Khamis, April 21, 2011

Gulai Lemak Ikan Bawal..

Salam.... menu makan malam zana dan keluarga, hari2 setiap kali balik dari tempat kerja mesti terfikir2 nak masak apekan? tinjau2 dan tengok2 dlm ais box tu...cak!!ape yg ade...jadikan lauk. Sebenarnya banyak lauk2 yg diulang tayang nie, sampaikan tak tau nak masak ape lagi. Oklah! jom tengok resepi dr ape yg ade...hihik!!!
Gulai Ikan Bawal
Bahan2nya:
  • 2 ekor ikan bawal dicuci dan dipotong2
  • 5 btg kacang panjang dipotong bulat/panjang
  • 1 biji buah tomato dibelah 4
  • 1 batang serai dititik
  • 2 cwn santan pekat + 2 cwn santan cair
  • 6 biji bwg merah*
  • 1/2" kunyit hidup*
  • 1/2" belacan*
  • 15-20 biji cili padi*} bahan2 * ditumbuk halus
  • 2 keping asam gelugor
  • garam secukupnya
Cara2:
  1. Ikan bawal digaul dgn sedikit serbuk kunyit dan garam kemudian digoreng separuh masak, angkat dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan serai bersama2 bahan tumbuk sehingga wangi.
  3. Masukkan sedikit air dan asam gelugur, diikuti santan cair.
  4. Bila mendidih masukkan pula ikan dan santan pekat, kacau sebentar dan masukkan kacang panjang bersama buah tomato.
  5. Rasakan dgn sedikit garam dan setelah masak bolehlah dihidangkan.

2 ulasan:

  1. Kak Zana, sy paling suka masak2 lemak ni... urmmm... betul2 punye kecor ni kak oii, mintaklah sekeping ikan tu ha..

    BalasPadam