Ahad, Oktober 27, 2013

Gulai Itik

Assalammualaikum...wth,
Selamat bersua kembali dan selamat berhujung minggu pd semua rakan2 sama ada rakan2 blogger/bukan blogger yg singgah ke villa ini, terima kasih kerana sudi berkunjung kedapur zana yg dah lama tak berasap di alam maya ni..eeee...  :P , nampaknya zana ni tenggelam timbul2 jee..lah rasa2 ada masa terluang barulah dapat zana update, itu pun ikut pd mood kalau terlebih rajin  eee....Oklah! hari ni zana nak sharekan resepi ibunda ku Gulai Itik. Sebenarnya daging itik tu zana dah beli semasa balik kekampung Hari Raya Haji ari tu...barulah hari ini dapat dimasak, itu pun sbb my mum ade kat sini, so godek2 resepi darinya lah gamaknyo. Kita semak resepinya..ek!


Gulai Itik

Sumber : Resepi Ibuda
Bahan2nya:

  • Seekor Itik sederhana besar yg telah dibersihkan dan dipotong2
  • Santan dari 2 biji kelapa / 1kg santan pekat
  • 4 batang serai yg diketuk
  • 2" lengkuas - dihiris2
  • 2 peket kecil rempah kari daging babas yg telah dibancuh dgn sedikit air
  • garam & gula secukup rasa
Bahan2 kisar:
  • 20 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 3-4" kunyit hidup
  • 2" halia
  • 2" lengkuas
  • 3 sudu besar kerisik
  • sedikit belacan
Cara2 membuatnya:
1.  Masukkan daging itik kedalam periuk dgn sedikit air dan direbus sehingga empuk dan taburkan sedikit gula.
2.  Setelah empuk masukkan bahan2 kisar, rempah kari, serai dan lengkuas yg dihiris dan kacau sebati..
3.  Apabila kuahnya merenih, masukkan pula santan pekat dan kacau lagi..jaga dan jangan sampai pecah minyak.
4.  Perasakan dengan sedikit garam & gula,, setelah kuah agak pekat dan masak tutup apinya dan bolehlah dihidangkan bersama nasik panas dan ikan masin..wauu.. memang sodap! dapat kuahnya pun dah sodap makan lak dgn lempeng lembut/kelapa.Selamat mencuba...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan