Isnin, April 18, 2011

Baru Nak Belajar....


Assalamualaikum dan salam sejahtera pd semua...hasrat di hati dah lama nak belajar meroti nie, tapi hanya terpendam begitu aje.., tengok sana sini orang sibuk aje meroti, geram jugak tu.... dulu lainlah x de BM......tp bila dah ade BM (simpan aje buat hiasan!! :D) tu yg kena buat jugak! Oklah! jom kita layan ajelah gambar2 nie, rotinya dah abisss dah!!! :) resepinya amik kat MYR. zana cnp aje hihihi!!!

Roti Tuna & Sosej
(sumber: MYR)

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 120ml susu segar

  • 50g telur

  • 300g tepung roti

  • 3 sudu besar gula

  • 1 sudu kecil garam

  • 60g butter

  • 1 sudu kecil dry yeast

  • 1 tin tuna

  • 1/2 labu bwg besar

  • 2 sd makan mayonies

  • 6 btg sosej

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan untuk buat roti ke dalam breadmaker. On kan.. tunggu siap
  2. Bila dah siap, keluarkan angin dan bahagikan kepada 12 bahagian. Bua bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
  3. Buat bentuk panjang lebih kurang 30-35cm dan buat macam bentuk ikatan.
  4. Buatlah silang-silang sampai bertemu kedua-dua hujungnya. Buat sampai habis roti. Biarkan naik 2 kali ganda.
  5. Sapukan roti dengan telur. Campurkan tuna, bawang dan mayonis. Letaklah dibahagian tengah roti.
  6. Ambik sebiji roti. Buat bentuk panjang lebih kurang 30cm.
  7. Pada bahagian hujung, buat leper sebagai tempat penyambung
  8. Kemudian sambungkan pada bahagian hujungnya dan letakkan sosej ditengah2nya.
  9. Biar naik 2 kali ganda. Kemudian sapukan dengan telur
  10. Bakar pada suhu 180C selama 10 minit. Kalau roti belum nampak perang, biarkan dalam oven selama 5-6 minit selepas bakar sebelum dibawa keluar dr oven.
  11. Keluarkan roti dari oven dan sejukkan. Bila nak makan bolehlah letak sos dan mayonis.
  12. Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 10-12 minit

1 ulasan:

  1. salam, kak zana.. ni bunga2nya, tak lama byklah roti2 kat umah ni kan... hehehe

    BalasPadam