Jumaat, April 22, 2011

Menu berbuka puasa semalam


Assalamualaikum...bersiaran lagi..di t/hari, hari Jumaat ni... semoga ceria selalu. Hari nie x taulah ape nak diceritakan, sebab zana ni bukannya pandai bercerita atau nak ngomel2 ni...so direct to the point ajelah ya..! ni nak n3 pun menu berbuka puasa/makan malam zana n keluarga malam td..simple dan mudah aje, tumis air dgn sambal / telur dadar pun dah cukup.
Soon Masak Tumis Air
Bahan2nya:
  • sepeket soon}
  • sepeket pucuk tahu kering } direndam terlebih dahulu
  • 1 btg lobak merah dipotong dadu
  • 1 biji kentang dipotong 8
  • sedikit cendawan tiram dikoyak2
  • 3 biji bwg merah dimayang*
  • 2 biji bwg putih dimayang*
  • sedikit ikan bilis*} ~ bahan * diramas aje
  • fish ball/fish kek secukupnya
  • 3 cwn air
  • 2 biji telur
  • garam secukup rasa
  • hirisan daun sop/bwg utk taburan
Caranya:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg telah diramas sehingga wangi.
  2. Masukkan fish kek/ball dan kacau, kemudian masukkan air ~ bila mendidih masukkan lobak merah, kentang.
  3. Bila kentang empuk masukkan soon, pucuk tahu dan cendawan. Kemudian masukkan pula telur satu persatu.
  4. Akhir sekali rasakan dgn sedikit garam..tutup api dan taburkan hirisan daun sop/bawang.

Cencaru Goreng Berlada.
Bahan2nya:
  • 2 ekor ikan cencaru dibersihkan dan dibuang kulit dan dipotong
  • 1 labu bwg besar dibelah 6
  • 8-10 biji cili merah*
  • 5 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih*
  • sedikit belacan*} ditumbuk halus
  • sedikit sos tomato
  • garam dan gula secukupnya.
Cara2nya:
  1. Ikan cencaru digaul bersama serbuk kunyit dan sedikit garam dan digoreng terlebih dahulu ~ ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan lada masak.
  3. Kemudian masukkan bwg besar dan sos tomata, rasakan dgn garam dan sedikit gula ~ dikacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan ikan yg telah digoreng tadi dan digaul sebati. Tutupkan api dan bolehlah dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan