.
Bun Lembut
(resepi: RosJintanmanis)
Bahan2 utk Dough:
  • 300gm tepung roti
  • 80gm tepung gandum
  • 2 sudu besar water roux (kite guna bread improved)
  • 1 biji telur (tinggalkan sedikit utk gliss)
  • 1 1/2 besar margerin
  • 2 sudu besar gula
  • 1/3 st garam
  • 2 st yis
  • 160ml air suam
Utk gliss:
  • lebihan telur +
  • 2 sudu besar susu (kite buh susu fresh)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap diuli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.

5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.

ButterScotch Sauce
(sumber: Izah Muffin... resepi: cook.com)
Bahan2nya:
  • 1/2 cwn brown sugar
  • 1/2 cwn gula pasir (zana buh 1/4cwn jer tu pun dah manis)
  • 1/2 cwn air
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1/4 cwn tepung (zana buh 3 sb tpg jagung)
  • 1/2 cwn butter
  • secubit garam (optional)
Cara Penyediaan:
1. Satukan brown sugar, gula pasir, tepung dan air dlm periuk non stick ~ gaul sebati dan masak di atas api sederhana sehingga gula hancur.
2. Tambahkan esen vanilla dan butter ~ kacau sehingga butter cair dan sedikit pekat.
3. Sejukkan dan bolehlah dimakan dgn roti kosong.
Seedapp!!

Rabu, Jun 01, 2011

Serimuka Mangga


Serimuka Mangga....nie menu sarapan pagi zana semalam..jom layan resepi dah ade kat SINI cuma zana gantikan dgn puri buah mangga.. :D
Serimuka Mangga

Bahan Lapisan Bawah:
  • 2 1/2 cwn santan cair + sedikit garam
  • 2 cwn pulut - direndam selama 3 jam

Cara Membuatnya:

  1. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukus hingga pulut masak.
  2. Minyakkan sedikit loyang lain dan tekankan pulut yg telah masak tadi.
  3. Kukus semula dan tuangkan adunan lapisan atas.

Bahan Lapisan Atas:

  • 2 cwn santan pekat
  • 1/2 cwn puri buah mangga (1biji)
  • 3 sudu makan gula perang
  • 3 sudu makan tepung gandum}
  • 3 sudu makan tepung jagung} diayak
  • 1 1/2 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • sedikit pewarna kuning telur

Cara Membuatnya:

  1. Satukan santan, gula perang dan mangga dalam pengisar ~ kisar sehingga sebati
  2. Tuangkan bancuhan ini kedalam mangkuk. Masukkan tepung gandum dan jagung ~ gaul hingga rata.
  3. Kemudian masukkan gula pasir, sedikit garam dan beberapa titik pewarna ~ kacau hingga adunan sebati/rata.
  4. Panaskan adunan ini dalam kuali non stick sebentar.
  5. Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 30 min.
  6. Apabila telah masak, sejukkan selama 3-4 jam dan barulah dipotong.

N3ku Di malam Hari...Upside Down Pizza...


Assalammualaikum...n selamat malam semua... bersua lg kite.. Pejam celik2 dah pun masuk bulan Jun sekejap aje masa berlalu silih berganti. Musim cuti sekolah adalah musim orang kawin, sana sini buat kenduri, hampir setiap minggu...Oppps cukup! n3 zana mlm nie ialah menu yg dah terlepas buat hari sabtu ari tu.. resepinya zana amik kat rumah sariyusa..tengok menarik aje, so..kena cubalah!

Upside-Down Pizza
(sumber: Sariyusa , resepi: Tun Telani)

Dough

2 biji telur
1 cawan fresh milk
1 cawan tepung gandum
1 sb minyak (saya guna minyak zaitun)
1/2 sk garam
- gaul sebati (saya guna hand whisk) semua bahan.
- sedia untuk diguna
Inti
100gm daging cincang
4 -5 batang sosej- hiris (lagi banyak lagi sedap)
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus (saya cincang jer)
2 sb tomato puree (saya letak 100gm/1 tin kecil)
1 sb oregano (saya tambah ¼ biji lada benggala hijau didadu)
garam secukup rasa.

Cara2nya:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
2. Masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak (boleh ganti dengan daging cincang)
3. Masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree ~ masak sekejap dan masukkan lada benggala
4. Gaulkan oregano dan perasakan dgn sedikit garam. (jika suka boleh tambah bahan-bahan lain seperti sayur campur )
5. Taburan Keju cheddar secukupnya
Cara Penyediaan:

Panaskan oven 180 degree . Letakkan inti dalam Loyang 9"dia, tabur cheese atas filling. Curahkan adunan 'dough' kat atas. Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.(saya bakar 30 minit) Biarkan selama 5 minit sebelum dipotong dan hidangkan.