Jumaat, Mei 14, 2010

Gulai Ikan Merah dgn Pengaga...



Ini pulak! menu makan t/hari zana dan keluarga ari Sabtu lepas...hihihi!!! "Gulai Ikan Merah dgn Pengaga". Sedap sesekali makan macam nie..kan kena pula dgn pengaga dan nasi panas...tapi lauknyer tentulah dah habis!!!!!!!!!!kan...resepinyer..macam masak gulai2 cili api yg lain tu..lah cuma gantikan ikan dan tambah sayur pengaga..resepinye boleh ikut kat SINI jugak.

Bahan2nya:

  • 5 biji bawang merah*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 inci belacan*
  • 10 biji cili padi*
  • 4 cwn santan
  • 3 kabung/potong ikan merah
  • secekak pengaga dicuci dan disimpul

Cara membuatnya:

  1. Kisar bahan * sehingga halus
  2. Masukkan bahan kisar bersama serai kedalam periuk bersama sedikit air dan masak di atas dapur dengan api yang sederhana sehingga ia berbuih/merenih
  3. Kemudian masukkan ikan parang dan kecutkan sebentar, biarkan merenih
  4. Pastu masukkan santan dan bila merenih, masukkan pengaga.
  5. Kacau lagi sehingga ia mendidih..jangan dibiarkan nanti ia pecah minyak

Bila dah masak bolehlah dihidangkan dan sedap dimakan bersama nasi panas.

1 ulasan:

  1. sedapnya kak, tapi saya ikan merah selalunya masak kari... msk mcm ni pun umphhh jugakkan..

    BalasPadam