Sabtu, Mei 22, 2010

Udang Goreng Ala Mama....



Salam semua...hai! bertemu lagi... dan selamat berhujung minggu...dah makan t/hari ke belum? oklah! hari ni...zana nak entrykan menu makan t/hari td.., ade udang goreng berempah, sop ayam, sayur campur juga sambal..lengkapkan..! "Udang Goreng Ala Mama" sebenarnya zana saja aje mencuba idea nie gunakan rempah2 ratus...bila buat terasa sedap pulak!! kalau kwn2 nak mencuba silakanlah......
Bahan A:
  • 10-15 ekor udang kertas
  • 1 st serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 sb minyak zaitun

Bahan B: [ dikisar halus]

  • 4 biji bwg merah
  • 2 biji bwg putih
  • 1cm halia
  • 1 st ketumbar
  • 1 st lada hitam
  • 1/2 st jintan manis
  • 1/2 st jintan putih

Bahan C:

  • Kicap manis & sos tomato secukupnya
  • 8 biji tomato ceri dibelah dua
  • daun sadri dan bawang dihiris kasar

Cara menyediakan:

  1. Bahan A digaul rata dan diperap selama 10-15 minit ~ kemudian digoreng selama 1-2 minit, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak...dan tumiskan bahan2 kisar sehingga berbau wangi.
  3. Masukkan kicap manis, sos tomato, tomato ceri dan digaul mesra ~ sekiranya kering tambahkan sedikit air.
  4. Akhir sekali masukkan udang yg telah digoreng td bersama daun sadri/bawang dan digaul rata.
  5. Angkat dan bolehlah dihidangkan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan