Rabu, Mei 19, 2010

Emping Beras...


"Emping Beras" memang dah lama x makan... teringat masa kecik2 dulu pernahlah makan mak buat...waktu tu musim padi baru dituai, beras barulah katakan..tp kini cuma tinggal tapak sawah aje yg digantikan dgn kebun sayur.. sampaikan anak2 sekarang pun tak kenal macam mana rupa pokok padi kan! ok lah! sebenarnya masa jalan2 kat pekan Alor Gajah 2 minggu lepas, zana terjumpa sebuah kedai yg menjual emping beras nie...masih baru lagi jadi zana pun belilah..balik ke sini barulah zana buat. Memang sedap dimakan ketika emping tu masih panas lagi, sedap juga dimakan dgn susu...macam oat tuuu...nak membuatnya senang aje!
Bahan2nya:
  • 1 paket 200 gm emping beras.
  • 1/2 biji kelapa parut (kelapa tua-yg buat inti tu)
  • 1 ketul gula melaka (seeloknya taruh gula merah)
  • secubit garam

Cara menyediakan:

  1. Emping beras dicelur dgn air panas selama 2 minit ~ tos dan ketepikan.
  2. Gula melaka dihiris2 atau dicincang halus.
  3. Masukkan kelapa parut, gula melaka, garam kedalam emping yg telah dicelur dan gaul sebati dan bolehlah dihidangkan..sedapp!!!

1 ulasan:

  1. Love pun teringin nak makan emping beras kak! ;)

    BalasPadam