Selasa, Julai 05, 2011

Kari Kepala Ikan ~ Versi II


Assalamualaikum... bersua kembali, tkasih pd rakan2 yg sudi berkunjung kesini. Oklah! hari nie zana nak n3kan menu mkn mlm kami sekeluarga..kebetulan pulak kakak dan abg zana berkunjung kerumah...jamulah dgn kari kepala ikan ni, mmg enak dimakan dgn nasi panas.. kena pulak dgn timun jepun dan ulam2man...sebelum ni zana pernah letakkan resepinya di SINI cuma kali ni zana ubah sedikit (tukarkan ikan dan sayurnya) :D

Kari Kepala Ikan
(sumber: zanavilla)
Bahan2nya:
  • kepala ikan Siakap (+ dgn 2ketul bhgn daging)
  • 1 labu bawang besar dipotong 4
  • 1 biji buah tomato dipotong 4
  • 7-8 biji kacang bendi
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 st jintan manis
  • sedikit halba
  • 5 sudu makan serbuk kari
  • 6 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1" halia*} ditumbuk halus
  • 1 st pes asam jawa adabi
  • 3-4 cwn air
  • garam secukup rasa
Cara menyediakan
  1. Ikan dicuci bersih. Panaskan sedikit minyak tumiskan halba, jintan manis, daun kari sehingga wangi.
  2. Masukkan tomato dan bawang besar digaul rata dan sehingga bwg layu.
  3. Kemudian masukkan rempah kari yg telah dicampur sedikit air dan pes asam jawa dan digaul sebati.
  4. Masukkan secawan air diikuti ikan dan dikacau rata. Apabila merenih tambahkan air lagi ~ kacau dan biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan kacang bendi
  5. Rasakan dgn sedikit garam dan tutupkan apinya bila masak. Hidangkan ketika masih panas...(makan rebut2 mcm tu..bestnya).

1 ulasan:

  1. wahhh...sedapnya kalau dapat kari ni semangkuk...
    salam kenal ye kak zana...mai tambah geng masak

    BalasPadam