Isnin, April 04, 2011

Kuih Lapis Pisang

Assalamualaikum....n selamat t/hari...dan terima kasih pd rakan2 blogger yg singgah di teratak ini, bersua lagi setelah hampir 3 minggu zana x masukkan ape2 entry di sini., disebabkan kerja2 ku yg sangat banyak di opis yg x pernah habis!!!! So t/hari nie zana ambil kesempatan yg sedikit nie utk entrykan menu sarapan pg zana & keluarga hari sabtu lepas...ok! layannnn

Kuih Lapis pisang (loyang 7”x7”)

Sumber: Aneka Talam & kuih lapis Chef Hanieliza

Bahan-Bahannya:-

Bahan A

  • 2 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (saya guna ¾ cwn aje)
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastard/jagung (saya guna tepung kastard)

Bahan B

  • 1 cawan pisang - dilecek
  • 1/4 cawan air

Bahan C

  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna merah

Cara-caranya:-

  1. Campurkan semua bahan A dan kacau sehingga sebati. bahagikan kepada 2 bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata
  3. Campurkan satu bahagian lagi dengan bahan C dan kacau rata
  4. Guna Loyang segi/bulat 7 inci, sapu sedikit minyak.
  5. Tuang hampir 3/4 cawan adunan B (zana sukat guna senduk lauk aje) kukus selama 8 minit
  6. Kemudian tuang 1/3 cawan adunan merah dan kukus selama 8 minit~ulang/habis.

3 ulasan:

  1. As'salam kak zana sdp tu kuih lapis pisang lama juga x buat..nak sikit lehhh warna pun sagat sweet

    BalasPadam
  2. Salam..sedapppppppnya kuih lapis ni...buat minum petang memang syiokkkk abisssss

    BalasPadam
  3. as-salam
    tengok je dah berselera..

    BalasPadam