Sabtu, Mei 22, 2010

Sayur Campur


Sayur Campur...biasanya zana suka buat sop2 sayur aje atau zana rebus dah mencukupi...sbb anak2 pun x berapa suka yg pedas2...tp kalau ade sop tu laju sikit dia makan...kite letaklah jugak resepinye disinikan bolehlah buat rujukan anak2 suatu masa nanti.
Bahan2nya:
  • 1/4 biji kobis bulat dipotong kasar
  • 1/2 biji lobak merah dipotong nipis
  • 2 tangkai sawi manis
  • 1 biji cili merah dihiris serong
  • 3 biji bwg merah]
  • 1 biji bwg putih]~dihiris halus
  • sedikit hirisan daging
  • 1 keping kek ikan]
  • 3 biji bebola ikan]~dipotong2
  • 1 st sos tiram
  • garam secukup rasa
  • sedikit air

Cara2nya:

  1. Panaskan minyak ~ tumis hirisan bwg merah dan putih sehingga wangi dan masukkan daging, hirisan kek dan bebola ikan dan dikacau rata.
  2. Masukkan sos tiram, sedikit garam dan sedikit air ~ kacau..dan masukkan sayur2an dan dikacau lagi...
  3. Setelah masak tutup api dan bolehlah dihidangkan...

1 ulasan:

  1. salam zana

    menariknye sayur tu..macam nak cekut je..

    BalasPadam