Isnin, Mei 17, 2010

Kuih Bakar Pisang...



Salam semua...kali ini zana, entrykan kuih yg zana buat baru2 nie...utk minum ptg. Memandangkan stok pisang kat rumah nie banyak lagi so zana pun cubalah buat kuih ini "Kuih Bakar Pisang" resepinya asalnya dari Cikgu zana tp zana amik resepinya dari rumah Kak Ummi, thanks ya pd kakak2 berdua. zana CnP aje dr rmh kak ummi....
Bahan:- (next time kena guna loyang 7x7 in, baru nmpak tebal sikit)
  • 1 sisir pisang masak (Ummi guna 8 biji pisang berangan)
  • 1 cwn tepung*
  • 3/4 cwn gula*
  • 1 cwn santan*
  • 1 cwn susu sejat/cair* (Ummi guna fresh milk)
  • 1 biji telur*
  • 2 sudu besar butter*

Cara-Cara:-

  1. Blend semua bahan*
  2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter. (*Ummi panaskan kejap loyang 2 -3 minit selepas lenser butter then baru tuang adunan)
  4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
    Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt!!

2 ulasan:

  1. assalamualaikum..nampak sedap je..moist je kan? nak terai la..baru nak copy resepi nih..mekasih

    BalasPadam