Selasa, April 12, 2011

Mini Oreo Cheese Cake


Hari minggu ari tu zana buat mini oreo cheese cake nie...masa jln2 kat blog Kak Rahimah (pakar choc tuu..) tengokkan dgn resepinya yg agak mudah utk dibuat tu, so zana buatlah...lgi pun bahan2 yg diperlukan semuanya dah ade....dan tak perlu dimasak pun. Resepinya leh tengok kat SINI & SINI

Mini Oreo Cheese Cake

Sumber:Mas des fontaine
Filling

  • 250gm Philadelphia Cream Cheese
  • 130gm White Choc. Compound
  • 1/2 biji lemon (ambil jusnya)
  • 25gm Oreo Crumb
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

Base

  • Biskut Oreo (apa-apa flavour yang digemari)

Cara-cara membuatnya:

A) Filling Oreo Cheese Cake
  1. Pastikan cream cheese berada pada suhu bilik sebelum mengadunnya menggunakan mixer. Sekiranya cream cheese masih sejuk dan terus diadun dengan mixer, hasil adunan akan menjadi berketul-ketul dan tidak licin.
  2. Masukkan cream cheese ke dalam bekas mixer dan adunkannya dengan mixer sehingga kembang dan nampak 'fluffy'. Selepas itu, masukkan perahan jus lemon ke dalam adunan ini dan adunkan sehingga sebati.
  3. Kemudian, cairkan coklat putih compoun dan sejukkan.
  4. Selepas itu, campurkan adunan dari langkah (2) dengan coklat compund putih cair yang telah disejukkan tadi (jangan masukkan coklat compund cair yang masih panas ke dalam adunan cream cheese kerana ia boleh menyebabkan adunan berminyak). Kacau adunan hingga sebati tanpa menggunakan mixer. Seterusnya, campurkan oreo crumb dan 1/2 sudu kecil esen vanilla ke dalam adunan filling cheese cake untuk memberikan aroma yang wangi dan menyelerakan.


B) Base Cheese Cake

  1. Anda tak perlu susah-susah menyediakan base untuk resipi mini oreo cheese cake ini kerana base untuk resipi ini hanya menggunakan biskut Oreo sahaja. Ambil biskut Oreo dan susunkannya ke dalam paper cup bersaiz 8”. Pastikan biskut oreo ditekan ke bawah supaya padat dan terletak di bawah dasar paper cup ini. Biskut oreo juga boleh diganti dengan apa jua biskut yang anda gemari.
  2. Selepas itu, isikan adunan filing oreo cheese cake yang telah siap ke dalam paper cup yang mengandungi sekeping biskut oreo di dasarnya. Masukkan sehingga penuh acuan dan ketuk dengan lembut agar adunan filing pada setiap acuan padat dan rata.


C) Dekorasi Mini Cheese Cake

Parutkan coklat susu dan hiaskannya di atas mini oreo cheese cake yang dihasilkan pada langkah (2). Akhir sekali, sejukkan mini oreo cheese cake di dalam peti sejuk 'chiller' selama 3 jam.

Sedap!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan