Selasa, April 26, 2011

Cekodok Geragau../ Kari Sardin


Salam dan selamat t/hari...lalalalla!!!! hai!!!! bertemu lagi..macam heppi ajekan? Dah makan t/hari ker!! kite lom sempat lunch lagi..nak n3kan dulu menu sarapan pagi tadi. Lama zana x buatnya, sesekali makan emm..sodap jugak cicah pulak ngan kari sardin..panasss... pehh!!! :-) jemputlah!
Cekodok Udang Geragau
(sumber : zanavilla)
Bahan2nya:
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn udang geragau basah
  • 1 labu bwg besar dihiris (kasar/halus)
  • 2 tangkai daun sadri ~ dihiris kasar
  • 1/2 st serbuk penaik
  • 1/4 st soda bikarbonat
  • 1 st garam
  • air panas secukupnya
Cara2 membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk adunan dan digaul sebati.
  2. Kemudian masukkan air panas sedikit2 sehingga menjadi adunan yg lembut.
  3. Goreng didlm minyak panas sampai kekuningan.
  4. Angkat dan hidangkan bersama kari sardin.
Kari Sardin

Bahan2nya:
  • 1 tin sederhana sardin
  • 5 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih*
  • 1/2" halia*} ditumbuk halus
  • 1 labu bwg besar dipotong 6 bhgn.
  • 1 biji buah tomato dipotong 6 bhgn.
  • 2 biji cili merah dibelah 2 atau 4
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 st jintan manis
  • 3 sb rempah kari ikan
  • garam & asam jawa secukupnya.
Cara2 membuatnya:
  1. Panaskan minyak ~ tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi, masukkan bwg besar, daun kari, tomata dan jintan manis ~ dikacau sebentar
  2. Masukkan rempah kari yg telah dicampur dgn sedikit air & asam jawa. kacau lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan air, diikuti dgn 1 tin sardin dan dikacau sebati ~ masukkan cili merah
  4. Biarkan ia merenih dan rasakan dgn sedikit garam
  5. apabila masak, bolehlah dihidangkan ~ siap!

2 ulasan:

  1. Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Zana,

    Eh2 lama knur tak singgah sini...sihat ke?
    Cekodok geragau, sedap tu...akak suka udg geragau

    BalasPadam