Selasa, Jun 29, 2010

Apam Pisang....


Salam .... apam ini pula, zana buat utk sarapan pagi tadi...juga buat bekalan anak2 ke sekolah...abih cito...

Apam Pisang
(sumber: CMG)

Bahan-Bahannya :

  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
  • 2 biji telur gred A
  • 100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
  • 1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
  • 4 biji pisang emas, sederhana besar*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya :-)

  1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.
  3. Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..

p/s*** zana buat 2 adunan ~ guna loyang 8" (makan mcm tu aje..x taruk kelapa)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan