Jumaat, April 29, 2011

Kuih Dadar Coklat/Strawberry


Assalamualaikum....salam ptg hari Jumaat, bersiaran lagi zana utk ari nie. Ptg nie zana nak n3kan menu sarapan pagi zana & anak2. Cuba dari resepi kak wan.., sumbernya dari rumah izzah muffin tu...nampak sungguh menggoda aje dia buat ari tu..so zana pun turutlah mencubanya, tp zana buat 2 jenis satu tu rasa coklat n yg satu lagi tu zana buh perasa strawberry. Oklah! layan...... kite cnp ajelah dari blog si izzah tu...tq
Kuih Dadar Coklat
(sumber: izzah muffin)
resepi:kakwan@recipestoday

Bahan Inti Coklat

  • 100 ml susu cair
  • 25 gram gula pasir
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 100 gram coklat masakan (potong kasar)
  • 1 biji kuning telur
  • 1/8 sdt garam

Bahan Dadar

  • 200 gram tepung gandum
  • 2 biji telur dipukul sedikit
  • 1/2 sdt garam
  • 2 sdm majerin dicairkan
  • 400 ml susu segar/santan cair
  • sedikit coklat emulco
  • majerin untuk meleser *saya tak guna.

Cara-cara :

1. Inti: Didihkan susu cair secara double boil hingga berbuih ditepinya. Larutkan serbuk koko dan gula dengan sedikit air panas, tuangkan ke dalam susu cair tadi kacau rata. Masukkan coklat masakan, kacau perlahan sambil dimasukkan kuning telur dan tepung jagung untuk memekatkan inti, Angkat biarkan sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk untuk memekatkanya.

2. Dadar: Satukan bahan dadar, gaul rata hingga tidak berketul. Tapis.

3. Asingkan 100 ml adunan, masukkan coklat emulco, gaul rata dan ketepikan.

4. Adunan yang selebihnya dibiarkan dengan warna asal.

5. Panaskan non stick pan, leserkan sedikit majerin dan ambil piping bag gunting sedikit saja muncungnya, masukkan adunan coklat dan picit bentuk zig-zaz ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Biarkan sekejap dan segera tuangkan adunan warna asal diatas jalur coklat tadi (jgn diantaranya kerana jalur coklat akan tertanggal) dan lenggokkan adunan menutupi dasar kuali. Buat hingga habis.

6. Ambil sekeping dadar, isikan 1 sudu kecil inti ditengahnya. Gulung secara melintang jaluran tadi.

7. Pastikan dadar suam sedikit sewaktu memasukkan inti coklat gulung dengan cepat supaya inti tidak cair.

8. Jika tidak mahir dengan piping bag gunakan sudu kecil untuk membuat jalur.

**p/s zana guna paste coklat & strawberry yg zana buat ari tuu..

2 ulasan: