Khamis, April 28, 2011

Kita Meroti Lagi....


Salam... sebenarnya zana nie... suka mengumpul dan menyimpan resepi2 roti nie dah lama sangat....nak cuba2 membuatnya..tp tau2lah masa tu..kan org x de BM... (x de bibik yg nak mengulinya :). Sekarang nak buat roti senang aje cuma tekan butang On aje.. tunggu hingga siap...mudah ajekan..tinggal lagi...rajin dgn x rajin ajelahkan!!!?? Malam td zana cuba buat roti nie.. ikut resepi ros jintanmanis, yg kaya dgn resepi rotinye.... :D tkasih ros.. mmg lembut sekali rotinya, dah ramai rasanya org mencubanya... akak cnp ajelah dari rmh ros ya tq...

Soft Honey Bun

(sumber: Ros Jintanmanis )

Bahan-bahannye

  • 250gram tepung roti

  • 1 1/2 sudu kecil yis

  • 2 sudu besar marjerin/butter/shortening

  • 1 sudu besar susu tepung

  • 2 sudu besar madu

  • 150ml susu segar atau air suam

  • 2 sudu besar water roux

  • 1/2 sudu kecil garam

  • Water Roux ros buat separuh adunan dari resepi asal.

  • ( resepi asal water roux ni Ros ambil di blog MamaFami`s spicen n splendour) terima kasih ye Mama.

  • 25 gram tepung gandum

  • 125 ml air

Cara2nya-

masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)

Cara-Caranya ( Jika Menggunakan Tangan)- Doh Roti

1. Satukan tepung roti ,marjerin dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah.

2. Kemudian masukkan susu segar, madu, water roux, di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.

CARA LAIN:

1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap.

2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam.

3. Bakar dalam oven pada suhu 180C ke 170C selama 22 – 25 minit. Gliss mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari. Selamat Mencuba.

1 ulasan: