Selasa, Februari 23, 2010

Serimuka Jagung...


Salam..kwn2.., jomlah! sarapan pagi dengan kuih "Serimuka Jagung", kuih nie zana buat ptg semalam.., rasa lemak2 gitu, disebabkan ade stok jagung kat rumah jadi zana buatlah! jalan2 kat rmh chef kite kak liza...selongkar kat gobok kak liza, jumpalah resepi nie...he..hek atau pun leh jugak refer kat SINI.
Bahan Lapisan Bawah:
  • 1 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
  • 1 cawan jagung hiris [dlm 2 tongkol]
  • 2 cawan santan cair
  • 1 s/k garam

Cara-caranya:

  1. Kukuskan semua bahan sehingga masak.
  2. Sapukan minyak sikit atau lapikkan pelastik dalam loyang lain saiz 8 x 8 inci.
  3. Tekan pulut dan jagung yang telah masak tadi.
  4. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan Lapisan Atas:

  • 1 cawan santan pekat + jus pandan + warna hijau
  • 4 s/b gula
  • 4 s/b tepung gandum
  • 2 s/b tepung kastad
  • 1 biji telur
  • 1 s/t garam

Cara-caranya:

  1. Gaul rata semua bahan dan tapis.
  2. Masakkan sekejap sekadar naik wap.
  3. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut yg telah dicakar2kan sikit..
  4. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  5. Sejukkan dahulu baru potong.

6 ulasan:

  1. Salam Kak...
    Dah lamanyaaa tak makan kuih² talam@tradisional ni....Tgk kat sini cam sedappppp pula...

    BalasPadam
  2. Mama kalau makan serimuka ni, suka makan topping dia... yummy delicious scrumptious!

    BalasPadam
  3. Salam, sedapnya, petang2 ni tengok Serimuka tu rasa mcm nak balik umah pulak.. huhu

    BalasPadam
  4. m`kmslm..sue@nenei/mamafami/sari yusa...tkasih..,kalau zana pun suka kat topping jugak., sesekali makan mmg sedap!!!

    BalasPadam
  5. Love minat betul kuih seri muka! Klu gi gerai kuih, mesti cari! hehehe...yang with jagung ni first time I see...looks good! nakkkkk ;)

    BalasPadam
  6. hai! love..x berminat ke nak membuatnye.. cubalah! silakan...

    BalasPadam