Khamis, April 14, 2011

Ayam Penyet Omakden....


Assalamualaikum semua & salam sejahtera...hari nie, zana keudara lagi di alam maya ini...bertemu dgn rakan2 blogger yg sudi mengunjungi blog ni..terima kasih. Hari ni, zana nak n3kan menu yg mudah tuk buat ayam penyet..resepi dah tentu dari ibuda tercinta yg dibuat khas utk anak2nya...saaayangggg!!!! omak....
Ayam Penyet Omakden
(sumber: Ibunda)
Bahan2nya:
  • Seekor ayam dipotong 4 bahagian dan dicuci bersih
  • serbuk kunyit + garam secukup rasa
  • sekotak santan pekat 250gm (santan kara)
  • daun pisang secukupnya
Cara menyediakan:
  1. Gaulkan ayam bersama dengan serbuk kunyit dan garam ~ perapkan semalaman di dalam peti sejuk.
  2. Keluarkan ayam dan gaulkan dgn santan pekat dan sedia utk dibakar.
  3. Sediakan kuali, alaskan daun pisang (biar tebal sedikit) dan letakkan ayam yg telah diperap dan curahkan santan pekat. Lepas tu letakkan daun pisang diatas ayam diikuti tutup periuk, kemudian ambil lesung dan letakkan di atas tudung periuk.
  4. Bakar dgn api yg sederhana sehingga ayam berbau wangi dan balik2kan sehingga masak atau santan td kering lebih kurang 30 min.
  5. Setelah masak, angkat , ketuk dan potong2.
  6. Hidangkan ketika masih panas dan sedap dimakan begitu saja atau bersama sos lada hitam. Seedap!!! cubalah.

1 ulasan:

  1. salam...sodap nampaknya ayam penyet omak den tu!..ado laie tak?den dtg nk tompang mkn..hihi

    BalasPadam