Sabtu, Mei 15, 2010

Ikan Kerapu Masak Sweet Sour


Salam & selamat sejahtera...pd kwn2 cyber semua...bertemu lagi pd petang ari nie...sambil relex2 tu zana nak entrykan menu makan t/hari zana sekeluarga, salah satunya ialah " Ikan Kerapu Masak Sweet Sour".... anak2 zana memang suka kalau ikan dimasak sebegini,,. kalau dimasak gulai2 tu agak kurang sikit...dia makan kuahnye aje...ikannye x dimakan pulak tu...geram jugak dibuatnye.!!! layan aje ok!

Bahan2nya:
  • 1 ekor ikan Kerapu yg telah dibersihkan
  • 4 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih* ~ ditumbuk halus
  • sedikit belacan*
  • 1/2 labu bwg besar dihiris2
  • 1/2" halia dihiris macam mancis
  • 2-3 sb cili mesin
  • sos tomato secukupnya
  • gula dan garam secukup rasa
  • 6 biji tomato ceri dipotong 2 (atau 1 biji tomato biasa dipotong 4)
  • 3 biji tamar dipotong 4
  • sedikit kismis

Cara membuatnya:

  1. Ikan kerapu digaul dgn garam dan serbuk kunyit ~ digoreng sehingga masak
  2. Panaskan minyak ~ tumis bahan tumbuk sehingga naik aroma dan masukkan cili mesin dan dikacau sehingga lada masak.
  3. Masukkan sos tomato, sedikit air, garam dan gula secukup rasa ~ dikacau rata
  4. Akhir sekali, masukkan buah tamar, tomato ceri dan kismis dan dikacau lagi.
  5. Setelah masak, tutup api dan curahkan diatas ikan kerapu yg telah digoreng td..kemudian bolehlah dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan