Salam Pagi hari Jumaat~penghulu segala hari...bertemu lagi., pg nie zana masak "Sop Ikan Merah" lawan dgn sambal ikan bilis..dah cukup utk anak2 makan t/hari nanti. Oklah! zana letakkan resepinya jugak buat rujukan anak2ku masa akan dtg.
Sop Ikan Merah
Bahan2nya:
- 3 potong ikan merah~dicuci bersih
- 3 biji bwg merah*
- 2 biji bwg putih*
- 2cm halia*] ditumbuk halus
- 1 kuntum bunga lawang
- 1" kayu manis
- 2 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
- 1 biji rempah bunjut adabi
- 1 btg lobak merah ~ dipotong dadu
- 1 biji kentang ~ dipotong dadu
- sedikit hirisan daun sop n bwg
- 3 cwn air
- garam secukup rasa
Cara2nya:
- Panaskan minyak dlm periuk ~ tumis bhn rempah (bunga lawang, cengkih, buah pelaga & kayu manis ) n masukkan bhn tumbuk ~ kacau sehingga naik bau/wangi.
- Masukkan sedikit air ~ biarkan merenih dan masukkan pula ikan, biarkan sekejap kemudian bolehlah masukkan lebihan air tadi dan masukkan sekali rempah bunjut.
- Selepas tu...masukkan kentang dan lobak merah ~ masak sehingga mendidih dan rasakan dgn sedikit garam. (tengok sehingga kentang n lobak merah betul2 empuk, barulah tutupkan apinya.
- Akhir sekali taburkan hirisan daun bwg n sop ~ bolehlah dihidangkan...
salam kak zana,,wah ngesop ye lunch ni...sedap tu...mintak semamngkuk jadik lah yer.....hik hik ..segan lah pulak..
BalasPadamsalam kak zanarose,
BalasPadamsedapnya sup... teringin nak beli ikan buat sup.