Selasa, Februari 09, 2010

Kuih koci


Salam kwn2..bertemu kembali..hari ini sebenarnye zana x de idea..nak entrykan ape2 tp disebabkan gambar2 "Kuih Koci" nie ade dlm simpanan x diuploged lagi..so zana entrykan jugak. Kuih nie zana buat 2 minggu lepas, jd kuih2nye dah abislah!!..usah ditanya tau...
Bahan2 inti (A)

  • 1 biji kelapa parut
  • gula merah secukupnya + 1 ketul gula Melaka
  • 10-12 ulas durian dibuang biji
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 1 st tepung jagung - dibancuh dgn 1 sb air

Bahan2 (B)

  • 250 gm tepung pulut
  • secubit garam
  • air secukupnya
  • sedikit pewarna hijau
  • daun pisang secukupnya.

Cara menyediakan:

  1. Masukkan bahan2 (A) kedalam kuali dan dimasak diatas api sederhana, kecuali bancuhan tepung jagung~ dikacau sehingga hampir kering barulah masukkan bancuhan tepung jagung dan dikacau sebati. Apabila masak bolehlah tutup api ~ alihkan kedalam bekas dan biarkan sehingga sejuk.
  2. Utk bahan (B) masukkan tepung pulut + sedikit garam kedlm bekas dan gaulkan dengan air sehingga menjadi adunan yg lembut, bubuhkan sedikit pewarna hijau dan gaul sebati.
  3. Layurkan daun pisang di atas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan
  4. Ambil sekpg daun pisang, ratakan sedikit minyak dan bubuhkan sedikit adunan dan isikan inti.
  5. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan hidangkan.


4 ulasan:

  1. salam zana.
    kalau kat rumah kakchik hanya suami dan ayah yang suka makan. kakchik kurang sikit makan kuih. kuih koci zana nampak sangat cantik

    BalasPadam
  2. Salam Kak,
    mesti wangiiiii je time ngukus koci inti doyan ni..biasa makan koci biasa jeeee...bagus gak sesekali tampah warna n perasa cam ni....

    BalasPadam
  3. m`kumslm kakchik & sue..kuih nie mmg kesukaan akak..nak2 klau mak yg buatkan..hi!hi!!

    BalasPadam
  4. Zana...kuih koci feveret akak...tapi tau beli je...hehehe

    BalasPadam