Ahad, Disember 06, 2009

Puding Roti & Epal


Puding nie.., zana buat untuk minum petang..rasanya sedap dan ade ump..resepinya ade dalam simpanan dan sumbernya dari CMG..
Bahan2nya:
  • 10 keping roti dipotong dadu
  • 2 cawan susu segar
  • 1 biji epal hijau (zana guna epal biasa) dipotong dadu
  • 1 biji lemon - parut kulitnya aje (zana guna separuh)

Bahan utk dikacau rata:

  • 135gm gula halus
  • 90 gm margerin dicairkan terlebih dahulu
  • 4 biji telur gred A (guna 3 biji)
  • 2 sk esen vanilla

Bahan utk diayak:

  • 50gm tepung gandum
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 sk cinnamon (zana masukkan sikit aje, sbb x brp suka)

Cara menyediakan:

  1. Satukan roti dan susu segar, gaul rata dan biarkan terendam selama 5 minit.
  2. Masukkan bahan yang dikacau rata dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan bahan yang diayak dan gaul sehingga sebati, akhir sekali masukkan epal dan parutan kulit lemon. Kacau sehingga semua mesra.
  4. Masukkan kedalam acuan yang telah dilenser dgn mentega (zana guna loyang 8")
  5. Bakar dalam oven pada suhu 175`C selama 25 minit (bergantung pd oven msg2)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan