Selasa, Jun 01, 2010

Omellet & Kacang Panggang


Salam semua...jom tengok menu sarapan pagi yg zana buat utk anak2. Dah lama nak buat tp baru la..nielah dapat zana tunaikan hihihi!!! jom makan......

Omellet & Kacang Panggang
(sumber resepi: sendiri)
Bahan2nya:
  • 3 butir telur dikocak sedikit]
  • 60 ml fresh milk] + dan dikacau sebati
  • sedikit garam dan gula
  • 2 kuntum brokoli dihiris-hiris nipis
  • 2" lobak merah dihiris halus
  • 4 biji tomato ceri dipotong bulat
  • 1 labu bawang besar dihiris halus/nipis
  • 4 ketul roti burger
  • beberapa helai daun salat

Cara membuatnya:

  1. Panaskan sedikit minyak ~ tumis bawang besar sehingga layu
  2. Masukkan brokoli dan lobak merah dan dikacau rata, kemudian masukkan hirisan tomato ceri dan dikacau lagi
  3. Setelah itu bolehlah masukkan telur dan susu yg telah dikocak dan barulah dikacau sehingga sebati, rasakan dgn sedikit garam dan gula.
  4. Apabila masak bolehlah dihidangkan bersama kacang panggang~ omellet ini boleh juga dimakan bersama roti juga sos cili.

2 ulasan:

  1. Sedapnye brekpas tuh kak!!! :D

    BalasPadam
  2. Salam Zana..terima kasih atas ucapan dan doa buat Akak ya!....Amin...maaf tak sempat nak menjenguk terlebih awal...ni pun sambil2...sekali lagi maaf ya...ada juadah lebih ke ....untuk brunch ni!

    BalasPadam