Sabtu, Februari 06, 2010

Marble Cheese Brownies...


Salam buat kwn2 dan selamat bercuti...menu buat minum ptg..."Marble Cheese Brownies"...belum pun sempat buat minum ptg..kek nye dah tinggal separuh..,mmg sedap dan moist sekali...resepinya dah lama terperap dlm simpanan zana. Smber resepi zana cedok kat rumah (kak rinn fp).. thanks kak.
Bahan-bahan Brownies :
  • 250g butter
  • 1 cwn serbuk koko
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cwn gula castor
  • 1/2 cwn susu cair (zana guna fresh milk)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum * diayak sekali
  • 1 tsp baking powder*
  • 1 tsp soda bikarbonate *
  • 1 tsp esen vanilla

Cara-cara:

  1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
  2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  5. Panaskan oven pada suhu 175ÂșC. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
  6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
  7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:

  • 250g cream cheese
  • 1 cwn gula castor
  • 1 biji telur gred B

Cara-cara:

  1. Pukul cream cheese hingga gebu.
  2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

3 ulasan:

  1. salam kak zana,
    nampak senang resipinya. guna whisk jer kak? tambah ada cheese kat atas nun. fuh, sedapnya!

    BalasPadam
  2. sedapyer kek nie.. x makan lagi dah rase sedap.. almaklumlah saya nie pantang nampak makanan walaupun gambar jer.. aha!~

    Putera Melaka,
    Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
    e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli

    p/s: Miliki buku2 ilmiah karya ikon2 popolar seprti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah & lain2 di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

    BalasPadam
  3. m`kumslm indah...mmg guna whisk ajer..ltk plk cheese kat atas tu mmg sdp..& buat putera mlk..thanks.

    BalasPadam