Jumaat, Mei 28, 2010

Murtabak Mee Segera...



Assalamualaikum, salam ptg Jumaat n salam sejahtera...bertemu lagi utk hari nie...hari cuti....x kemana-mana....duduk mengadap lappy aje ler!!! jawapnye, jln2 kat blog rakan2 cari makan hihihi!!!! Oklah! petang semalam.., balik kerja zana buat "Murtabak Mee Segera" nie... teringin nak makan...tergoda tengok kat rmh MamaHawa n rmh Hana. Oleh itu zana kena buatlah jugak...teringat masa zaman remaja dulu selalu gak buat sbb malas nak masak...kite buat yg mudah aje.
Bahan2nya:
  • 1 paket mee segera
  • 2 biji telur
  • 1 paket perencah ayam
  • 2 biji bwg merah]
  • 1 biji bwg putih] dihiris halus
  • 3 sb sayur campur
  • 3 sb daging cincang
  • sedikit hirisan daun bwg n sadri

Cara membuatnya:

  1. Rebuskan mee maggie sehingga kembang dan toskan airnya. Letak ketepi dahulu
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan hirisan bwg sehingga wangi dan masukkan daging cincang bersama2 sayur campur dan digaul sebati sehingga agak kering.
  3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk bersama perisa maggie dan pukul hingga sebati.
  4. Masukkan bahan tumisan td, daun sup, daun bawang, mee maggie yg sudah direbus tadi dan gaul hingga sebati.
  5. Panaskan sedikit minyak, tuang adunan dan gorengkan sehingga masak di dalam non-stick pan seperti membuat telur dadar.

1 ulasan: